Akhirnya aku yang terkorban...terima kasih atas segalanya...
Saya tidak balik beraya ke Besut sebab cuti hanya sehari dan saya perlu siapkan banyak kerja pada hujung minggu ini. Perjalanan bawak kereta ke Besut sangat lama sebab saya memandu sangat selow. Maknanya saya perlukan seharian untuk memandu kereta ke Besut. Dan seharian pula saya memandu pulang kembali ke Muadzam. Saya perlukan percutian yang lebih lama...baru berbaloi balik kampung.

Sebab kedua, saya perlu menyiapkan kertas kerja dan juga soalan final untuk Malaysian Economi subjek sem 5 dan juga microeconomie subjek sem 3. Begitu juga saya kena marking kuiz-kuiz yang telah dibuat.
Perasan tak 2 perenggang di atas adalah alasan yang saya buat untuk tidak rasa bersalah kerana tak balik beraya. Sebenarnya saya tetap rasa bersalah. Maka saya berniat lepas banjir ini, saya akan balik kampung seminggu...menebus kesalahan.
Di engtri ini, saya juga nak ucapkan selamat hari raya korban untuk pengunjung blog saya ini. Semoga gembira berkumpul bersama keluarga masing-masing.
jan: Saya tidak kenal semua pengunjung blog saya, tetapi saya harap semua bahagia di hari raya. Teri sa sei tera jiban, kui ikseko. ab abbela tul chale...
1 comment:
Slmt hari raya korban utk en jan juga...
Post a Comment