1. Saya mempunyai simpanan KWSP cuma seadanya sahaja. Buat masa sekarang saya tidak bercadang melakukan pengeluaran tetapi saya tetap setuju sebarang langkah kerajaan untuk memudahkan mereka yang sangat memerlukan pengeluaran KWSP ini...
2. Semoga dipermudahkan pengeluaran KWSP melalui i sinar dan i lestari, dan lain-lain bantuan (moratorium misalnya) mereka yang memerlukan...
3. Secara logiknya...memang ada golongan yang tidak terjejas tetapi mereka ini turut di kelilingi golongan yang terjejas di sekelilingnya. Contohnya; seperti keluarga sendiri iaitu emak dan ayah, adik-beradik atau saudara terdekat.
4. Golongan yang sudah terjejas ini perlu dibantu disebabkan keadaan ekonomi semasa mereka yang menjunang. Sesetengahnya tiada apa-apa pinjaman maka mereka tidak dapat nikmati moratorium dan KWSP pun mungkin tiada...kerana hanya kerja biasa sahaja...
5. Jadi golongan yang tidak terjejas ini (mungkin M40 dan T20) boleh membantu mereka. Dan bagi golongan yang terjejas ini ahli keluarga yang tidak terjejas inilah sahaja harapan yang mereka ada... (Nak harapkan bank, ia satu hal yang memilukan. Bank tetap bank).
6. Dari satu segi golongan yang tidak terjejas ini boleh membantu wujudkan permintaan di pasaran.
7. Namun golongan yang tidak terjejas ini juga ada risikonya sendiri bila ekonomi merudum. Sudah lebih setengah juta isirumah M40 sudah bertukar menjadi isirumah B40. Mereka ada tangunggan sendiri, komitmeng yang sedia ada... Mereka juga memerlukan pertolongan yang sama dari kerajaan...
8. Oleh itu jika ada moratorium secara automatik untuk semua, golongan yang asalnya tidak terjejas (dan mungkin akan terjejas sikit masa lagi ini) boleh membantu diri dan ahli keluarga lain yang terjejas pendapatan...
9.Dalam dunia ekonomi, semua 'cuit mencuit' sifatnya. Menyembuhkan bukan pada tempat yang sakit sahaja...melihat secara keseluruhan penting. Dan tentulah masa akan datang itu (bersara) sangat bergantung pada masa kini (nak hidup, hujung hidung doh).
10.Namun begitu keputusan bukanlah 100% atas batu jemala Tengku Zafrul, usahlah kita gasak beliau dengan kata-kata yang tidak manis, beliau ada keluarga dan macam kita juga. Mandi, makan dan berak juga. Saya percaya keputusan di tangan ahli-ahli politik teratas juga. Adanya.
"Dalam kehidupan ini, saya telah melihat banyak sifir. Sifirnya jika kita semua permudahkan urusan orang lain, dunia akan permudahkan urusan kita semua."
Nampak macam tak logik tak semestinya, tapi Insyallah gitu.
Sekian, terima kasih.ok
No comments:
Post a Comment