Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Saturday, November 5, 2011

Hotel Istana: Kita merancang, tuhan menentukan

Hujung minggu rutin saya adalah ke Kuantan, saya akan memandu dari Muadzam ke rumah saya di Kuantan. Biasanya saya masak dulu, saya bawa masakan tersebut ke Kuantan. Jadi saya bolehlah rehat-rehat tidak payah masak-masak. Pun begitu saya biasanya makan kat kedai depan perumahan jea.

Perjalanan ke Kuantan sejauh 125 km. Dan makan masa 1 jam 45 minit, kalau lori tak banyak...Namun nak dijadikan cerita, pada suatu kunjungan setiba di Gambang...saya terdengar satu bisikan dari hati saya. Ni bukan bisikan macam dalam filem seram yang Tun Mahathir komen tu. Tapi seolah terdetik di hati saya supaya memandu terus ke Hotel Istana. Haaa...




Gambar di atas adalah dalam bilik air Hotel Istana, saya memang suka bilik air hotel sebab dia cantik dan bersih. Rasa mewah, kaya dan terpelajar. Saya suka pukul gambar dalam bilik air. pelik tak? Entahlah mungkin saya tak normal.


Mangkuk sinknya bukan yang macam dalam bilik air kita, mangkuk ni nampak moden dan cantik. Dalam bilik air ini juga ada banyak cermin. Lama juga saya duduk dalam bilik air tersebut sambil pukul gambar dan bergaya. Pelik.




Oleh kerana ada banyak cermin, saya boleh pukul gambar saya yang sedang pukul gambar, haaa. Biasanya bili masuk dalam bilik air, saya hanya bertuala. Tetapi untuk mengelakan fitnah, saya pakai baju.






Daripada muka saya di atas tu dapatlah kita sama-sama simpulkan bahawa parut jerawat saya banyak. Saya pun hairan sebab saya bukan remaja lagi tetapi jerawat selalu rajin bertandang. Saya dah cuba banyak jenama di pasaran tetapi tak satu pun menjadi lama... nasib baik muka saya handsum juga. Bimbang pulak muka dahlah tak handsum tapi jerawat bertepek. Tima kasih tuhan.



Saya suka buat muka. Dulu, kini dan selamanya saya suka. Saya juga boleh buat mata juling dan hidung kembang kucup. Saya ada ajar kemahiran ini kepada anak-anak saudara saya tetapi dimarahi oleh ibu mereka. Tak cool kan?. Apa salahnya kembangkan hidung untuk para tetamu yang bertandang kan?



Ini gaya muka macam keliru dan mengada-ngada. Kadang-kadang saya buat muka sedih. Tapi ada kalanya memang sedih pun... Kena khianat, sapalah yang tak sedih. Kena khianat kat orang yang paling kita sayang...hanya tuhan yang tahu.










Kadang-kadang saya buat muka binatang. Contohnya kambing, zirafah atau itik. Gambar di atas saya buat muka...he he he.

Saya merancang nak ke rumah saya, tapi sampai di Hotel Istana...

Jan: Oh ya, nak beritahu. Saya tak ingat nak bawak lauk dalam kereta untuk letak dalam peti ais dalam bilik hotel. Esoknya saya tengok gulai itu basi.

1 comment:

Anonymous said...

gambAR akhir saya syka..
kelako....
gelak sorang saya ..

-pemerhati jauh


Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home