Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, June 22, 2009

Hari bapa dan ikan duyung...


Menjadi seorang bapa yang baik adalah sukar. Jauh lebih sukar dan halal berbanding dengan menjadi bapa ayam. Oleh itu kita patut memberikan satu penghargaan atau tepukan gemuruh kepada yang berjaya melaluinya atau berusaha melaluinya. Memang mencabar... (kena ingat mereka dalam waktu yang sama juga merupakan seorang suami, selain bapa, khalifah di muka bumi, dan kadang-kadang mereka juga mahu menjadi diri mereka sendiri...).

Jarang sangat kita kupas pengorbanan bapa, yang selalu dikupas diketengahkan adalah pengorbanan ibu. Bila mengupas pasal ibu sampai menangis-nangis khalayak mendengarnya. Kalau ada forum perdana, sampai ada yang meraung-raung! (dan bila sampai umah derhaka balik kepada ibu, he he he). Cuma beberapa tahun kebelakangan inilah ia dah berubah, penekanan kepada pengorbanan bapa dah mula diperkatakan...satu perubahan yang positif.

Menjaga sebuah kapal bukannya mudah, terutama kapal yang besar (kecil pun bahaya jugak). Hala tuju dan kompas penting kalau tak karam di dasar lautan, mati semuanya. Dan lautan yang nak dilalui kadang-kadang dipukul gelombang besar, nama lagi lautan, bak kata Dayang dan JJ lautan mana tak bergelombang...?

Kena juga tadah air hujan untuk anak-anak kapal minum dan ajar anak-anak kapal mengail ikan untuk makan. Dengan kata lain sebagai ketua segalanya. Begitu juga kena ada kemahiran menjawab balik apabila adanya anak-anak kapal yang suka membantah atau asyik musykil.

Tapi yang paling merbahaya ialah adanya ikan-ikan duyung yang seksi yang menggoda sepanjang pelayaran. Dengan dadanya yang bidang, rambut yang hitam pekat dan ikal mayang, dan pinggul yang mengancam. Kalaulah nahkoda tergoda tentu anak-anak kapalnya merana.

Selamat hari bapa kepada yang rasa berjaya dan kepada yang tidak berjaya usaha lagi, mudah-mudahan berjaya.


Jan: Perahuku lilin layarnya kertas, cuba kurenang lautan ber`api'...sendirian...(pulak dah...)

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home