Apabila banyak yang kita tidak ketahui, kita ada dua cara untuk bertindakbalas. Pertama buat tak tahu dan terima seadanya apa yang ada. Dan kata dalam hati tak ada kena mengena dengan aku (atau nak lebih best lagi kononnya buat apalah cara hal orang, he he he), dan yang ke dua? Yang kedua carilah jawapannya! Namun pada tahun 1987 tersebut, saya memilih cara yang pertama, iaitu dengar dan diam sahaja...
Apabila ada pasangan yang bercerai selepas hanya 12 hari berkahwin, saya teringat satu peristiwa yang berlaku di tempat saya tinggal. Perkahwinan itu hanya bertahan selama semalaman sahaja. Apatah lagi ada sms daripada kawan di tempat kerja lama menanyakan apa perasaan saya jika anak perempuan saya kahwin selama 12 hari sahaja. Terus saya tertanya-tanya apakah faktor sebenarnya dalam menentukan jangka hayat sesuatu perkahwinan.
Selalunya kita fikir senang je (macam biasa, he he he) iaitu kalau bahagia tentulah perkahwinan itu dapat bertahan lama dan kalau tak bahagia pasti cepat bercerai. Tetapi perkahwinan satu malam ini mencabar konotasi tersebut...
Semasa saya makan nasi di meja makan, saya nampak mak saya bersimpoh bercerita melalui talian telipon manual (dulu mana ada talipon automatik). Sambil makan tersebut saya sempat mencuri dengar. Emak saya membicarakan hal orang yang kahwin hanya satu malam, kawannya juga.
Saya hanya terpikir mengapa pulak kahwin satu malam? Apa yang terjadi pada malamnya? Namun saya tidak mahu mencari jawapan sebab pada masa tersebut dunia saya hanya Micheal, Cindy lauper, kek buah dan Zaiton Sameon.
Jodoh di tangan tuhan, dan kata kawan saya jodoh juga di tangan kita. Apa yang saya tertanya-tanya kini ialah bukan kenapa atau sebab apa mereka bercerai tetapi tentu sukar untuk mereka menerima keadaan tersebut [mungkin macam kita terkejut beruk bila ada video klip anak kita yang berboge... di dalam internate. Kita mati hidup dan hidup balik lepas tu mati balik pun tak percaya yang itu anak kita sanggup buat sebab kat rumah anak kita baik giler, kita didik dengan baik (padahal begitulah biasanya kes macam ni, kita ibubapa ingat bila dah didik dengan baik jadi baik. Kita ingat kita dah buat yang terbaik).]
Tentulah sukar bagi seorang lelaki menceraikan bininya yang baru semalaman dinikahi. Lelaki tersebut bukanlah lelaki sembarangan, ada rupa, ada harta dan ada pangkat dan dikenali ramai. Dan tentulah sukar bagi seorang perempuan dicerai setelah baru dinikahi semalaman, sedangkan budi bahasanya elok dan paras rupanya ada, tiada cacat celanya sebagai perempuan normal.
Duda dan janda yang berkahwin tentulah harapannya mereka besar, iaitu memulakan hidup dengan lebih sempurna dan aman damai. tetapi itulah apa yang tertulis itu sudah tersurat dan apa yang tersurat itu sudah tertulis.
Jan: kadang-kadang (dan kerap kali juga) perkara yang mendukakan kita bermula daripada sesuatu yang kecil sahaja, yang remeh temeh, yang malas minda kita nak hadamnya...
No comments:
Post a Comment