Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, March 4, 2009

Tunas Manja

Gambar 1: Hari pertama pembukaan.
Sekarang jangan tak tahu. Muadzam dah ada Tunas Manja. Masa pembukaan 8 Januari lalu memang saya antara yang datang awal sebelum pintu dibuka. Saya dah terpacak depan tunas manja seawal mungkin. Sebelum tu saya minum pagi depan gerai di hadapan sebelah jalanraya besar tu. Saya tak nak ketinggalan dalam pembangunan ekonomi Muadzam.
Jadilah ia sebagai satu mercu tanda bandar Muadzam. Dan jangan tak tahu lagi yang atas bangunan Tunas Manja ni ada pula pusat snuker. Muadzam dah berubah sekarang...(tapi sikit je huh). Oklah daripada tak ada langsung...



Gambar 2: Van Nescafee pun ada juga, saya minum 8 kali, he he he.

Katanya ada yang pensang dan berlaku kesesakan lalu lintas bertaraf KL pada hari tersebut. Namun saya tak tengok dengan mata kepala saya sendiri sebab saya blah awal selepas pukul gambar, saya nak basuh kain. Saya ada masuk sekejap tengok tapi tak beli apa-apa, ramai sangat orang...

Gambar 3: Amboi akak, shopping sakan, tak ingat ekonomi tengah krisis ke?

Ada beberapa keping gambar saya pukul ni boleh la ditengok. Gambar ni biasa je kepada manusia yang tinggal di kawasan urban kan. Tapi kalau cerita gambar ni kepada orang yang pernah duduk di Muadzam, mungkin sukarlah nak percaya...

Gambar 4: Abang-abang pun membeli juga...

Kini bila tak ada barang saya terus gi ke tunas Manja. Hari tu sedang basuh pinggang mangkut, ekziong habis, terus starat motor ke Tunas Manja. Tak logik kan...tapi saya buat.


Gambar 5: Pusat Sukan Snuker pulak dah...

Sekarang senanglah kalu nak membeli belah tak perlu ke Kuantan. Di Tunas Manja ada banyak barang keperluan harian, mingguan, bulanan dan tahunan kot.
Semoga Muadzam terus mengalami pembangunan... Semoga pembangunan membawa ke arah kesejahteraan.
Jankaulu
: Dah ada kad ahli Tunas Manja gitu...


2 comments:

roza said...

nasib baik muka saya tak de dlm gambar2 tu.. hehehe... hidup muadzam..

Anonymous said...

i pon pnh kje c2..huhu

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home