PAGI TADI tadi semasa saya nak pergi kerja, ayah saya tanya bagaimana mahu buka bonet hadapan kereta Myvi. Alamak saya tak tahu... (Ayah saya datang dengan mak saya dari Besut menggunakan Myvi adik saya...)
Walaupun dah 3 bulan lebih, saya tak pernah buka tengok apa yang ada di dalam bonet kereta Myvi tu. Tapi saya pernah tengok dulu dalam kereta Kancil Kamal, berserabut dengan wayar-wayar dan ada tempat letak air...
Maka saya call Ja untuk membukanya...he he he.
PAGI SEMALAM pun merupakan hari ini dalam sejarah keranma saya bawak kereta ke tempat cuci kereta. Sepanjang saya pakai kereta inilah kali pertama. Saya pergi dengan Ja. Ja bersihkan keretanya kena bayar RM10, tapi Myvi saya yang kecil kena bayaran RM13. Saya hairan sebab kereta Ja besar. Entahlah saya tak faham hal kereta-kereta ni. Tapi saya akan belajar, bersungguh-sungguh.
Jankaulu: Sejarah mengajar aku...tentang ertinya hidup.
No comments:
Post a Comment