Kawan baik saya akhirnya berumahtangga juga! Akhirnya!
Saya
tidak hadir pada hari berbahagia tersebut. Bukannya kerana saya sibuk atau sengaja buat-buat sibuk. Atau sebab majlis tersebut bukan dalam musim cuti sekolah. Saya
tidak hadir kerana saya rasa saya tak perlu bersusah payah ke utara untuk lihat
dia bersalin baju 7 kali (termasuk kimono dan baju ala koboi gitu).
Bukan
saya kecil hati, cemburu atau rasa sedih. Bukan, bukan dan bukan. Tidak, tidak
dan tidak. Saya tidak cemburu lihat kawan saya berlaki/berbini. Memang nasib dia/mereka.
Dia
seusia saya, 42 tahun. Tapi masih nampak muda remaja sebab badan dia belum lagi dijadikan
kilang memproses anak. He he he. Maksud saya dia memang nampak muda berseri daripada
usia sebenar sebab masih banyak urat tak putus dan banyak masa membelek diri. Tapi dia memang nampak muda macam
sayalah…(nak jugak tu). Kami senasib.
Untuk
mencari soul mate, perjalanan hidup dia sukar. Semasa di universiti dulu dia
risau tiada lelaki yang gilakan dia (kalau ada pun nak ambil kesempatan supaya binding projek paper, he he). Tidak seperti kawan saya yang
kebanyakannya bila habis u terus kawin, takdir hidup dia berbeza.
Kawan
saya (yang jual insurans, juga kawan seuniversiti) ada beritahu saya dulu ada
kontraktor nak kan dia tetapi akhirnya tidak jadi. Terbongkar juga, terjawab
juga kenapa kontroktor yang muda bergaya pandai `main ayat’ tersebut mahukan dia (yang tak seberapa
bergaya). Seminggu sebelum bertunang, kontraktor tersebut sendiri mengaku bahawa
dia muflis dan memang mahu berkahwin kerana nak menumpang harta.
Pengakuan
itu berlaku seminggu sebelum bertunang. Dan dengar khbarnya seminggu juga dia
meraung dalam bilik. Kakaknya la yang setiap hari hulur makanan ke
biliknya. Pada masa tu saya juga habis prepaip sebab beri dia seribu kekuatan agar hidup ini janganlah
sangat berkiblatkan jantan. Bukan main saya nasihat seolah saya tidak pernah
meraung, tidak pernas menitis air mata, tidak pernah dipermainkan, didajal dek kerna (bukan dieja `kerana', biar nampak sastera sikit.) cinta, kasih sayang
dan sewaktu dengannya.
Kawan
saya ni dulu memang muka jenis jantan tak gila, pernah saya suruh dia pakai krim
kecantikan masa kat U dulu, he he he. Jahat saya kan?. Saya juga suruh dia pakai gincu dan pakai pendakap gigi. He he he.
Tetapi kini dalam FBnya dia sudah cantik jelita. bertambah cantik kerana ada pelajaran, pangkat dan harta. Paling saya kagumi sopan santunnya
mengalahkan saya (nak jugak tu…). Semua kawan akui dia baik sangat. Mungkin sebab melihat kejujuran tersebutlah `rancangan' si
kontraktor muflis tidak menjadi menipu dia dan menarik diri. Tak tergamak kot. Kalau kita fikir
mungkin juga tuhan (unsur agama) nak selamatkan kawan saya ni…tuhan nak lindung dari buaya (unsur simbolisme).
Saya
tidak hadir di majlis kenduri yang khabarnya dibuat ayahnya sangat meriah dan besar
(tanda lega dan gembira anak terlepas status andartu), tetapi ketidak hadiran
tersebut bukan menjadi tanda pengukur saya tidak suka dia berlaki, tidak
menghormati atau tidak mahu meraikan peristiwa bersejarah dia dapat laki. Hanya
dia yang tahu saya sahabat dia yang rapat dan baik. Dunia akhirat.
Dan
saya percaya kalau nanti dia dibohongi, dicurangi, dimarahi, dijerkahi,
ditampar, dijadikan hamba abadi atau dijadikan bank oleh lakinya, dia akan cari
saya juga untuk luahkannya, mengadu. Sebab? Sebab dia tahu saya pendengar yang tegar.
Jan:
Semoga mukanya yang berseri-seri semasa bertukar pakaian kimono tersebut akan terus
berseri sepanjang hidupnya…(selepas berlaki…he he he).
2 comments:
kiranya itu takdirnya....abg jan doakan dia bahagia je....akak yg bekpest kat taj ari tu ke?.....kheee
jodoh tu rasia tuhan :)
Post a Comment