Pada suatu malam Adnan bermalam di rumah saya. Kadang-kadang tuntutan kerja menyebabkan beliau tidak sempat balik ke Kuantan.
Sebelum gambar ini dipukul, ketika saya sedang mandi, Adnan telah masak spageti. Bila kami dah kenyang kami tengok tv sambil mengumpat tahap tenuk. Lepas tu kami berbicara soal mati...
Saya bertanya Adnan antara kami agaknya siapa yang `pergi' dulu? Saya beritahu kalau dilihat dari segi kesihatan, mungkin saya yang mati dulu. Namun kami sepakat soal mati ni tak kira apa faktor sama ada tua atau sihat. Ada yang mati muda, ada yang sihat golok tapi tiba-tiba gol.
Maka kami ambil keptutusan kira `rolib',nya (kebiasaannya) mati tualah. Selepas itu saya beritahu apabila dia mati nanti mungkin saya tak sempat pergi ziarah dia di Temerloh (dengan andaian mayat di bawa balik ke kampung) kerana saya berada di Bali Indonesia. Pada masa tua tentu saya ada banyak duit, duit KWSP. Asyik melancong jea.
Maka terhasillah gambar di atas. Saya bungkus Adnan dengan cermat sebab kita mesti hormati mayat. Tetapi di rumah saya tak ada kapas untuk tutup hidung dia.
Jan: Dari tanah kita datang, ke tanah juga biasanya kita mereput...
No comments:
Post a Comment