Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, March 2, 2009

Bunuh diri...?

`` Ya allah Fairus, tuhan mahu uji awak Fairus, tuhan mahu menguji kita. Yang mana kita lebih utamakan antara kasih sayang kita kepada allah atau kasih sayang kita sesama manusia.” Seperti pakar motivasi, Mankisue menuturkan kata-kata dengan lembut. Dia tidak mahu Fairus tertekan jika dia menggunakan kata-kata yang keras. Jika diturutkan hati mahu saja ditamparnya muka fairus. Tetapi niat itu dipadamkan saja, dia tidak mahu Fairuz makin tertekan. Walaupun terdapat perkataan-perkataan yang keras dan negatif, tetap dilafazkan dengan nada suara yang lembut.

`` Kalau kita lebihkan kasih sayang sesama manusia daripada kasih sayang kita kepada allah, sampai mati pun kehidupan kita tak akan tenteram. Bila kita tak tenteram, bolehkah kita hidup bahagia?''. Mankisue bertanya pula. Di hadapannya Mohd Fairus Aiman Azani bin Tueak pelajar section 12M sudah nampak serba salah, tunduk malu seolah insaf seketika.

`` Tengok saya ni, saya selalu berfikir rasional. Saya letakan hidup saya ni secara terurus. Saya tak pernah ikut hati saya sebab orang kata ikut hati mati, ikut rasa binasa. Kita kena guna fikiran... " Mankisue menyandar di kerusinya, sesekali dia melihat raut muka Faiirus.
"Allah beri kita akal fikiran. Memanglah setiap manusia ada masalah tetapi ia mungkin cubaan daripada allah. Yang penting kita berusaha untuk mencapai kebahagiaan hidup, Fairus. Kalau kita dah berusaha dan dah tidak berdaya saya serahkan segalanya kepada allah kerana saya tahu dia tahu apa yang terbaik untuk saya.” Sambung Mankisue lagi. Memang dia sengaja menyebut perkataan `allah’ banyak kali kerana dia tahu Fairus berlatarbelakangkan sekolah agama. Dia percaya Fairus akan `beli’ kata-katanya yang sengaja diunsurislamkan…

`` Cuba awak fikir dengan baik, awak fikir sekejap, saya beri masa 5 minit. Cuba awak fikir kalau kita lebihkan kasih sayang kita sesama manusia. Bila kita kehilangannya bolehkah kita bangkit kembali?.'' Mankisue menghirup secawan Tongkat Ali dan meletakan semula cawan tersebut di atas mejanya. Bau air Tongkat Alinya semerbak memenuhi ruang bilik. Kemudian dia mengangguk kepala perlahan-lahan seolah-olah sedang memikirkan sesuatu permasalahan yang maha hebat.
``Tengok ada orang mati anak tetapi mereka teruskan hidup. Ada yang kehilangan isteri, suami atau keluarga… Awak ni Fairus, baru ditinggalkan kekasih nak bunuh diri… Cuba awak fikir?. Saya minta sangat Fairus fikir betul-betul. Fikir Ya? " Bertalu-talu Mankisue menyoal Fairus sambil tangannya pantas menyusun buku-buku yang sengaja disepahkan di atas mejanya. Tadi dia memang sengaja meletakkan kertas kerjanya, buku-buku notanya dan perfume Bulgarinya. Memang begitulah lagaknya apabila ada consultation hour dengan pelajar. Dan biasanya juga dia pasang lagu instrumental dengan perlahan, agar bila student masuk nampaklah class sikit, suasana di bilik tersebut. Nyaman dan sesuai untuk sesi kaunseling.

