Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, June 1, 2009

Hari ini dalam sejarah: Pintu rumah

Tengahari tadi, tengah2 syok kira carry mark dalam bilik office, sambil layan lagu `seribu Mawar' sekoyang-koyang B masuk bilik saya menanyakan. Adakah orang di rumah saya. Saya tanya pula kenapa dan B beritahu yang pintu sliding door tak tutup.Dari pagi sampai tengahari dia balik pun masih terbuka.

Saya terpegun sejenak, dah dua tahun saya kerja tak pernah lagi berlaku begini... Apakah tandanya ya? Tapi yang pasti saya cuai. Saya terus bergegas balik dan memang sah! tak tutup!. Saya masuk sekejap minum air nescafee dari peti ais. Saya lihat dapur tak kemas dan tak ada makanan, memang sah saya perlukan tukang masak. dan memerhatikan pula keadaan di dalam rumah yang berkubang. Memang sah saya kena ada orang gaji....sempat saya menjenguk ke kamar tidur, huh tak ada sesiapa bergaya seksi...adakah saya perlu...huh!

Dan pagi tadi bila saya nak bayar bil elektrik rupanya dah 4 bulan saya tak bayar. Slip entah kemana, saya ambik slip yang lama dan pergi kedai tenaga. Saya tanpa rasa malu bertanya berapa bulan sebenarnya saya miss bayar.Dia kata 4 bulan!


jan: hari ini dalam sejarah: Aku mula mahu melupakanmu terus!

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home