Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, March 25, 2011

Ulasan Buku: Mencari makna hidup

Saya membeli buku ini melalui online, dan sampai ke kotak merpati saya melalui pos. Saya guna kad kredit. Senang sungguh berada di zaman siber ni kan? Tunggu kita je nak rajin membaca atau tidak?
Saya sudah 2 kali membaca buku ini, saya membacanya sebelum tidor...
Saya tahu kalau nak mencari makna hidup kita mesti keluar rumah pandang dunia yang luas, dan hadapi cubaan hidup ini sepenuhnya dan bukannya semata-mata daripada buku. Namun saya ingin juga mendapatkan kisah dan tauladan daripada buku. Mengetahui kehidupan orang dan kisah mereka akan membuat kita berfikir. Sebab adakalanya kita tidak mungkin berada di dalam situasi mereka.
Kepada yang sekular, jangan bimbang buku ini bukan sebuah buku agama yang mutlak, ia mengenai kisah-kisah kehidupan, saya katogerikan sebagai bacaan ringan sebelum tidor (walapun ada yang sebenarnya kisah tersebut terselit tema yang berat).
Bahagian-bahagian isi kandungan

Bahagian 1: Cermin Diri Sendiri
Nilai Sebuah Pujian Meniru Perangai Monyet Keagungan Hati Kekuasaan Penuh Diriku Istimewa Mengkaji Keadaan Diri Sufi Tidak Lagi Memakan Gula-gula Telinga yang Sabar Mendengar 

Bahagian 2: Pandai Bersyukur
Berlian di Tanah Ladang ‘Bunga-bungaan’ Kemoterapi In Spite Of Indah pada Waktunya Warga Tua pada Usia Indah 

Bahagian 3: Hidup = Perjuangan
Manusia Bodoh yang Enggan Bekerja Jalan yang Perlu Ditempuh Duit Syiling Ajaib Matahari dan Angin Perjuangan Si Gegat Slache yang Berani Pemandu Saya pun Boleh 

Bahagian 4: Belajar daripada Pengalaman
Kacang Lupakan Kulit Kura-kura Pesimis Sindrom Lowell Lubang Bekas Paku Mengulangi Kesalahan Budak-budak Memang Begitu Siapakah Pemilik Tongkat Ini? 

Bahagian 5: Menabung Kebaikan
Boneka Ajaib Laluan Berbatu Loncatan Washington Melakukan dalam Kegelapan Pengemis Penuh Misteri Orang Asing yang Baik Hati Pertolongan untuk Sang Sufi
Jan: Kalau boleh saya mahu tahu banyak perkara/ilmu sebelum saya pergi...

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home