Kita tentu naik syok kepada seseorang disebabkan mata kita. Maksud saya mata kita yang tengok dulu. Dan daripadanyalah kita buat hipotisis kat otak sama ada kita berkenan ke tak. Dan mata kita selalunya fokus kat muka. Ada ke orang bercakap tengok tangan?. Kalau jerawat bertepek-wek, tentulah mata kita tidak berkenan, lalu hati kita tak berkenan walaupun dia baik macam malaikat. Sebab mata tidak melihat kebaikan kalau tidak bersama-sama hati sekaligus...Haa...
21 tahun lepas (1991), ketika saya masih remaja tergedik, semasa saya di tahun pertama sebagai mahasiswa Universiti Malaya, saya diajak oleh kawan saya untuk tengok cerita `Beauty and the beast'. Pada mulanya saya mengada-ngada tidak mahu ikut dengan alasan masih tidak siapkan tutorial microeconomi (saya memang takut sebab tutornya garang macam singa, semacam jea...)
Namun kawan saya beritahu cerita ini sesuai dan kononnya ada sama seperti perjalanan hidup saya (pulak dah). Maka tanpa berlengah saya terus melengang ke dewan kuliah (dekat Fakulti Undang-undang) untuk lihat cerita tersebut. Saya bayar RM2. Memang wayang ini ditayang dalam dewan kuliah sahaja. Namun ianya amat selesa sebab berhawa dingin dan ada skrin yang cantik.
Saat cerita ini bermula saya memang terpaku. Ini kali pertama saya tengok wayang cerita kartung. `Saya suka!' (ambil stail pengkritik rancangan realiti).
Saya malas nak cerita pasal moral cerita ini sebab moralnya sangat mudah iaitu kita kenalah ada hati yang baik dan melihat sesuatu itu daripada hati bukan mata jea. Contohny; walaupun saya tak handsum mana tetapi mungkin saya memiliki hati yang baik. Titik.
Apa yang saya nak saya perkatakan ialah cerita ini sangat baik pembikinannya sehinggalah ia menjadi cerita kartun pertama yang dicalonkan untuk Anugerah Akademi Filem terbaik. Yalah, mana ada cerita kartun yang kena calon pada waktu tu. Tetapi selepas cerita ini khabarnya cerita `Up' dan Toy Story 3' terkena calon juga.
Saya dapati lukisannya cantik. Tetapi jolong bandingkan dengan cerita filem kartun kita. Tolonglah jangan bandingkan dengan filem animasi kita `Putih'. Bak membandingkan ayam goren KFC dengan ayam yang kita goren sendiri kat rumah. Haaa....
Bagi saya cerita kartun bukan lagi menjadi warganegara kelas kedua dalam dunia perfileman. Jika pembikinannya baik ianya lebih berkualiti dari beribu filem sampah yang dikeluarkan di seluruh dunia. Buktinya filem ini. Ia sesuai ditontong bukan sahaja oleh kaki kartun tetapi semua golongan.
Cerita kartun ini jauh lebih baik daripada kebanyakan cerita filem hantu yang kita buat, atau dengan filem komidi yang tak lucu lagi memalukan...Haa...
Sehingga ke akhir filem ini saya tidak dapat mencari bahagian mana dalam filem ni yang sama sisinya dengan perjalanan hidup saya. Saya tanya kawan saya apa persamaanya.
" Your love story Mang..." Dia jawab.
Jan: he hehe.
1 comment:
orait. aku memang suka katun. tak kira yg buku atau animasi.. peduli hapa aku dah tua hehehe..
Post a Comment