Sofea Aini tersedu-sedan di tepi longkang. Di belakang dewan perhimpunan MRSN tersebut dia terduduk, menangis tak berlagu, merintih tak berirama. Beratnya bebanan hidup seolah awan gemawan jatuh terus menghempap bahu, panas mentari tengahari membakar hangus hatinya. Semua perasaan itu menghalang Sofea Aini untuk terus berdiri.
Lama terduduk, barulah Sofea Aini mampu mengumpul segala kekuatan untuk kembali ke kereta Myvonya.
Ya allah mimpikah ini...

Ya allah dia tidak berdaya lagi bukan sahaja untuk memandu, tetapi juga untuk membuka pintu kereta. Dia terjelepok lagi di tepi kereta. Pandangannya kabur...
Sedar-sedar Sofea Aini sudah berada di kantin sekolah. Dia lihat ada beberapa orang perempuan berbaju kurung mengelilinginya. Beberapa orang guru perempuan sedang mengibas-gibasnya dengan buku latihan sekolah. Memang badannya terasa panas, sepanas hatinya. " Ini bini cikgu Farok ke?" Seorang perempuan membahasakan dirinya sebagai Kak Tom memeluk erat pinganggnya dan minta dia banyak bersabar ... Terasa semacam apabila buah dadanya menyentuh buah dada pengetua tersebut.
Dan Kak Tomlah (yang kemudiannya dia tahu merupakan seorang pengetua) yang membawanya ke surau sekolah, menyuruh dia ambil air sembahyang. Sofea Aini yang masih terpana, mengikuti segalanya. Dia pasrah.
Sejuk rasa air sembahyang menyentuh mukanya, dapat menyejukan hatinya yang panas.

Dalam perjalanan pulang dari sekolah tersebut, Sofea Aini mula tertanya inikah akhirnya nasib dirinya? inikah akhirnya balasan Farok! Tetapi demi allah dia tidak merancang sebegitu, cuma suasana jadi tidak terkawal apabila Farok rancak membuka cerita keburukannya di dalam bilik guru tersebut. Mungkin Farok bertindak sedemikian untuk menutup kelemahan dirinya sendiri. Pandai mengalih isu seperti Anuar.
Segala kelemahannya sebagai isteri diceritakan di khalayak guru. Tentulah Sofea Aini malu dan sebab itulah dia membalas balik dengan spontan memberitahu perbuatan puaka suaminya itu tidak dapat dimaafkan. Dunia khirat. Namun tindakan tersebut mungkin terlahir dari rasa hatinya yang sudah lama tertekan. Bukan sebulan dua, bukan tiga bulan atau empat bulan Farok menyiksanya zahir batinnya. Farok yang dikahwininya lapan tahun lalu bukanlah lagi Farok yang kini. Faruk kini jadi macam beruk.

Hanya allah yang tahu, betapa bercelaru dan tertekannya perasaan Sofea |Aini apabila dia mendengar berita tersebut. Pelajar tersebut sendiri membuat pengakuan. Dan dia hanya mahu dapatkan kepastian tetapi dia dapat lebih dari sebuah kepastian.
Memang dia terus meluru masuk ke bilik guru. Sudah dua minggu Farok tidak pulang ke rumah. Suasana bilik guru menjadi hingar bingar pabila Sofea Aini menjerit nama Farok dan sekejap sahaja mereka mula melancarkan perang. Sehinggalah Farok mengheratnya dengan sadis ke belakang dewan perhimpunan sekolah. Dan di tepi longkang itu jugalah Sofea Aini ditalak tiga!.

Sofea Aini hanya tahu menangis, menangis dan menangis. Ya allah, ya allah itulah sahaja yang mampu dia ungkapkan. Dia hanya seorang perempuan yang tidak dihargai... Dalam kesedihan itu, terpandang wajah anaknya satu persatu. Sofea Aini bertambah pilu. Tetapi dia harus memandu pulang. Pulang ke rumahnya (nasib baik rumah atas nama dia, dia buat pinjaman Bank Rakyat gitu).
Seribu persoalan timbul...muncul satu persatu di minda Sofea Aini. Ya dia harus segera menghala layar kehidupannya ke arah lain. Mulakan hidup baru. Dia teringat kata-kata Mankisue, memang benar kata-kata Mankisue bahawa perkhawinan adalah seolah satu perjudian. Dan sekarang dia kalah teruk.
Dalam kesedihan yang tidak berpenghujung itu, Sofea Aini tetap berharap Farok akan bertanggugjawab. Pelajar tingkatan empat itu sudah berbadan dua.
XXXXXX:
Antara persoalan, pengajaran moral cerpen tersebut:
1. Bersyukurlah dan peliharailah perkhawinan masing-masing.
2. Jangan lakukan hubungan seks dengan pelajar sendiri.
3. Tidak semestinya pelajar berasrama penuh cerdik.
4. Berhati-hatilah kerana suami yang kita khawini sekarang mungkin bukanlah suami yang kita pernah khawini dulu.
5. Jangan serang suami di tempat kerja, dua-dua akan malu.
6. Jangan ingat laki kita akan sayangi kita selamanya, untuk masa depan yang tak tentu, isteri juga patut mempunyai harta (contoh: nama rumah atas nama isteri, ASB dan sebagainya).
7. Kita sebagai pelajar tingkatan empat, belajarlah rajin-rajin sebab tahun depan nak ambil SPM. Jangan main dengan laki orang.
8. Dan kalau nak bercerai pung pilihlah tempat yang sesuai (untuk melafazkan talak) Tak naklah khawin di masjid, berbulan madu di Bali, bercerai di tepi longkang... Haaa...
Cerpen `Akulah kos lepanya' ini adalah kisah benar cuma saya tukarkan nama sekolah, nama watak dan jenis kereta (yang dipakai oleh Sofea Aini).
Jan: Sekian, yang baik dijadikan tauladan, yang tak baik jangan amalkan. Sesama kita saling mengingati.

4 comments:
ala.. emosi la aku baca kisah ni..
kisah ni kompleks Nong, ayah pelajar tu tak ndak anak perempuannya kawin dengan bekas guru tu (dah berhenti kerja cikgu tu)walaupun dah bercerai dgn isteri pertama... ayah budak tu kata cikgu tu `lelaki tak guna, jahat'.
paling kasihan adalah anak-anaknya yg melalui perceraian ibu bapa :(
betul...saya tak boleh menulis ni...jadi sebak semacam jea bila fikir nasib anak-anak...
Post a Comment