Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, March 31, 2009

Saya kah ini?

Sekali lagi saya berterima kasih kepada doktor kerana dia mahu memMCkan saya. Saya menolaknya dengan sopan. Saya tahu niat doktor tersebut bagus iaitu mahu saya berehat. Namun saya mempunyai minggu pertama bulan april yang padat. Saya masih lagi tidak siapkan marking exam final pelajar degree, masih lagi mengajar pelajar foundation, masih lagi kena berkursus 3 hari (3,4 dan 5 april) dan pada 7hb ada audit akan dijalankan (dan jangan lupa setiap malam yang tiada kelas saya terpaksa mengajar saya sendiri membawa kereta…)

Saya pernah memarahi pelajar kerana mereka berkelakuan seolah-olah kerja saya ini hanya untuk mengajar mereka sahaja, hanya tertumpu kepada mereka sahaja luar dan dalam. Dan kalaulah benar kerja saya hanya untuk mengajar, alangkah leganya. Kesian pelajar itu tak semena-mena kena marah (tapi kemudiannya saya tidak minta maaf, he he he.)

Sekarang kerja saya bukan tertumpu kepada pengajaran sahaja. Malah kerap kali pengajaran hanya jadi kerja sampingan sahaja. Sebenarnya sehingga kini saya sudah memegang 4 jawatan sebagai AJK (ini tidak termasuk menjadi mentor-mentee dan sewaktu dengannya.).


Contohnya, saya tahu saya sepatutnya menjenguk para pelajar buat latihan gamelan. Sebagai penasihat kelab saya tahu sepatut saya tahu banyak hal mengenai kelab seni tersebut, supaya dapat banyak membantu dan bila TNC tanya itu-ini taklah saya ter errr -errr. Contohnya pada malam kebudayaan saya duduk sebelah TNC, beliau seronok tengok tarian kuda kepang dan semasa TNC tanya kat mana budak-budak pinjam baju dan kuda kepang untuk buat persembahan, nasib baik saya boleh jawab. Bayangkan kalau saya tak boleh jawab?

Pembohonglah saya jika saya menidakkan yang kerja-kerja AJK ini tidak menganggu kerja hakiki saya iaitu mengajar. Malah kerap kali juga saya tidak berapa bersedia masuk ke kelas sehinggalah saya terpaksa buat `lakonan’ seperti yang saya pernah maklumkan dalam posting terdahulu (nasib baiklah saya ada sedikit bakat dalam bidang lakonan). Namun saya selalu cuba berfikiran positif iaitu semua perkara yang mahu dicapai itu akan memberikan kesejahteraan untuk orang ramai dan juga pembangunan organisasi tempat kerja saya.

Salah satu jawatannya ialah sebagai ketua Zon Bangunan Akademik AB yang mempunyai 15 section kesemuanya. Dan setiap section akan diwakili oleh beberapa orang pensyarah. Tugas saya secara objektifnya senang iaitu memastikan setiap section berada di dalam keadaan berkualiti dan saya juga perlu menghantar report. Kerja-kerja ini akan diaudit oleh juruaudit dalaman dan luaran. Walaupun secara peribadi saya tidak setuju 100% kerja-kerja penyelenggaraan ini dibahukan kepada pihak akademik, saya tetap lakukan amanah yang diberi sebaik mungkin.

Namun saya dapati kerjanya agak sukar kerana ia memerlukan kerjasama yang bukan sedikit untuk memastikan keadaan persekitaran berkualiti dan menepati standard yang diperlukan. Saya juga bukan seorang yang kreatif atau inovatif maka bertambah beratlah tugas yang diberikan. Di atas kertas memang tugasnya mudah, namun pada hakikatnya sudah beberapa kali saya mengalah dan mahu meletakan jawatan terutama apabila ia mengganggu tugas hakiki saya..

Setakat ini saya masih menjalankan tugasan yang diberi dengan sedayanya walaupun kadang kala dan kerap kali saya berpendapat kerja yang saya lakukan ini tidak sepatutnya saya lakukan kerana ia tidak ada kena-mengena dengan dunia akademik saya. Namun macam biasa saya cuba berfikiran positif.

Semasa makan dengan salah seorang kawan saya dia beritahu salah satu sebab kenapa dia meninggalkan tempat kerja lama ialah kerana dia banyak dibebankan dengan tugasan bukan mengajar. Dan dia mengatakan jangan hairan jika dia bertukar tempat kerja lagi. Saya tidak memberikan tindakbalas, saya hirup je air tea o suam. Semasa saya di majikan lama saya tidak banyak melibatkan diri dan dilibatkan diri dengan tugasan lain. Dan jika ada pun tugasan itu ringan sahaja dan menyeronokan.

Mungkin di mana-mana tempat kerja pun terdapat kerja-kerja yang bukan dalam lingkungan tugasan kita tetapi kita harus lakukan juga demi kepentingan bersama.

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home