Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, May 14, 2012

Ada yang menyampah...

"Sya skong 100% awk nk menulis.itu hak awk tpi jgn mjatuhkn airmuka kawan sdiri.org yg suka baca kalu ada yg ingin mbaca lah pun myampah dgn cara awk tu.x perlu awk nk war2 sluruh dunia msalah kawan2 awk. bgi sya tu bukan cranya."


1. Semenjak blog ini ditubuhkan (rasa macam persatuan NGO pulak), saya ada menerima emai dan sms dari manusia memperkatakan tentangnya.

2. Saya menerimanya daripada orang yang saya kenali dan tidak kenali. Ada daripada kawan saya dan juga bukan kawan saya. Mungkin kawan kepada kawan lain yang bukan juga kawan saya.

3. Ada yang memuji tidak kurang yang mengeji. Yang mengeji tu bukan main kutuk saya secara terangan seolah saya sifat saya memang mencari kesalahan orang, bangga diri dan tidak islamik.

4. Saya menerimanya dengan hati terbuka kerana saya percaya dalam penulisan saya itu ada yang terasa walaupun saya tidak berniat untuk rasakan (aibkan) sesiapa.

5.Nama watak utama saya tukar bukan saya untuk tujuan komersial tetapi untuk menjaga kehidupan mereka selain tidak sedap saya membacanya (apa? nama saya sedap sangat ke? he he he).

6. Rupanya sukar untuk membongkar keburukan dalam masyarakat kita. Cara saya dikritik kerana mereka ada cara lain. Mungkin dengan cara berdiam diri kot. He he he.

7. Saya tidak berniat untuk memalukan sesiapa. Tidak pernah walau sekalipun. Apa yang saya tulis yang baik dibuat tauladan yang buruk jadikan sempadang.

8. Namun pendapat saya alangkah elok bila selepas membaca sesuatu pandangan, kita periksa diri. Kalau ia ada macam perangai kita maka kita akuilah, kita periksa diri dan berubah ke arah lebih baik.

9. Tapi mungkin lebih mudah menyalahkan penulis...

10. Ya, suatu hari nanti saya mungkin akan berhenti menulis tetapi bukan kerana saya sudah berjauh hati...atau mengalah.


Jan: Teringat kata-kata Adnan (kawan saya)  "Mereka marah sebab apa yang kau tulis tu betul..."

3 comments:

peminat blog ini said...

saya suka baca penulisan awak. cara awak selitkan humor pun, saya suka. berharap awak dapat terus menulis seperti biasa.

greenrose said...

saya suke semua penulisan sir...biarlah org nak cakap apa...teruskan menulis!!! hehe :)

Nong Andy said...

aku yakin kau x guna nama sebenar utk 'mereka'

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home