Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, March 25, 2011

Motivasi cadar

Bagi saya, barang yang dibeli bukan sahaja bersifat keperluan, ia juga adalah motivasi.
Kalau kita lihat barang yang kita beli, kita rasa gembira. Orang lain kita tak pedulilah sama ada mereka nak gembira, atau nampak hodoh barang yang kita beli tu atau mereka dengki, he he he.
Saya perasan barang yang cantik biasanya berharga mahal di pasaran. Setidaknya mahal bagi saya. Konsep mahal ini pun subjektif sifatnya. Saya jarang beli barang mahal.
Kita beli barang selain ianya kita memerlukannya ia juga boleh menjadi satu motivasi dan mungkin juga terapi. Contohnya, bila saya susun barang yang saya beli dalam rak, saya rasa gembira. Begitu juga semalam bila saya tukarkan cadar dan komforter, saya sangat gembira dan perasan mewah (perasan mewah seperti duke atau saya sebagai keluarga golongan bangsawan inggeris yang ada istana besar pada zaman pertengahan eropah...)
Harga sebenar cadar dan komforter Huss Puppies tu tak lah mahal RM1400. Kalau nak banding dengan kasut Jimmy Choo yang ada berharga sampai RM380,000 tu ternyata cadar tersebut murah sahaja. Tetapi saya memang tidak akan beli cadar yang mahal kerana saya tak mampu... tetapi time tu nasib baik ada diskaun 50%! (selalu ada `tetapi', he he he).
Saya gembira bila dapat membelinya dulu sebab saya tidak pernah pun beli cadar mahal, lelaki lain tentu dapat merasai lebih dari nikmat cadar mahal di atas ranjang mereka... Jadi saya tidak berfikir panjang untuk sambar cadar tersebut, seolah tuhan pula menolong saya menjadikannya diskaun sebanyak 50% untuk menolong seorang budiman yang bernama Simone (sayalah tu kalau tak faham...).
Semalam saya tidur lewat, saya pasang cadar. Apabila semuanya nampak sempurna saya buat-buat keluar bilik dan masuk semula dan buat-buat terkejut kononnya bilik tidor saya cantik. Saya buat-buat tersenyum dan kata `eeeaaa cantiknya... bilik sapa ni?' (kalaulah ada orang tengok, pasti kewarasan saya dipertikaikan. Dan pasti ada kawan saya akan menyuruh saya pulangkan balik izajah saya). Sebenarnya saya tengok cantik juga tempat tidur saya. Saya ambil pembaris panjang lurut atas kain cadar, saya tak nak ada seurat kedut pun!
Memang dalam bilik tidur saya hanya ada katil sahaja, bersaiz queen. Saya nak biar nampak mewah. Saya tak nak ada almari baju atau dressing table sebab bilik saya kecil sahaja. Saya letak tersebut di tengah-tengah bilik.
Saya nak saya nampak depan mata ke mana duit gaji saya mengalir.
Jan: Dan malam semalam, seperti malam-malam sebelumnya. Saya heret tilam bujang dari bilik sebelah dan tidur depan tv...he he he

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home