Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, November 11, 2011

Untuk Nong Andy

Salam Nong,


Semoga selalu berada di dalam keadaan sihat sejahtera bersama keluarga. Terima kasih kerana selalu sudi membaca blog saya. Pelik juga kan? Walaupun kita tidak pernah jumpa atau mungkin tak akan jumpa, kita tetap boleh menjadi kawan. Dulu semasa di sekolah saya ada ramai kawan pena. Masa dulu memang begitu, main kirim surat jea. Main bertukar gambar. Tapi zaman sudah berubah. Kita boleh jadi kawan maya, dan berbual seperti dah lama kenal.

Sebenarnya Nong, saya sangat bimbang bila lihat masyarakat kita. Bimbang setiap kali saya baca akhbar dan perhatikan perubahan perangai manusia/generasi di sekeliling saya. Seringkali ada berita mengenai perkara yang sangat teruk. Anak-anak derhaka kepada ibubapa, abaikan mereka, belasah mereka dan lebih parah menikam ibu bapa. Tidak dapat akal saya menerimanya.

Kerana duit mereka sanggup belasah ibu bapa. Mereka tidak sayang kepada ibubapa. Dan ibubapalah sebenarnya tidak berjaya menanamkan rasa kasih sayang antara keluarga. Mereka selalu menampakan kepentingan duit sahaja. Mereka terlalu sibuk untuk menanamkan sifat kasih sayang antara keluarga. Duitlah segalanya. Dan anak-anak ini tidak akan sayang kepada ibubapa mereka yang tidak berjaya menunjukan kasih sayang (kasih sayang dalam hati mereka tentulah tak nampak). Tidak memahami ikatan yang sangat mulia. Sebab itulah bila mereka tidak dapat duit mereka tergamak belasah ibubapa yang dah tua.

Saya juga bimbang ini terjadi pada anak-anak saudara saya. Sebab itulah saya cuba sedaya upaya mengumpulkan mereka terutama pada hari raya. Biar mereka bercampul gaul antara sepupu sepapat dan lahir rasa kasih sayang. Biar mereka tahu mereka sekeluarga. Biar mereka tahu apa itu keluarga. Saya bukannya tak mampu nak upah orang hiris serai, kupas bawang. Malah saya boleh beli sendiri rendang. Tapi bila kita berkumpul...tuhan saja tahu hikmah di sebaliknya.

Bila menjelang raya, masing masing buat kerja walaupun mereka hanya budak-budak. Kakak yang darjah tiga menyapu. Ada yang buat guntingan dari kertas yang isi duit raya. Mereka gantung guntingan tersebut di pintu. Dan saya buat-buat terkejut akan kecantikannya, saya puji mereka (walaupun kalau saya buat lebih cantik, he he he). Tapi yang penting kita kena hargai. Kita kena sentiasa ada bersama hati mereka. Biar mereka tahu mereka disayangi. Maka mereka tidak akan musnahkan diri mereka dengan senang.

Keluarga saya bukannya orang berada. Nak bawa mereka semua pergi bercuti adalah di luar kemanpuan kami. Jadi kami gunakan masa bersama pada hari-hari cuti terutama raya. Bila semua buat kerja akan ada usik mengusik, he he he.

Bila waktu makan. Kami makan beramai-ramai. Supaya tahu lauk pauk tersebut jumlahnya untuk semua dan mesti tahu makan mengikut cara makan beramai-ramai. Tidak boleh makan ikut suka atau makan dulu kerana makanan mungkin tak cukup (walaupun sebenarnya cukup, kami tetap berusaha makan beramai-ramai). Sebab kami percaya semasa makan ramai-ramai erti keluarga dapat diterapkan.

Saya selalu meletakan diri saya pada usia mereka. Kalau yang kecil saya kena badutkan diri saya. Kalau yang dah nak remaja terpaksalah saya nyanyi lagu Justin Bieber. Payah jugak nak lakukannya, namun saya lakukannya juga untuk keluarga saya...

Nong, beginilah saya... Saya akan selalu buat apa yang saya fikir perlu. Saya bukannya cerdik sangat atau mempunyai pemikiran yang tinggi. Cuma itu pendapat saya. Saya tak ada anak sendiri tetapi itu tidak menjadi halangan untuk saya menjadi seorang ayah. Setakat kahwin dan melahirkan anak tidak akan membuatkan kita menjadi ayah dan ibu. Itu falsafah saya.

Saya rasa Nong faham penulisan saya. Sebab itulah saya tujukan engtri ini khas untuk Nong dan juga kepada pembaca yang memahami. Bukan berniat nak memandai nak ajar orang pelihara anak, he he he. Tapi saya tahu Nong faham dan kenali saya. Pelik kan?

Sekian Nong...

bye.

3 comments:

Adie Achim said...

wah.. sy jadi tertunggu apakah saya akan mendapat surat terbuka dari Sukiman.

p.s: Saya hampir yakin kita akan bertemu satu hari nanti :) InshAllah.

Nong Andy said...

wah.. ada surat untuk saya lah... makacih :D En.Sukiman memang menghargai pembaca..

sy rasa mcm kenal je en.sukiman walaupun cuma baca dlm blog jer :)
sebab n3 kamu selalu mencerminkan siapa dan bagaimana kamu berfikir :)

*byk terikut-ikut cara penulisan en. sukiman sejak kenal blog kamu hahaha.. jan marah ya!

Jankaulu said...

Adie Achim, he he he, nanti dapatlah kot. Nanti datang Kuantan beritahulah...

Nong,

saya ni tulis jea apa yg terlintas. Saya bukan sempurna, kadang-kadang ada orang tak setuju dengan pemikiran/kelakuan saya...saya tak marah.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home