Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, March 17, 2009

Ibu Mertua kawan baik saya...

Bila jumpa kawan lama, banyak cerita yang kita dapat dengar. Saya pula jenis layan…melayan je. Saya tadah sahaja telinga dan cuba menjadi pendengar yang baik. Kali ini memang saya mahu mendengar sahaja, saya malas hendak memberi nasihat, kecuali nasihat yang biasa-biasa, contohnya `bersabarlah banyak-banyak’, he he he. Lagi pun ia melibatkan cerita rumahtangga orang, saya tiada pengalaman, tiada pengkajian dan pengamatan.

Masalah keluarga

Apabila saya diberitahu yang keluarganya ada masalah, terus saya terbayangkan perangai isterinya yang suka sangat nak itu-ini. Pernah diberitahu dulu isterinya seolah bersaing pula dengannya. Termasuk apabila dia bertukar hangpong, bini dia pun nak jugak. Yang parah katanya dia la yang kena belikan untuk isterinya, he he he.

Bila dia beritahu bukan masalah daripada isterinya, saya teringat pulak perangai anak-anaknya yang `terlebih gula' dan hiperaktif. Anaknya buas dan liar dan tak dengar kata. Saya pernah menemaninya ke rumah tok bomoh sebab nak minta air tawar. sampai sekarang saya rasa bodoh tindakan saya tersebut.

Tetapi dia menafikannya…, kali ini bukan soal anak-anaknya, dia beritahu saya.

`Jadi masalah apai?’. Saya buat-buat kerut dahi, bertanya. Saya hirup air kotak. Nasib baik ada air kotak dalam peti. Malas pulak time-time begini nak buat air. Lagi pun datang secara mengejut, he he he ampun.

`Masalahnya ibu mertua aku dah melampau-lampau…’ Jawab kawan saya, sambil membuka kotak rokok Lucky Strikenya. Saya lihat dia mengetuk-ngetuk kotak Lukcy Spike lembut tu dengan tangan. Ada hanya dua batang sahaja. Saya terus mengepau sebatang…

Saya lihat dia nyalakan api perlahan-lahan dan menyedupnya dalam-dalam… (dan saya percaya kalau beginilah potensi hisapannya, dia mungkin kena barah nanti…he he).

Ibu Mertuanya...
Ibu mertua ialah mak kepada perempuan/lelaki yang dinikahi. Semasa saya menjadi pelajar dahulu saya ada bersahabat baik dengan seorang pelajar psikologi. Sahabat saya ada menyatakan antara factor `tajam’ dalam sebuah perkhwinan ialah ibu mertua kita sendiri. Katanya kadang-kadang ia boleh bawak bukan sahaja ketidak selesaan kepada rumahtangga tetapi penceraian.

Katanya lagi, jika kita berkahwin, kita bukan sahaja berkahwin dengan anaknya tetapi berpakej dengan ibunya sekali. Katanya lagi sikap bapa mertua biasanya tidaklah kerek sangat, tetapi biasanya mak mertua la lebih kuah daripada sudu, aduhai…

Kain pasang…

Kawan saya beritahu beritahu setiap kali dia beli kain pasang kepada isterinya mak mertua dia pun nak jugak. Walaupun tidak diminta secara terus terang tetapi katanya lagi mak mertuanya pandai mengulang-ulang kata sehingga dia rasa bersalah.

`Doh yang mung wi kaing depang mok mertua mu tu bakpe?, nok nunjuk loving kaper ke? ” He he he saya buat lawak. Tak katanya mak mertua dia tahu je setiap gerak gerinya. Katanya bini dia yang melaporkannya, maklumlah anak emak. Semua cerita atas bawah, dalam luar dia nak cerita kat emak, kata kawan saya lagi yang berjawatan tinggi dan ada kereta besar.

Setangkai tak sebau...

