Kalau kita dengar cerita, ada cerita sang isteri walaupun kena sepak terajang tetapi masih lagi sayang kepada suaminya. Walaupun terpaksa pikul biawak hidup dan merana masih lagi dapat bertahan diri.
Dan cerita2 begini bukan ada satu, bukan dua atau tiga yang kita dengar dalam masyarakat kita. Kira dah biasa sangat kan... Janganlah kata tak baik pula `cara' dalam kain orang (sebabnya daripada rumahtangga berantakan ini mungkin lahir masyarakat yang berpenjenayah. Saya sebut sekali lagi, mungkin).
Saya tak tahu nak kata apa dalam perkara di atas. Perempuan mungkin sifat dia begitu. Lain kot dengan sifat lelaki kot, mereka tak akan dapat bertahan jika isterinya menuju negative sama ada sifat atau fizikal (wahama berat badan isteri meningkat pun…, he he he ampun).
Tak adil ya, tentu ada yang marah sebab saya hidup solo tetapi bila menulis macam sombong sangat macam dah 8 kali berumahtangga. Tetapi bukan niat saya untuk ego, kalau nak ego saya tak menulis dalam blog, saya bukan macam seorang kawan saya yang bila menulis tentu saja pasal kebanggaan diri (sebenarnya kebangangan diri, he he he).
Kembali kepada si isteri tadi… bekas sedara lelaki saya ada kata orang perempuan memang begitu majoritinya, kalau suaminya ceraikan dia dan kawin lagi, walaupun dah berlaku perang besar, maki hamung dan naik turun mahkamah, di lubuk hatinya masih sayang kat bekas suaminya!!!. Hairan saya makhluk ini. Tapi itu suatu yang positif ke negative?
Bekas saudara saya tu beritahu saya hal tersebut apabila dia bertandang ke mahkamah syariah dan menemuramah perempuan-perempuan yang turun-naik tangga mahkamah tu. Pasti perit menahan seksa kan…sebab dalam masa yang sama masih sayang (he he he). Nak kena tabik ke orang macam ini? atau mereka bodoh atau kita buat macam biasa, iaitu tak payah fikir tumpukan pada pasal cari duit dan berjimat je sepanjang hidup kita...he
Saya tak berniat nak merendahkan mereka. Dan saya juga tidak ada niat nak tabik kepada mereka. Cuma nampak sangat tak rasional kan bila bab-bab kasih sayang ni. Tak senang untuk beralih daripada sayang kepada benci dalam sekelip mata kan, apatah lagi bila dah lama hidup bersama…bersebumbung, bersebantal dan bersetubuh...
Jan: Teringat kata-kata Samantha `I love you but i love myself more...! he he he
No comments:
Post a Comment