`` Tengok saya ni, saya bukan berniat mahu meninggikan diri, tapi saya klafikasikan hidup saya bahagia, walaupun tidaklah sempurna 100%. Kesempurnaan itu Malik allah. Hidup saya tiada cacat-celanya bagi saya, Alhamdulilah, saya bersyukur, saya redha. Dan kalau ada apa-apa kelemahan saya baikinya, saya tabah dan sabar selalu.” Mankisue menipu, dia seolah terlupa 2 hari yang lalu dia hampir meraung di tepi jalanraya, dalam hujan lebat.
`` Awak muda lagi Fairus, banyak perkara yang awak kena buat. Tapi Awak fokus kepada perkara yang bukan utama. Dan sekarang kesalahan itu bukan sahaja mengigit awak , juga masa depan awak. Awak hanya hilang kasih sayang dari hanya seorang kekasih sahaja, awak bukan hilang segalannya…”.
“ Tapi sir saya tak tahu nak buat apa sekarang, saya buntu, nak study pun saya tak boleh”. Fairus cepat-cepat mencelah menjawab. Dia tahu benar kalau dia tidak mencelah alamatnya tidak bersekempatanlah dia nak bercakap.
“ Pertamanya awak kena mengaku pada diri yang awak buat salah. Bila awak dah benar-benar mengaku barulah awak dapat mengambil langkah seterusnya, kuatkan diri.”.
`` Sekarang perjalanan hidup awak berada di tahap mencari asas ilmu yang kukuh, fikiran awak sepatutnya ditumpukan kepada mencari ilmu pengetahuan, bukannya pasal mencari pasangan sahaja.” Sambung Mankisue, sambil buat-buat mencari buku. Dan dia terus capai buku Rahmah Ismail yang baru diodernya dari UKM. Buku bertajuk`Dimensi Ekonomi Pembangunan: Teori dan Realiti’ tersebut memang mahu digunakannya untuk semester depan. Payah nak cari buku rujukan dalam bahasa Malaysia, sebab itulah dia beria-ia membelinya.
`` Perempuan ni bila-bila masa saja kita boleh dapat bila kehidupan kita dah ok, dah ada pelajaran dah ada kehidupan sendiri, petik saja jari. Bak kata pepatah Cina `ada emas adalah perempuan’. Mankisue seolah pakar dalam bab-bab perempuan, walaupun hakikatnya…? Sepahit jadam… depan kiri belakang kelabu.
“Janganlah kerana perempuan awak tak dapat study, tuhan uji sedikit je awak dah terduduk Fairus. Awak tengok remaja lain, di Palastine contohnya, ujian mereka lebih hebat lagi, lebih derita. Masa depan mereka tak menentu. Awak yang ada masa depan ni, awak abaikan pulak.”. Mankisue masukkan jugak isu antarabangsa bagaimana nasib remaja di serata dunia yang lebih dasyat dan naif. Dia mahu Fairus rasa beruntung. Dia mahu Fairus bangikt daripada kesedihan.
“ Awak pun ada rupa, bukannya tak handsome, bila-bila masa awak boleh cari yang lebih baik.” Mankisue menipu lagi kerana jauh di sudut hatinya memang pelajar di hadapannya bukan dalam katogeri handsome. Dahlah tak handsome, tak pandai bergaya, serebeh pulak. Pernah juga Mankisue terfikir antara salah satu sebab Fairus ditinggalkan oleh aweknya mungkin kerana penampilannya. Perempuan zaman sekarang mahu boyfriend pandai bergaya, rupa paras fail pun tak apa. Tapi kebenaran tidak boleh diletupkan di sini. Nanti Fairus terus terjun tasik. Mankisue faham sangat tugasnya sekarang bukan sahaja meredakan gelojak jiwa Fairus tetapi juga memberi motivasi. Biar Fairus bersemangat kembali pandang dunia yang luas.
“ Tak ada apa kurangnya pada diri awak, kecuali fikiran awak yang perlu diubah. Dengan terjun tasik tu apa yang awak dapat? Keluarga awak dapat malu dan paling dasyat awak jadi manusia yang pentingkan diri. Awak memang la mati tapi orang lain, apa perasaannya? Apa perasaan mak awak contohnya. Siapa yang bagi hak kepada kita Fairus untuk cabut nyawa kita?"
"Saya hairan dengan remaja masa kini, putus cinta sikit nak bunuh diri, putus cinta sikit hidup merudum. Nilah kalau pengisian jiwa kosong. Nampaknya HEP perlu buat program pengisian jiwa mahasiswa.” Mankisue teruskan khtubahnya untuk menyedarkan Fairus sambil tak semena mena mengheret juga peranan HEP yang dirasainya patut diperkasakan.
“ Sekarang ginilah, ni dah sesi ketiga kita jumpa, sesei pertama dan kedua dulu awak yang banyak cakap luahkan segalanya. Sesi ini awak dengar je apa yang saya cakap dan bila kita jumpa nanti saya pulak nak dengar awak bercakap, beri tindak balas atas apa yang saya kata, kita berbincang semula, awak boleh keluar sekarang''. Mankisue menyandarkan dirinya ke kerusi sambil memandang tepat ke mata fairus.
`` Cuma saya harap benar awak berfikir, saya tak pernah putus cinta, tapi saya faham perasaan orang yang kehilangan kasih sayang’. Mankisue membuat penipunan terakhirnya pada hari itu, pada sesi itu.
Fairus mengangguk kepalanya perlahan…

Jan: Amboi kaunseling orang pulak dah...

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home