Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, June 29, 2021

Barangkali saya akan mati dalam kerinduan...




Barangkali saya akan mati dalam kerinduan... ataupun mati kerana kerinduan yang terlalu lama saya simpan.

Saya rindu dan mengingatinya hampir setiap hari. Namun saya cuba melawan rasa itu, supaya tubuh saya tidak terus jatuh dan kesihatan saya tidak terganggu. Sebab setiap kali rindu datang, saya akan jadi sayu dan sedih. Dada terasa sakit, berombak-ombak, seolah-olah ada sesuatu yang terbakar di dalam. Hanya Allah yang tahu... hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa.

Sesibuk mana pun saya, bila malam datang dan saya mahu tidur, bila mata sudah terpejam, dia tetap muncul dalam ingatan. Saya cuba menghalau, tetapi semakin saya cuba melupakan, semakin kuat pula dia datang. Ada malam saya hanya berbaring dalam gelap, diam-diam menanggung rindu seorang diri.

Percintaan saya tidak berjaya. Ia cuma berjaya memakan diri saya perlahan-lahan dari dalam. Dulu, kalau terlalu rindu, saya akan mengintai Facebooknya. Kononnya mahu mengubat rindu, tetapi akhirnya dua tiga hari saya pula yang bersedih dan menangis. Melihat kebahagiaannya di situ membuatkan saya sedar, mungkin memang tepat dia meninggalkan saya.

Mungkin dia memang membuat pilihan yang terbaik untuk dirinya. Apa yang ada pada saya hanyalah kasih sayang yang terlalu dalam, tetapi kasih sayang itu tidak pernah mampu dilihat olehnya. Saya bukan siapa-siapa. Mungkin saya cuma jambatan. Mungkin saya cuma sebuah persinggahan dalam perjalanan hidupnya, sebelum dia meneruskan perjalanan kepada seseorang yang lebih baik.

Masa terus berlalu. Tahun berganti tahun. Tetapi ada sesuatu dalam diri saya yang masih tertinggal di belakang. Kerinduan dan kecewa ini perlahan-lahan mengikis saya. Saya rasa tubuh sendiri sudah letih menanggung hati yang tidak pernah benar-benar sembuh. Saya tahu kesedihan yang terlalu lama juga tidak baik untuk diri sendiri, tetapi hati ini degil... dia tidak pandai ikut apa yang akal suruh.

Saya memang betul-betul korban percintaan ini. Dan saya menulis posting ini dengan kesedihan. Bukan kerana mahu sesiapa kasihan, tetapi kerana ada rasa yang sudah terlalu lama saya pendam. Kalau suatu hari nanti saya berhenti bercerita tentangnya, mungkin bukan kerana saya sudah lupa... mungkin kerana saya sudah terlalu penat untuk terus merindui. Dan kalau ada satu perkara yang saya masih mampu lakukan, saya hanya mampu menyerahkan semuanya kepada Allah. Kerana hanya Dia yang tahu betapa dalamnya rindu ini.

Abang Jan:...

Bukit keluang-punggah rindu

Monday, June 28, 2021

Covid 28hb June 2021

 


Status Terkini #COVID19, 28 Jun 2021
Kes sembuh= 4,744
Jumlah kes sembuh= 672,453
Kes baharu positif= 5,218 (7 import)
Jumlah positif= 739,266
Kes kematian= 57
Jumlah kes kematian= 5,001
Kes dirawat di ICU= 899

Bantuan alat pernafasan= 451

Sunday, June 27, 2021

Kawasan perumahan dan pokok mangga

 1. Hari ini, di pagi ahad yang nyaman tumit kaki kiri saya sakit, jadi saya tidak keluar rumah.

 2. Saya tidak tahu sakit itu adalah kerana saya gout, atau sebab makan kek pisang dengan sup ayam dengan banyaknya, atau pun sebab saya jogging ala orang muda. Saya bukan doktor.

 3. Mungkin dua tiga hari lepas saya jogging ala orang muda sebab kata Adnan, "kalori lebih banyak dibakar bila melompat-lompat dan mendaki. Bukannya melenggang itik sahaja". Adnan ibarat pengawas kesihatan saya, dia dapati jarak perjalanan saya tidak banyak membakar kalori.

