Berbeza dengan kawan-kawan saya, saya tidak terkejut beruk dengan angka 72 hari. Bukan kerana saya bukan peminatnya tetapi saya memang tidak terkejut. Dalam dunia ni macam-macam boleh jadi. Dan saya menganggap mencari pasangan yang sesuai untuk menjadi `soul mate' adalah perkara terpayah sekali nak dibuat di atas muka bumi ini. Paling payah.
Kadang-kadang kita kahwin dengan pasangan kita kerana kita sangat tiada pilihan. Kita malu nak mengaku yang itulah (pasangan kita) yang mampu kita dapat, standard kita. Tolak-campur itulah yang terbaik bagi standard rupa kita yang tidak seberapa, kerja kita dan umur kita. Jangan cuba nafi...
"Saya berharap semua orang mengerti ini bukan keputusan yang mudah, saya berharap pernikahan ini selamanya. Tapi kadang-kadang, beberapa hal tidak berjalan seperti yang direncanakan gitu," Kata Kim (terjemahan bahasa Melayu sebab Kim tak pandai bahasa Melayu). Bukan semua orang pandai bahasa Melayu. Kim pun tak pandai. Kita mesti bangga bahasa kita.
Tetapi engtri bukan pasal bahasa, ia pasal berapa lama baru kita sedar yang kita telah membuat kesilapan...?
Jan: 8 tahun...
5 comments:
the idea of marriage tu yg dia rasa best. Tp gayanya not really into that guy. Tmbahan lagi.. dia taknak kecewakan sesapa... (boleh??, boleh?..citt)
8 tahun?....sama :(
kita mungkin senasib tapi awak lebih tabah melaluinya...
dah 8 thn...tp dah leh maafkn ker...
ada jawapan dibawa sampai mati...
ada soalan mati baru boleh kita jawab (soal kubur, he he he)
Post a Comment