Dalam diri setiap insan ada peperangan. Tidak terkecuali saya, perasaan itu terkadang memberi tekanan. Perkara yang amat payah dan menakutkan bagi diri saya mungkin dihadapi sebagai kacang bagi insan lain. Apabila kakak saya beritahu ayah saya kemalangan di kampung, saya rasa ingin terbang balik melihat ayah saya. Walaupun selepas saya diyakinkan keluarga bahawa ayah saya tidak mengalami kecederaan yang teruk...perasaan ingin segera balik tersebut tidak dapat saya pudarkannya. Sebab itulah saya perlu belajar balik kampung seorang diri...memandu. Jan: Hidup ini bukan alam mimpi...
No comments:
Post a Comment