Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Showing posts with label Muadzam.... Show all posts
Showing posts with label Muadzam.... Show all posts

Tuesday, September 25, 2012

Beruk!


Selain babi dan tupai, beruk juga merupakan satu pemandangan biasa di Muadzam Shah ini. Sudah tidak terbilang banyaknya saya melihat babi dan beruk di tepi jalan.

Gambar di atas sempat saya pukul semasa waktu pagi dalam perjalanan nak ke tempat kerja. Saya berhentikan kereta dan pukul dari dalam kereta. Nak keluar daripada kereta takut pulak. Takut ada yang cerdik dan cemburu kepada saya. Nanti keluar Harian Metro tajuk berita muka depan "Pensyarah bujang telajak digomol beruk" Haaa...

Kelihatan banyak beruk dalam kumpulan 20 ekor gitu. Tapi dalam gambar di atas kelihatan 7 sahaja. Yang lain melarikan diri.

Ini bukan moyet tapi beruk besar. Saya takut jugak sebab ada seekor asyik perhatikan saya. Ketua agaknya. Mungkin dia terpegun sebab saya handsum. Terima ksih kepada Loreal. He he he.

Minggu lepas kawan saya yang baru balik daripada buat PHD terdengar bunyi ngaumang harimau. Katanya dia terdengar pada waktu petang. Saya keliru juga sebab mungkin ada budak-budak saja jea buat bunyi rimau. Tapi katanya dia memang sah itu bunyi harimau...

Jan: sangat suka tengok cerita Planet of the Apes...teringat pada seseorang....


Wednesday, June 29, 2011

Latihan Payung terjun - Mardi Muadzam

Pada suatu petang, saya bersama emak dan Najib (anak saudara) pergi ke padang ragut berdekatan Mardi untuk lihat latihan payung terjun yang dianggotai oleh kumpulan komando. Saya diberitahu oleh kawan saya, suaminya komando jugak dulu...












Peristiwa sebegini bukan selalu kita dapat lihat. Saya dapati ramai juga kereta berhenti di tepi jalan untuk melihat aksi ini. Namun aksi yang paling menarik hati saya ialah bagaimana cemasnya lembu-lembu di padang ragut tersebut bertempianran lari, terkejut. He he he.

Jan: kenangan tak dapat dijual beli, sampai mati...

Tuesday, March 10, 2009

Pasar Minggu...

Setiap hari sabtu ada pasar minggu di Muadzam, letaknya belakang sisi Perhentian Bas Muadzam.
Masa saya mula-mula injak bumi Muadzam ia betul-betul terletak di belakang perhentian bas tersebut. Oleh kerena Majlis daerah dah bina beberapa bangunan, maka dialihnya kot sikit ke tepi sisi, kawasan atas.




Setiap sabtu saya bangun agak lewat, bila kemas rumah yang dah disepahkan daripada isnin hingga jumaat, saya bersiap ke pasar minggu. Biasanya pagi saya pergi beli bahan mentah seperti ikan, sayaur dan bawangan dapur lain.
Tetapi sekarang oleh kerana sibuk, saya jarang pergi pagi. Saya pergi belah petang beli mee goreng yang RM1.20 dan puyuh goreng ranggup untuk dibalum bersama mee tadi.




Pasar minggu ni daripada pagi hingga ke malam. Nak kata besar taklah besar sangat, nak kata kecil tak lah kecil sangat. Pasar minggu ni sama juga dengan pasar malam di tempat-tempat lain juga kecuali saya rasa mereka jual tikar rotan dengan murah. Yang lain-lain tu sama sahaja keadaan jualannya.



Jual atas jalan raya sebenarnya...

Tali pinggang...dan topi

Buahan...

Bermadu dalam kasih?

Mengheret anak...

Ramai juga datang petang

Mainang...

Kasut... (tak kan bola pulak...)

Berduyung datang...

Pukul dari belakang...

Kat tepi ada pendatang asing lepak....

Bahagian bawah ada jual baju, terasing dari atas jual makanan...

Jan: Sinilah tempat paling ramai boleh jumpa orang...di Muadzam

Wednesday, March 4, 2009

Nurseri Azam...






















Jan: Selalu beli pasu dan pokok kat sini....


Kompleks Sukan Mini Muadzam Shah

Asalamualaikum dan salam sejahtera. Kita kembali lagi ke segmeng `Jalan-jalan Kerana Boring', yang saya terbitkan khas kepada diri saya sendiri dan juga kepada sesiapa yang mahu mengenali Muadzam. Manalah tahu kan kot-kot suatu masa nanti kao orang tercampak di sini, he he he.

