Saya tahu benar perasaan pelajar yang keputusan SPMnya yang `sedang-sedang' rasai sekarang. Bila kawan-kawan lain galok dapat sambung pelajaran, tunjuk surat tawaran sana-sini... (galok bak Mak Cik Kiah dapat tandatangan Aron Aziz).
Dan pada masa tu kita hanya mungkin dapat naik tingkatan 6 yang tak glamour, tak segar dan di pandang sebelah mata. Mak bapak pun suam-suam kuku je nak cerita pada jiran...yang anaknya dapat tingkatan 6 rendah.
Tetapi jangan begitu! Jangan!. Saya produk STPM. Sampai ke hari ini saya kembang hidung (bangga) kerana melaluinya. Bukan semua orang boleh melalui tingkatan 6. Bukan.
" Ala nak ambik STPM, SPM pun lingkup" Itulak kata-kata `semangat' ibu saudara saya yang setahu saya juga lingkup dengan cemerlang dalam SPMnya.
Saya tiada pilihan, bila kawan saya bercuti semester balik kampung, saya `menyembunyikan' diri. Kerana saya hanya sambung ke tingkatan 6. Saya malu pada masa tersebut (tetapi kini bangga).
Tingkatan 6 sangat `keras' laluannya. Kalau setakat belajar sambil lalu, ataun macam biskut yang sekajap ada sekajap tak ada sahlah akan dapat STP juga tapi Sijil Tunggu Pinangan bagi perempuan atau bagi lelaki Sah Tentunya Penganggur.
Bagi adik-adik yang gagal ke mana-mana tetapi layak dan mahu mengambil STP, abang Jan (pak cik jan sebenarnya, he he he. Saja nak rasa muda) terlebih dahulu ucapkan selamat berjaya dan berbanggalah.
Teringat kata-kata cikgu Alias "STPM peperiksaannya paling sukar di Malaysia dan antara yang paling sukar di dunia".
Jan: Saya setuju...
8 comments:
aku nyesal tak ambil STPM
ye...sy sgt setuju en.jan dgn kata2 cikgu alias tuh...sy pernah masuk ting 6 selama 6 bln...bile ambik stpm, kite jadi bersemangat sbb kite nak seiring ngan kwn kite yg masuk u tuh...tp stpm mmg sgt2 susah...cakap je 5P....org luar tgk, mudah je, 5 subjek je...hehehheh...x tgk cabang2 P dia tuh lg...hehehheh....semua nak kena ingat plk tuh...jutaan syabas kpd pelajar yg ambik STPM dan STA
me product stpm, just time smbung bljr je depa nk spm..tuii. hihihi..sukar, mmg sukar
cikgu JAN.... saya pun product STPM dan sangat sangat lag berbangga bila di tempat kerja tak ramai pun yang ada stpm...
cuma STPM pada saya tak semestinya untuk orang2 yang SPM nye tak bagus kan... saya sendiri tidak masuk ke mana2 matrik atau buat 'diploma' semata2 kerana nak ambil STPM...
memang mencabar ambil STPM. walaupun time tu mungkin kita masih berpakaian sekolah berbanding dengan member lain dah tidak 'berbaju' lagi kan...
TAPI sekarang ni bermula tahun ni ada transformasi dalam penilaian STPM tidak seperti kita dulu belajar dalam setahun setangah then last baru terus exam... sekarang dah dinilai dalam 3 semester... beberapa tahun lepas pun dah stpm dah dikira secara CGPA bukan cam kita dulu prinsipal kan....
apa apa pun STPM bukan hanya untuk mereka SPM yang tak berapa bagus... spm yang tak bagus zaman sekarang suka masuk kolej swasta...tak pun kolej yang saya ngajar sekarang hehehehehhe KPM..
saya rasa elok juga kerajaan serapkan aliran STPM di kolej matrikulasi...
by the way... untuk pengetahuan semua... pemegang STPM didahulukan ketika memohon masuk ke program ijazah di IPTA kemudian baru tengok yang bebudak matrik pastu diploma.... hehehe hidup STPM...
sy pon produk stpm...sy amat berbangga sekali....hehehhe
sir, sy pun produk STPM jugak...hehehe
ok saya baru nak ambik STPM hehe. doakan saya :')
Hai geng pemegang sijil STPM, sep sikittt~ :)
Salam kenal dari seorang pemegang sijil STPM Sains Tulen (STPM 2002). Betul, examnya memang susah namateyyy tapi Alhamdulillah, I survived it. Dapat juga masuk IPTA, kemudian survived sampai dapat offer untuk buat Master's Degree dengan biasiswa penuh. Bukan nak bragging la, tapi nak cakap pada golongan manusia yang suka sangat pandang 'lekeh' pada bebudak Form 6 la, STPM is entirely on a whole different level. Bebudak yang skor SPM 10A1 pun belum tentu boleh 'lulus' STPM dengan baik. So, buat para pemegang sijil STPM, berbanggalah kerana kalian ada pengalaman menjawab peperiksaan yang paling sukar di Malaysia dan antara yang paling sukar di dunia :)
Post a Comment