Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, June 23, 2009

Gangguan di fikiran...

Hari ni ada `Workshop on Research Methodology Stage 3: Technical Writing', selama dua hari. Saya terlupa pasal workshop tu, bila sampai kampus ramai yang tak ada, saya terus call Ja. Ja beritahu semua dah gi Wisma.

Sebenarnya ia adalah bengkel tahap ke tiga, Ia lebih menumpukan bagaimana kaedah kita menulis, membuat penulisan akademik...

Saya terlupa lagi, saya terlupa daftar! He he he.

Selepas mendaftar, selepas dapatkan fail, pen pencil, gula-gula (disediakan juga) dan air mineral, saya memilih meja, meja kedua paling depan (takut tertidor kalau duduk di belakang). Saya tengok dah ramai juga yang hadir.

Saya duduk dan berharap saya berjaya melaluinya dengan berfaedah. Tidak seperti makanan yang kita tak payah telan kalau tak sedap, sesebuah workshop kita kena melaluinya hingga habis...walaupun boring?

Namun saya dapati ia sangat memberi faedah untuk pensyarah muda seperti saya ini, he he he. Maksud saya muda dalam lapangan kajian. Dan cara penyampaian pun sangat menarik, saya boleh katakan antara yang terbaik saya pernah hadir. Walaupun kepala agak pening, saya mengikuti perbincangan dengan baik.

Dalam penerangan yang hebat oleh profesor tu...saya dibawa lari juga, he he he. Saya teringat tadi (selepas cium tangan mak) mak saya ada berpesan kalau sempat ambik dia, dia nak pergi hospital mintak ubat penyedup asma, dah dekat nak habis katanya. Saya beritahu mak, supaya call saya kalau nak apa-apa.

Tengahari saya balik kejap. Mak saya periksa tekanan darah saya...dalam diam-diam saya berdoa biarlah tekanan darah saya tak turun lagi sebab kalau turun tentu mak saya tinggalkan saya...

Saya teringat lagi...seperti biasa seperti pagi-pagi beberapa minggu ni saya bangun dengan badan yang berat. Semalam saya diburu oleh mimpi ngeri lagi, nenek vouge yang menakutkan itu datang lagi. Saya pernah ceritakan kepada Mek Zue dan saya dah buat segala apa yang Mek Zue suruh (termasuk menurunkan gambar seksi seksa di bilik tidur saya)tapi nenek tua vouge itu masih datang lagi. Entahlah macam misteri nusangtara pulak.

Saya kembali semula kepada bengkel yang penuh bersemangat. saya rasa kerdil pulak rasa berada di tengah-tengah ahli akademik. Kadang terasa tersilap lapangan pulak, he he he. Namun saya bersemangat sangat untuk menulis secara akademik.Saya akan cuba...


Semester sudah semakin dekat, saya mesti bersedia...semester baru dunia baru bagi saya sekaligus...

Jankaulu: Semestinya semester ini berlainan sekali kerana sebahagian diri saya telah dibunuh.

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home