Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, June 11, 2009

Simone..dan sebuah kesedihan...

Bila saya tanya anak saudara saya berapa kali seminggu dia berjumpa dengan ayahnya, saya diberitahu sekali seminggu sahaja...

Saya gatal lagi bertanya " Rajin tak duduk atas riba ayah macam Pik duduk atas riba Simone (nama baru saya) ni?

Sebenarnya sebulan lepas saya nak ke mahkamah di Kuantan untuk tukar nama saya, tetapi selepas itu saya fikir tak perlu buat begitu. Saya cuma war-warkan kepada orang terdekat sahaja nama baru saya ni. Anak-anak saudara dan teman rapat ada mempersoalkan kenapa `simone'. Dan saya berilah tahu dua tiga alasan...

Ramai jugak yang tak setuju dan marah-marah atas cadangan nama ni. Ada yang sampai jatuhkan hukum pulak. Pelik kan ni bukannya nak tukar agama, dan yang nak tukar nama tu nama saya, bukan nama mereka...entahlah pelik sungguh gelagat mereka.

Kembali kepada cerita tadi...sebab itulah bila balik kampung saya selalu berjumpa dengan mereka, kadang-kadang bawa ke kedai makan. Mereka tiga beradik ni dah besar dan semuanya sudah bersekolah.

Kita tidak boleh kata budak-budak tak tahu apa-apa kerana semasa kecil inilah proses pembentukan fikiran giat bermula...

Saya harap mereka belajar rajin-rajin dan jadi orang yang bijak berfikiran terbuka. Dengan ada ilmu dan fikiran yang terbuka, ia dapat menolong kita. Kita tidak boleh harapkan kebahgiaan daripada sesama manusia sebab ada yang lebih hina daripada haiwan.

Jankaulu: Haiwan hina ke?

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home