Petang tadi saya talipon anak saudara saya di Besut. Isnin ini dia akan periksa SPM. Saya tanya apa perasaan dia? Dia beritahu minggu kedua baru dia nak berdebar sebab subjek sains akan bermula. He he he. Minggu pertama ini subjek asas seperti bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
Rupanya saya bukan orang yang pertama talipon dia. Adik beradik saya yang lain sudah menalipon dia untuk beri semangat. Saya yang bujang ini rupanya terlewat. Kecewa pun ada. Sepatutnya sayalah yang pertama tetapi saya sibuk buat soalan final untuk subjek Malaysian Economy dan Microeconomie untuk pelajar semester 5. Dan saya juga sibuk dengan menilai kertas kerja yang mesti dihantar hari isnin ini. Ini alasan saya he he he.
Sekarang anak saudara saya dah besar dah. Dah 17 tahun, dah anak dara. Dulu saya pernah basuh berak dia masa dia kecil. Tinggi dia sama dengan baldi dalam bilik air (baldi yang besar). Saya mandikan dia dan sabunkan dia. Hanya allah yang tahu saya sangat sayangkan dia.
Saya harap dia akan berjaya dalam pelajaran. Dan dari pemerhatian saya dia juga rajin belajar. Cuma dia manja dalam bengkeng (bengis sikit).
Jan: Lebih penting lagi dia berjaya dalam hidup dan jangan jadi seperti saya (bab-bab tersilap sayang kat orang, hehehe)
3 comments:
Baca tajuk tu sy tus tergelak.. tapi dah bleh agak mesti crita pasal anak buah kamu.
Tajuk tu mengingatkan aku pada Ngah Suma~ Mak sedara. Dia selalu mengungkit yg dia penah 'cebok'(cuci) berak kami masa kecil.. setiap kali dia berleter dan kami melawan leterannya. Itulah ayat yg paling dia suka guna..hahaha!
*sila jgn guna ayat itu utk meleter anak buah kamu :D
he he he, sebenarnya saya dah guna ayat itu bila mereka degil atau malas dengar kata saya... dah terlewat Nong, hehehe.
Kalu berpluang dgr leteran en jan mmg boleh nangis....ngalahkn org pompuan... Berlakon je la cm dgr..
Post a Comment