Saya pernah bertemu beberapa kali dengan bini kawan saya tu. Taklah lawa sangat orangnya, jauh handsome kawan saya walaupun kawan saya tu pendek dan rambut jarang dan hitam. Tetapi bini kawan saya tu baik sangat melayan saya semasa saya singgah bertandang ke rumahnya 5 tahun lepas. Sehingga kini saya memang tak percaya bila kawan saya cerita hal bini dia tu suka demand.
Saya berpendapat lebih baik saya mendengar daripada kedua belah pihak, bukan mendengar daripada sebelah pihak sahaja. Kot-kot kawan saya ni cari point je nak pasang lagi satu.… tetapi lama kelamaan saya berpendapat LEBIH BAIK rasanya kalau saya tak mendengar daripada kedua-dua belah pihak, he he he. Banyak kerja lain yang nak dibuat. Contohnya memilih patung Barbie untuk anak saudara.

Melihat kepada bini dia dapat saya agak tentu mak dia pun baik dan tenang orangnya, tentu berbeza sekali dengan watak yang saya dengar daripada kawan saya itu. Tetapi belum tentu anak baik, maknya pun baik kan, setangkai tak semestinya sebau kan? he.

Saya ni tak tahu sangat nak nasihat macam mana sebab tak pernah ada kesempatan ada mak mertua. So saya tidak memberikan komen apa-apa. Nanti tidak adil pulak sebab saya tak pernah jumpa ibu mertuanya.

Ibu mertuaku…

Tetapi saya percaya yang ada mak mertua yang jahat giler. Maksud saya iaitu pentingkan hasrat dan cita-cita diri sendiri tanpa menghalusi hati anak sendiri dan pasangannya. Kalau tak, tak kanlah Tan Sri P Ramlee buat cerita ibu mertuaku… Walaupun watak tersebut dilebihkan, namun kita percaya memang ada mak mertua jenis macam itu, atau mirip sewaktu dengannya.

Pasal filem ibu mertuaku tu, kepada saya best ceritanya (pulak dah). Menang giler kalau nak dibandingkan dengan cerita-cerita sekarang walaupun ada kalanya dibuat oleh profesor pun, he he he. Saya dah banyak kali menonton cerita tersebut. Cerita tersebut banyak mesej, ia juga memberitahu kita yang doctor bukanlah cerdik sangat, ada yang bodoh juga. Contohnya: Ada ke dengan memberi suatu penglihatan (bedah mata) itu dah dikira adil sebab sebagai balasan dia dapat kawin? Lawak jugak doktor Asmadi tu, he he he.

Konflik-konflik dan konflik. Kan keadilan tu bukan begitu rupa bentuknya. Sebab tulah gamaknya P Ramlee cucuk balik mata dia sebagai `terima kasih sajalah’ ke pada Dr. Asmadi tu.

Ok kita balik kepada kisah ibu mertuaku bukan filem. Tentu ramai kawan saya ada ibu mertua kan. Cuba selidik dan perhalusi perangai mereka ada potensi tak mencampur tangan dan gaul rumahtangga kita? atau selama ni dah campur pun, he he he. Kalau ada apa tindakan kita?

Kisah gula…
Banyaklah lagi kawan lama saya tu bercerita perangai buruk ibu mertuanya tu, kalau diolah cerita dalam blog ni sadis ceritanya mengalahkan cerita Mankisue. Malas saya nak cerita kat blog saya ni. Katanya lagi bila ibu mertuanya pulang ke rumah terus dia masuk dapur dan chek balang gula?

`` Dia kuat makan gula ke? ” Tanya saya dengan penuh perasaan, penuh tanda tanya.

Kawan saya beritahu setiap kali ibu mertuanya datang isterinya dapati ada sesuatu yang basah dan beleming dalam balang gula!. Eeee yeak!

Ya allah itu tak baik! Lantas saya teringat suatu ilmu guna-guna yang kita kena bubuh sesuatu ke dalam balang gula atau nisan (yang buat kueh tu) di sesebuah rumahtangga, supaya pasangan di dalam rumah itu bla-bla-bala!…. Tetapi saya tak tergamak nak beritahu kawan saya tu…,

Sebabnya? Saya takut mereka berbalah besar.

Jan: Geram setiap kali tengok cerita ibu mertuaku. Jahat giler!

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home