Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, March 10, 2009

Beban asmara...


Pernah tak terfikir yang kita sebagai manusia biasa ni mungkin menjadi beban kepada orang yang kita sayangi. Maksudnya kita menyusahkan orang yang kita sayangi. Dengan lebih jelas lagi orang yang sayangi kita tersebut yang sepatutnya kita balas dengan baik dan senangkan hatinya…, kita telah berkelakuan sebaliknya… Pernah tak? Atau tak hirau pun? tak kisah?

CEMBURU...

Ada seribu contoh tetapi contoh yang terpilih kali ini ialah apabila kita manusia rasa cemburu. Perasaan cemburu entah datang daripada mana. Sejak berzaman perasaan ini telah ada menapak dalam diri manusia. Pernah di Sabah sepasang suami isteri terletup kerana si suami meletupkan dirinya bersama isterinya yang curang. Entahlah saya kurang faham kenapa suaminya meletupkan dirinya jugak. Bukankah sepatutnya letup je isterinya bersama kekasih gelapnya? Entahlah malas nak komen, cuma nak terangkan cemburu ni teruk dan ia boleh membesar…Tetapi tahap cemburu tak sama, ada orang yang kuat cemburu dan ada yang lemah saja tahap cemburunya.

Cemburu boleh hadir kerana seribu sebab. Katalah Si A tersebut dah 18 kali ditipu dan tidak/sukar mempercayai suatu kepercayaan lagi. Tup-tup dengan takdir dia dapatlah awek/balak baru sebab ada jugak insan yang minat kat dia. Memang dulu hatinya dah tertutup rapat, tapi Si B kekasihnya berjaya membukanya (buat-buat lawak bodo, beri hadiah, surat dan sajak, dan lain-lain yang tak masuk akal, tapi sinonim dengan dunia kasih sayang). Lantas Si A pabila tiba di sepertiga malam sering sujud syukur sebab terharu (maklumlah dia sedar mukanya gred C- je, pun ada orang nak, he he he...).

PAGI-PETANG, SIANG-MALAM

Maka gelagat Si A amatlah teruk. Pagi-petang, siang malam asyik curiga ke atas Si B. Maklumlah takut pisang berbuah 18 kali. Hatinya selalu resah sebab dia percaya memang dah tak akan ada orang yang minat kat dia kerana dia pun bukan semakin muda lagi. Dia bimbang dia hanya dijadikan sandaran dan diterima kerana kesian sahaja. Sebab tulah pagi-petang, siang malam dia call atau sms tanya di mana Si B berada, dengan sapa dan sedang buat apa…

Haa… di sinilah maksud saya gelagat Si A tadi dah menyusahkan Si B yang mungkin benar-benar sayanginya. Saya ulangi MUNGKIN, he he he.

SEDAR DIRI…

Dan lebih parah lagi ialah Si A memang perasan tindakan ia itu adalah salah dan membebankan pasangannya. Namun dia sendiri berperang dengan dirinya, sehingga pernah Si A fikir biarlah dia undur diri daripada hidup Si B (pulak dah) kerana tidak lagi mahu menyusahkan Si B… Dia pernah menyuarakan hal ni pada Si B. Dan Si B hanya suruh kurangkan cemburunya itu. Fikir positif katanya.

PESANAN SYED MUHAMMAD NAQUIB SYED ANUAR

Susah saya nak beri nasihat hal-hal macam ni… Teringat benar pesan Mat Pijot pada saya dulu, masa saya nak melangkah pergi ke Muadzam. Katanya `kehidupan kita akan susah kalu kita dah terhutang budi kat orang… tapi lebih susah lagi bila dah sayang kat orang tu…cuba lar elakkan dari keduanya…’ (ketika tu orang lain sibuk berpesan bila saya dah ada kereta besar nanti jangan lupakan mereka, tetapi pesanan Mat Pijot berlainan sekali...macam biasa dia lain daripada yang lain, unik.)

Penulisan ini pun bukannya ada motif sangat, cuma kalu dapat kita SAMA-SAMA fikir-fikirkanlah kot-kot kita pun 2 x 5 jugak, iaitu menyusahkan orang yang KITA SAYANG. Tak kiralah pada mak, ayah, suami, isteri, adik beradik atau kekasi, hatta kucing jiran… Maklumlah kita manusia ni tak dapat lari daripada tak sedar diri…


Jan: Teringat Mankisue… Apa khabar dia sekarang?


No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home