Segmen kedua (selepas Tunas Manja Muadzam) akan memperkenalkan Kompleks Sukan Mini. Muadzam taklah komang sangat... Ada Mini Stadiumnya.
5 minit sahaja daripada rumah sewa saya. Saya ke sini kalau berkesempatan balik awal, dan kalau ada semangat nak jaga kesihatan. Bila dapat balik awal bergegas tukar seluar kerja ke seluar trek, kasut kerja ke kasut sukan. Yang bestnya terletak di tepi bukit, hening dan nyaman, sesuai kalau nak siapkan novel sedih yang sad ending.


Kadang-kadang ada kumpulan orang berlatih bola di sini petang-petang. Suatu hari nasib saya malang sebab masa dok ala-ala jogging sebiji bola meluru ke arah saya, semua orang tengok. So tahulah kita yang kita kena sepak balik bola tu ke tengah padang, saya pun sepaklah. Hasilnya bola tu entah macam mana terkeluar kebelakang bukan ke tengah padang. Bola tu meluru terus ke tepi pagar komplek mini stadium. Sepatutnya sepakan saya tu menyebabkan bola ke depan ke tengah padang bukan ke belakang saya. Sejak hari itu memang kalau ada orang main bola di padang, hati saya risau sangat...

Ada beberapa buah bangunan sukan di sini. Ada la juga aktiviti. Ada juga yang buat erobik. Suatu petang ku berjalan di tepi bangunan dan terdengar muzik, bila saya jenguk di cermin nampaklah makcik-makcik terloncat-loncat mengikut instraktornya. Senamrobit rupanya.

Biasanya saya buat lapan raund sahaja. Sekejap berjalan, sekejap jogging (yang lebihnya melenggang!). Saya pergi sorang je. Pernah juga saya ajak Ja. Namun katanya dia lebih suka berjogging di taman. Nanti suatu hari saya pukul gambar taman tu pulak.




Kalau nak berlari atau jogging bolehlah cuba. Trek ni macam plastik rasanya bila kita pijak. Lembut, kalau kita terjatuh boleh minima kecederaan kita (kecuali jatuh hati, memanglah parah. Tak ada ubat di atas muka bumi ni).

Sekian sahaja buat kali ini, di kesempatan yang lain saya akan cuba nyohol tempat-tempat lain di Muadzam yang saya kira menarik pulak. Bak kata orang tak kenal maka tak cinta dan bak kata saya bila dah kenal dan bercinta akhirnya meraung..., he he he...
Sekian.
Jankaulu: Hening rasa menyusuk diri, jiwa rasa kekosongan...(pulak dah)

Tunas Manja

Gambar 1: Hari pertama pembukaan.
Sekarang jangan tak tahu. Muadzam dah ada Tunas Manja. Masa pembukaan 8 Januari lalu memang saya antara yang datang awal sebelum pintu dibuka. Saya dah terpacak depan tunas manja seawal mungkin. Sebelum tu saya minum pagi depan gerai di hadapan sebelah jalanraya besar tu. Saya tak nak ketinggalan dalam pembangunan ekonomi Muadzam.
Jadilah ia sebagai satu mercu tanda bandar Muadzam. Dan jangan tak tahu lagi yang atas bangunan Tunas Manja ni ada pula pusat snuker. Muadzam dah berubah sekarang...(tapi sikit je huh). Oklah daripada tak ada langsung...



Gambar 2: Van Nescafee pun ada juga, saya minum 8 kali, he he he.

Katanya ada yang pensang dan berlaku kesesakan lalu lintas bertaraf KL pada hari tersebut. Namun saya tak tengok dengan mata kepala saya sendiri sebab saya blah awal selepas pukul gambar, saya nak basuh kain. Saya ada masuk sekejap tengok tapi tak beli apa-apa, ramai sangat orang...

Gambar 3: Amboi akak, shopping sakan, tak ingat ekonomi tengah krisis ke?

Ada beberapa keping gambar saya pukul ni boleh la ditengok. Gambar ni biasa je kepada manusia yang tinggal di kawasan urban kan. Tapi kalau cerita gambar ni kepada orang yang pernah duduk di Muadzam, mungkin sukarlah nak percaya...

Gambar 4: Abang-abang pun membeli juga...

Kini bila tak ada barang saya terus gi ke tunas Manja. Hari tu sedang basuh pinggang mangkut, ekziong habis, terus starat motor ke Tunas Manja. Tak logik kan...tapi saya buat.


Gambar 5: Pusat Sukan Snuker pulak dah...

Sekarang senanglah kalu nak membeli belah tak perlu ke Kuantan. Di Tunas Manja ada banyak barang keperluan harian, mingguan, bulanan dan tahunan kot.
Semoga Muadzam terus mengalami pembangunan... Semoga pembangunan membawa ke arah kesejahteraan.
Jankaulu
: Dah ada kad ahli Tunas Manja gitu...


Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home