1. Hari ini, di pagi ahad yang nyaman tumit kaki kiri saya
sakit, jadi saya tidak keluar rumah.
2. Saya tidak tahu sakit itu adalah kerana saya gout, atau
sebab makan kek pisang dengan sup ayam dengan banyaknya, atau pun sebab saya
jogging ala orang muda. Saya bukan doktor.
3. Mungkin dua tiga hari lepas saya jogging ala orang muda
sebab kata Adnan, "kalori lebih banyak dibakar bila melompat-lompat dan
mendaki. Bukannya melenggang itik sahaja". Adnan ibarat pengawas kesihatan
saya, dia dapati jarak perjalanan saya tidak banyak membakar kalori.
4. Saya lupa dengan usia saya, saya tak boleh jogging ala
orang muda. Namun saya rasa tercabar bila orang muda belia berjogging laju je
melintasi saya di taman perumahan. Ini tak boleh jadi...kata hati saya.
Sudahnya kaki saya sakit...kot.
5. Dan mungkin semalam hari sabtu, saya makan banyak sebab
hari sabtu memang saya tak menyukat makanan. He he he. Hari saya masak, makan
dan berNeflix.
6. Hari ahad baru saya berkebun di laman rumah. Tapi ini
saya sedang duduk mengadap lap tok sahaja. Menulis.
7. Tadi saya ada menulis sedikit tentang Tengku Zafrul, KWSP
dan monotorium. Saya anggap Tengku Zafrul dan Dr Norhisham orang yang baik.
Saya `baca' melalui rauk muka mereka. Ilmu `membaca' rauk muka orang ni sudah
lama saya amalkan, biasanya betul.
8. Sejak PKP dan BDR ni saya rasa kesihatan saya terjamin
sikit, banyak masak dan ada banyak masa untuk bersenam. Dalam usia sebegini
sedikit salah makan akan memberi kesan. Masa muda ramai peminat, masa tua
penyakit yang jadi peminat. He he he.
9. Nak pakai stoken, kasut dan saling baju juga adalah
mencabar sebab rasa malas. Kalau balik dari kerja selalunya saya sudah letih,
Jadi BDR ini beri peluang untuk saya. Boleh bahagikan masa dengan lebih
teratur.
10. Saya harap kaki ini cepat pulih sebab banyak perkara
saya mahu buat. Nak gi beli buah...dalam peti ada buah lemong je, nak gi cocoh
duit lagi di Maybank. Nak gi DIY sebab nak beli gelang paip, dah tercabut.
11.Dan saya nak bersihkan taman yang saya buat di tepi tasik
perumahan. Walaupun jiran lain sibuk tanam mangga (pas tu berbuah jatuh begitu
sahaja...bau masam dan tanam serai segala) saya rasa adalah lebih baik saya
buat taman untuk sapa2 rehat, Lagipun sekitar tasik adalah tempat awan. Saya
sudah letak satu set kerusi batu. Saya gembira apabila lihat ada orang
duduk-duduk nikmati tasik dan taman.
12. Tapi memang dah, taman perumahan dan pokok mangga satu
ikatan, tak boleh berpisah. Saya pelik.
13. Sekian sahaja, saya tak tahu apa tajuk posting ini.
Mungkin tajuknya `Mangga
No comments:
Post a Comment