 4. Saya lupa dengan usia saya, saya tak boleh jogging ala orang muda. Namun saya rasa tercabar bila orang muda belia berjogging laju je melintasi saya di taman perumahan. Ini tak boleh jadi...kata hati saya. Sudahnya kaki saya sakit...kot.

 5. Dan mungkin semalam hari sabtu, saya makan banyak sebab hari sabtu memang saya tak menyukat makanan. He he he. Hari saya masak, makan dan berNeflix.

 6. Hari ahad baru saya berkebun di laman rumah. Tapi ini saya sedang duduk mengadap lap tok sahaja. Menulis.

 7. Tadi saya ada menulis sedikit tentang Tengku Zafrul, KWSP dan monotorium. Saya anggap Tengku Zafrul dan Dr Norhisham orang yang baik. Saya `baca' melalui rauk muka mereka. Ilmu `membaca' rauk muka orang ni sudah lama saya amalkan, biasanya betul.

 8. Sejak PKP dan BDR ni saya rasa kesihatan saya terjamin sikit, banyak masak dan ada banyak masa untuk bersenam. Dalam usia sebegini sedikit salah makan akan memberi kesan. Masa muda ramai peminat, masa tua penyakit yang jadi peminat. He he he.

 9. Nak pakai stoken, kasut dan saling baju juga adalah mencabar sebab rasa malas. Kalau balik dari kerja selalunya saya sudah letih, Jadi BDR ini beri peluang untuk saya. Boleh bahagikan masa dengan lebih teratur.

 10. Saya harap kaki ini cepat pulih sebab banyak perkara saya mahu buat. Nak gi beli buah...dalam peti ada buah lemong je, nak gi cocoh duit lagi di Maybank. Nak gi DIY sebab nak beli gelang paip, dah tercabut.

 11.Dan saya nak bersihkan taman yang saya buat di tepi tasik perumahan. Walaupun jiran lain sibuk tanam mangga (pas tu berbuah jatuh begitu sahaja...bau masam dan tanam serai segala) saya rasa adalah lebih baik saya buat taman untuk sapa2 rehat, Lagipun sekitar tasik adalah tempat awan. Saya sudah letak satu set kerusi batu. Saya gembira apabila lihat ada orang duduk-duduk nikmati tasik dan taman.

 12. Tapi memang dah, taman perumahan dan pokok mangga satu ikatan, tak boleh berpisah. Saya pelik.

 13. Sekian sahaja, saya tak tahu apa tajuk posting ini. Mungkin tajuknya `Mangga


Tengku Zafrul, KWSP dan Monotorium

 


1. Saya mempunyai simpanan KWSP cuma seadanya sahaja. Buat masa sekarang saya tidak bercadang melakukan pengeluaran tetapi saya tetap setuju sebarang langkah kerajaan untuk memudahkan mereka yang sangat memerlukan pengeluaran KWSP ini...

2. Semoga dipermudahkan pengeluaran KWSP melalui i sinar dan i lestari, dan lain-lain bantuan (moratorium misalnya) mereka yang memerlukan...

3. Secara logiknya...memang ada golongan yang tidak terjejas tetapi mereka ini turut di kelilingi golongan yang terjejas di sekelilingnya. Contohnya; seperti keluarga sendiri iaitu emak dan ayah, adik-beradik atau saudara terdekat.

4. Golongan yang sudah terjejas ini perlu dibantu disebabkan keadaan ekonomi semasa mereka yang menjunang. Sesetengahnya tiada apa-apa pinjaman maka mereka tidak dapat nikmati moratorium dan KWSP pun mungkin tiada...kerana hanya kerja biasa sahaja...

5. Jadi golongan yang tidak terjejas ini (mungkin M40 dan T20) boleh membantu mereka. Dan bagi golongan yang terjejas ini ahli keluarga yang tidak terjejas inilah sahaja harapan yang mereka ada... (Nak harapkan bank, ia satu hal yang memilukan. Bank tetap bank).

