Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, March 2, 2011

Pecah amanah dalam rumahtangga : Bhg 1

Amanah dalam rumahtangga yang saya maksudkan adalah hak-hak ahli dalam rumahtangga. Setiap ahli ada haknya sebagai isi rumah, contohnya, ibubapa kita, suami/isteri kita atau anak-anak kita. Dan kadang kala dalam banyak hal kita menjaga hak tersebut buat sementara.
Contoh yang paling dekat dan selalu berlaku adalah apabila anak-anak kita menerima duit. Maksud saya menerima duit dari orang luar, sama ada daripada ayah mak kita, daripada saudara mara dan mungkin daripada kawan-kawan kita. Maksud saya di sini ialah duit tersebut adalah duit mereka (anak kita), bukannya duit kita.
"Ah! Kimang, tu duit anak kita maknanya duit kita jugak, lagipun kita membeli untuk kebaikan dia jugak. Kau ada anak kau tahulah" Itulah kata-kata yang telah saya ada mendengarnya. Saya berpendapat duit tersebut tetap duit mereka, bukan duit kita. Kita memegang amanah tersebut sehingga mereka tahu erti jual beli.
Kalau kita kaji betul-betul semenjak lahir, semenjak bayi, anak-anak kita diberi wang oleh banyak pihak (ramai pihak). Sebab itulah ada ibubapa yang perihatin mewujudkan akuan khas untuk duit anak mereka. Dan kita juga boleh menyimpa duit kita yang mahu diberikan untuk mereka (untuk masa depan mereka). Dan jangan terkejut apabila mereka di sekolah menengah dalam akuan tersebut dah ada berbelas ribu!.
Begitu juga pada hari raya, semenjak kecil mereka mendapat duit. Adakah duit tersebut masuk dalam poket kita? he he he. Atau kita kumpulkan dan laburkan kepada Pizza Heart Hurt atau KFCC?. He he he.
Saya tidak tahu kalau saya berumahtangga saya ini akan jadi jenis bapa macam mana? Kot-kot saya sendiri ambil duit anak-anak saya untuk beli pasu? He he he. Namun kita selalu ingat perkara yang selalu kita buat itu betul tetapi kita selalu juga kena ingat perkara yang salah kalau seribu kali dibuat tetap salah (kecuali dalam bidang politik? he he he, itu hal lain).
Akhirnya kita pecah amanah dan rasa tak bersalah...
Jan: Tapi bila berlaku pecah amanah dalam pentadbiran negara, kita ulas sampai berminggu-minggu... he he he.

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home