Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Sunday, November 6, 2011

Makan kat Sempurna Resort 2

Seperti orang kaya, saya pilih meja yang mengadap kolam. Saya duduk bergaya, saya teringat kata-kata Profesor madya dr Rosinah Siron. Katanya gaya kita duduk dikerusi boleh reflek berapa duit yang kita ada di bank. Maka saya duduk sopan, bergaya bersahaja. Saya tak nak orang tahu saya tak ada banyak duit di bank. He he he.
Teringat dulu sinilah saya bawa anak-anak saudara mandi... Teringat juga di sinilah saya pernah terjumpa Kak Ina (rakan sekerja) yang bawa anak-anaknya mandi kolam. teringat juga di sinilah saya termenung teringatkan si puaka yang memporak perandakan dunia batin saya.
Saya makan mee goreng sahaja. Saya kena jimat nak kumpul beli CD Kak pah RM45.90 (ada 5 Disc). Saya makan perlahan-lahan macam orang kaya. Saya tengok dan perhati langskap resort ini. Ok juga, pandai juga dia atur pokok tiga lapis. Dan ada pokok dibuat pagar.
Semasa saya nak balik pelayan tu bagi duit baki RM3. Cara dia beri sopan sangat. Perlahan jea dia berikan duit RM3 tu sambil senyum simpul.
jan: Kenapa pekerja kat gerai tidak sopan?

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home