6. Dari satu segi golongan yang tidak terjejas ini boleh membantu wujudkan permintaan di pasaran.

7. Namun golongan yang tidak terjejas ini juga ada risikonya sendiri bila ekonomi merudum. Sudah lebih setengah juta isirumah M40 sudah bertukar menjadi isirumah B40. Mereka ada tangunggan sendiri, komitmeng yang sedia ada... Mereka juga memerlukan pertolongan yang sama dari kerajaan...

8. Oleh itu jika ada moratorium secara automatik untuk semua, golongan yang asalnya tidak terjejas (dan mungkin akan terjejas sikit masa lagi ini) boleh membantu diri dan ahli keluarga lain yang terjejas pendapatan...

9.Dalam dunia ekonomi, semua 'cuit mencuit' sifatnya. Menyembuhkan bukan pada tempat yang sakit sahaja...melihat secara keseluruhan penting. Dan tentulah masa akan datang itu (bersara) sangat bergantung pada masa kini (nak hidup, hujung hidung doh).

10.Namun begitu keputusan bukanlah 100% atas batu jemala Tengku Zafrul, usahlah kita gasak beliau dengan kata-kata yang tidak manis, beliau ada keluarga dan macam kita juga. Mandi, makan dan berak juga. Saya percaya keputusan di tangan ahli-ahli politik teratas juga. Adanya.

"Dalam kehidupan ini, saya telah melihat banyak sifir. Sifirnya jika kita semua permudahkan urusan orang lain, dunia akan permudahkan urusan kita semua."

Nampak macam tak logik tak semestinya, tapi Insyallah gitu.


Sekian, terima kasih.ok

Thursday, June 24, 2021

Apabila M40 menjadi B40

B40 dan M40

 

Jika difikir-fikir, sebenarnya bukannya Covid yang memusnahkan aktiviti ekonomi dan taraf kehidupan kita, tetapi ia adalah dasar atau cara bagaimana kita tangani Covid. Dalam hal ini 'lockdown'lah yang membuatkan ramai isirumah sengsara.

Lockdown seolah serampang dua mata, dan satu matanya menghala ke muka kita.

Ada segolongan rakyat yang berada dalam katogeri M40 juga amat terkesan dan mengharapkan bantuan, (pada masa kerajaan lebih bimbangkan golongan isirumah B40).  Mereka ini tangga pendapatan tidaklah berbeza benar dengan B404.

Keadaan akan menjadi lebih runcing, data-data pertumbuhan ekonomi dari Berita TV3 itu...dapatkah menyelamatkan keadaan isirumah ini?

Ramai yang beranggapan kerajaan gagal menangani covid dan akan mewujudkan phasa-phasa yang berulang di mana naik turun ekonomi lambat laun menjahanamkan orang ramai.

Namun saya juga sebagai rakyat, tidak berupaya untuk mencadangkan apa-apa, cuma tertanya apakah cadangan polisi yang boleh membaiki keadaan. Yang saya tahu...tentulah ada...

Maka makin ramailah terjejas kualiti dan kelangsungan hidup...



Menangani Covid: PN gagal dengan penuh bergaya.



Ramai nitizen sudah beranggapan kerajaan PN gagal menangani Covid 19.

Saya tidak cerdik, jadi saya tiada solusi untuk menghapuskan kemaraan covid 19. Namun saya seperti kebanyakan orang kebanyakan tetap percaya tentulah ada caranya. Sedangkan setiap racun ada penawarnya.

Saya ada membaca di media masa, negara-negara di Eropah sudah ada yang bebas covid. Maknanya tidak mustahil sesebuah negara itu boleh bebas covid. Tidak mustahil.

Saya percaya segalanya bergantung kepada polisi kerajaan... Rakyat yang bodoh pun boleh diperbodohkan lagi oleh kerajaan, inikan pula rakyat yang cerdik. Setakat ini polisi kerajaan gagal dengan berjayanya.

Tidak perlulah kita bergantung data kepada berita TV3, kita boleh lihat sendiri di sekeliling kita...




Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home