Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, November 17, 2011

Lumrah hidup...




Kadang-kadang perkara yang paling biasa pun belum tentu kita boleh hadapinya dengan biasa. Bila terjadi sesuatu peristiwa dalam hidup kita, kita seolah tidak tahu bagaimana menghadapinya, bagaimana nak menerimanya. Semakin saya berusia, semakin banyak perkara/peristiwa menerpa, laju sahaja masuk ke dalam hidup, ke dalam minda yang tak seberapa ini.

Apatah lagi perkara yang luarbiasa... Sebenarnya minggu ini terasa panjang dan amat payah untuk saya harungi disebabkan oleh 2 perkara yang terjadi dalam hidup saya. Namun saya kena bersikap profosional, saya kena harunginya. Banyak tanggungjawab yang perlu saya tunaikan terlebih dahulu terutama soal kerja saya. Namun saya hanya mahu ceritakan satu perkara cuma. Seperkara lagi terlalu peribadi kalau boleh biarlah saya bawa ke mati...(pulak dah).
Sebenarnya ayah saya tidak sihat, minggu lepas ayah telah dimasukan wad di Kota Bharu dan sudah keluar wad pun. Saya tidak bergegas balik untuk menjengok sebab ayah sebab ayah sendiri beritahu dia tiada apa-apa. Ayah memang begitu, dia tidak mahu anak-anak risaukan dia.
Semenjak ayah pulang daripada hospital, mak beritahu ayah tidak lalu makan. Dan yang lebih membimbangkan saya, emak beritahu ayah seolah merapu sahaja. Dalam pada itu bekas adik ipar saya ada kol dan beritahu dan nasihatkan supaya saya balik.
Memang kalau saya burung (harap burung putih yang cantik dan ada sayap lebar) saya akang terbang pulang pada saat itu juga. Ayah rapat dengan saya, saya pula baru sahaja `marahkan' dia pada hari raya yang lepas sebab ayah dan emak mahu kahwinkan saya dengan segera (siap dengan calonnya). He he he, saya tahu ayah bimbang bila dia dan mak tiada, saya harungi hidup seorang... dan mereka tidak mahu saya jadi tak tentu hala. Mereka tidak mahu saya hilang kekuatan hidup. Mungkin mereka dapat mengesan perubahan pada saya dalam masa dua tiga tahun ini...
Saya tidak dapat menjawab banyak persoalan tentang hidup saya sendiri. Dan akhirnya seperti orang lain yang waras, saya kembali kepada agama. Saya harap kasih sayang allah yang ada itu melebihi segala keperluan hidup saya...memberi kekuatan (sebenarnya jawapan ini saya pinjam dari kawan saya yang kaki agama, yang rumahtangganya lintang pukang.).
Umur ayah sudah mendekati 75 tahun, dan beberapa bulan yang lalu abangnya (pak saudara saya) telah meninggal dunia. Saya rasa pembaca blog ini tahu apa yang saya fikirkan dan cuba sampaikan. Ya, saya rasa... saya rasa ayah tidak akan lama lagi berada dengan saya. Setiap orang akan mengalaminya. Saya faham... Lumrah hidup.
Saya sudah isi borang cuti untuk hari jumaat (esok), isnin dan selasa. Saya kena berada di kampung lama sikit. Saya nak duduk lama dengan ayah saya...
Jan: I miss him... much. Will miss him much...

5 comments:

LilYLiZ@ said...

Usia ayah saya 70 tahun. Pagi tadi saya menemaninya ke pasar minggu (tamu), saya juga selalu terfikirkan hal yang sama. Saya hanya mahu berbakti dan sentiasa ada tatkala mereka ( mak ayah ) memerlukan.Kita sama-sama doakan yang baik-baik untuk mereka ya.

Nong Andy said...

kamu tulis dan cakap tentang ayah kamu. tapi kesannya memang buat aku yang mengalirkan airmata!

yg hidup pasti akan mati.. tapi cukup tabahkah yg hidup ini bila di tinggalkan pergi..

'Lumrah hidup' amat menyakitkan sekalipun kita sudah bersedia bersungguh-sungguh! Aku amat bersedia bila arwah nenak nak 'pergi' aku tahu 'masanya' sudah tiba.. tapi bila dia benar-benar 'pergi' ia masih sangat menyakitkan seolah-olah aku langsung tidak bersedia!

safrinz said...

berbaktilah kepada ayahmu selagi dia masih ada ..sy sudah kehilangan ayah sy bln mac hr tue ...dulu bila ayah ada bila rindu sy boleh call dia tp bila dia dh tiada hanya airmata dan alfatihah menjadi penghubung antara kami..miss him so much

Adie Achim said...

Dari awal pembacaan saya sudah dapat mengagaknya. Dan saya berharap kamu tidak akan menyatakannya.. dalam bentuk ayat.. sebab saya pun selalu berfikir tentang itu.. moga kita masih punya kesempatan untuk berbakti.

fadzali said...

Saya sudah mengalaminya dan sampai sekarang masih bertanyakan kepada diri sendiri samada saya sudah melakukan yang terbaik atau tidak.

http://elixiroflove.blogspot.com/2011/04/six-years-without-him.html

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home