Asalamualaikum dan salam sejahtera. Kita kembali lagi ke segmeng `Jalan-jalan Kerana Boring', yang saya terbitkan khas kepada diri saya sendiri dan juga kepada sesiapa yang mahu mengenali Muadzam. Manalah tahu kan kot-kot suatu masa nanti kao orang tercampak di sini, he he he.
Segmen kedua (selepas Tunas Manja Muadzam) akan memperkenalkan Kompleks Sukan Mini. Muadzam taklah komang sangat... Ada Mini Stadiumnya. 5 minit sahaja daripada rumah sewa saya. Saya ke sini kalau berkesempatan balik awal, dan kalau ada semangat nak jaga kesihatan. Bila dapat balik awal bergegas tukar seluar kerja ke seluar trek, kasut kerja ke kasut sukan. Yang bestnya terletak di tepi bukit, hening dan nyaman, sesuai kalau nak siapkan novel sedih yang sad ending.
Kadang-kadang ada kumpulan orang berlatih bola di sini petang-petang. Suatu hari nasib saya malang sebab masa dok ala-ala jogging sebiji bola meluru ke arah saya, semua orang tengok. So tahulah kita yang kita kena sepak balik bola tu ke tengah padang, saya pun sepaklah. Hasilnya bola tu entah macam mana terkeluar kebelakang bukan ke tengah padang. Bola tu meluru terus ke tepi pagar komplek mini stadium. Sepatutnya sepakan saya tu menyebabkan bola ke depan ke tengah padang bukan ke belakang saya. Sejak hari itu memang kalau ada orang main bola di padang, hati saya risau sangat...
Ada beberapa buah bangunan sukan di sini. Ada la juga aktiviti. Ada juga yang buat erobik. Suatu petang ku berjalan di tepi bangunan dan terdengar muzik, bila saya jenguk di cermin nampaklah makcik-makcik terloncat-loncat mengikut instraktornya. Senamrobit rupanya.
Biasanya saya buat lapan raund sahaja. Sekejap berjalan, sekejap jogging (yang lebihnya melenggang!). Saya pergi sorang je. Pernah juga saya ajak Ja. Namun katanya dia lebih suka berjogging di taman. Nanti suatu hari saya pukul gambar taman tu pulak.
Kalau nak berlari atau jogging bolehlah cuba. Trek ni macam plastik rasanya bila kita pijak. Lembut, kalau kita terjatuh boleh minima kecederaan kita (kecuali jatuh hati, memanglah parah. Tak ada ubat di atas muka bumi ni).
Sekian sahaja buat kali ini, di kesempatan yang lain saya akan cuba nyohol tempat-tempat lain di Muadzam yang saya kira menarik pulak. Bak kata orang tak kenal maka tak cinta dan bak kata saya bila dah kenal dan bercinta akhirnya meraung..., he he he...
Sekian. Jankaulu: Hening rasa menyusuk diri, jiwa rasa kekosongan...(pulak dah)

9 comments:
thanks for the info..sy akan blajar kt uniten muadzam shah stat bln nam ni..
MENARIK TGK ADA STADIUM BERSIH CMTU...HEHE
EMM..SY AKAN WAT PRAKTIKAL KT MUADZAM HJG BLN 12 NNT...KLAU ADA BILIK SEWA ATAU RUMAH SEWA BLEH INFO KT SY X?
TQ~^^
email sy--> silence_3009@yahoo.com
Slm. Tq sbb mrajinkn diri m'intro muadzam shah. Sbb ayat perenngan pertama tu mmg kna kt sy.. Adus! Lg 2 mg forced to transfer ke sna.. N mmg xpnh jejak kaki pn lg ctu. Your entries at least calm me a bit. U adjusted urself to live there n it's quite cool how u decorated your house there! I'm just worried how to find a proper house there for rent. Ada apa2 info x? If do, please kindly email me @ yarn_da_great@hotmail.com. Tq in advance! ^^
Salam. Saya wartawan Sinar Harian Rompin. Saya mohon untuk menyiarkan dua gambar trek di atas sebagai perbandingan dengan kondisi sekarang. Terima kasih.
Menyiarkan gambar tersebut dalam sebuah laporan Sinar Harian bertarikh 29 Oktober 2013.

semoga gambar saya memberi manfaat kepada Sinar harian Raompin. Thanks.
Post a Comment