Gambar-gambar ni dipukul semasa kunjungan kali ke 3 kawasan perumahan Indera Sempurna. Kereta masih tak boleh masuk, jalan masih tidak siap, cuma ada jalan comot untuk lori angkut barang pembinaan sahaja. Jadi setiap kali pergi melawat tapak, kena berhenti kereta jauh di seberang tasik. Pas tu kena la jalan kaki.
Gambar 1: Merenung jauh ke lokasi rumah bersama kereta BGL 848
Kawasan perumaham ni tepi tasik yang warnanya oren dan kadang-kadang nampak warna macam teh tarik juga. Air lumpur masuk daripada kawasann pembinaan yang sedang galak dibina, menodai sebuah kejernihan...(pulak dah).
Gambar 3
Gambar 4
Gambar 5
Selepas jalan kaki keliling tasik, kena lalu banyak titian pula. Hati-hati bila meniti sebab jika jatuh bukan sahaja basah berlumpur tetapi kat bawah ada batu, kayu dan juga besi-besi. Namun titiannya kuat, mampu menahan beban sebanyak 86.52 kg, he he he.
Gambar 6: Tak siap lagi, pasir dan kerawak sana sini...
Ha...nilah rumahnya, kunjungan ke dua hari tu tak dicat lagi, cuma dikapur sahaja dindingnya. Sekarang sebahagian dah dicat. Kawasan depan rumah masih ada bahan-bahan pembinaannya.
Buat-buat tanya pekerja yang pekat bahasa indonnya. Nasib baiklah ada jugak tengok sintron dengan Ja, kalau tak tak faham langsung.
Gambar 9: Ni bukan Adnan menari tetapi menunjuk sudut...
Adnan kata bolehlah letak gambar di sini. Betul jugak, tak kan nak dibiarkan kosong je kan? Nak letek gambar apa ya? Madonna? Andry Herpun?. Ni rumah kita, kita letaklah apa sahaja yang penting kita suka, dan halal.
Gambar 10: Dari pintu ke pintu...
Rumah ni banyak juga pintu biliknyanya, selangkah dua langkah kaki sampai ke pintu, selangkah dua langkah sampai ke pintu, he he he. Cadang nanti bila dah duduk nak buang semua pintu-pintu ni. Tak payah ada pintu bilik, senang. Nampak cantik dan ringkas.
Gambar 11: Adnan merenung jauh...
Kelihatan Adnan seolah puashati dengan keprogresan rumah ini, atau memang gayanya untuk menutup perutnya? he? Terima kasih sekali lagi kepadanya kerana banyak menolong saya dalam proses perumahan ini, daripada awal memilih pemaju, bank, lokasi dan bentuk rumah dan lain-lain....sampai kini.
Gambar 12: Ada jalan kecil dan gazebo tepian tasik...
Ni jalan keliling tasik tu, bolehlah nanti tiap hujung minggu datang dan tidor sini, dan paginya jogging sebelum ke bandar tengok pasu.... (kalau berani bawak kereta la, he he he).
Jan: Nanti nak tanam pisang, keledek, ubi kayu dan nak pelihara ayam...tapi kena pindah Kuantan la kan...?
4 comments:
amboi siap nk berkebun n menternak skali...ingat umah atas bukit, duk sorg2 ker...ujung mggu bwk ubi kayu, trn bukit, jual tepi jln ker...(ingat lg x skrip ni? hehehe...)
...dan apabila balik daripada bandar di muka pintu tersenyum isteri yang berkembang dan berkata ` Bang biarlah hidup kita sederhana tetapi kita amat bahagia, berbantalkan paha berlagu rindu, cinta beralas kasih, berteduh sayang...?
(saya tak kan lupa skrip tu sampai mati, he he he..thanks)
boleh hias dinding nya dgn lukisan2 suamiku. akak bole kasi discount u all, byrn ansuran lg
maxine76,
lukisan gambar apa ya?. Kalau nak tengok kat mana adanya?
Post a Comment