Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, November 18, 2021

Dunia tua saya...

 Umur saya sudah melebihi setengah abad, kalau sebuah rumah tentu sudah masuk kali kedua untuk di `wayaringkan'. Kalau sebuah kereta sudah tentu jadi besi buruk dan kalau seekor lembu, saya sudah lama mati.

Tapi saya manusia. 

Saya mulai sedar fizikal saya tidak seperti dahulu apabila saya berkebun. Saya mengambil masa hampir sepanjang hari untuk mengali lubang tanam pokok kemuning yang dibeli di nurseri. Begitu juga kerja-kerja mencakar pokok-pokok, gunting ranting, dan mengeburkan tanah tidak akan siap dalam jangka masa sehari.

Dan di cermin saya dapati muka saya sudah bulat dan pipi saya jatuh. Hampir tiada rahang.

Perubahan juga berlaku dalam diri saya. Saya tidak lagi cepat membuat penghakiman terhadap apa yang saya lihat. Saya cuba berpositif. Saya tidak cepat-cepat marah seperti warga internate lain. 

Saya juga cepat kesihan kepada kesedihan.

Saya semakin menghormati orang tua. Saya semakin banyak berdoa untuk orang lain.

Saya semakin cepat memaafkan orang...





Baguslahkan...sebelum saya pergi,,,


Betul ke hidup kita?

Saya tertanya-tanya juga, betul ke saya ini? Kalau saya buat perkara yang tidak betul...sedarkah saya akannya?

Bila saya dengar cerita-cerita tak betul mengenai orang-orang lain. Cerita yang membuatkan saya ambil kesimpulan `salah dah tu apa yang mereka buat,. Tapi tentulah mereka tak sedar apa yang mereka buat. Kalau mereka sedar dan buat juga tentulah mereka bodoh atau jahat orangnya.

Tapi kalau mereka tak sedar...akan adakah orang yang  nak menyedarkan mereka?

Macam kitalah, kalau kita salah adakah kawan-kawan di sekeliling kita akan tegur?

Dan lebih tertanya-tanya lagi adakah kita akan dengar teguran tersebut dengan hati yang terbuka?




Friday, October 8, 2021

Berjumpa orang yang salah...MR WRONG

Gambar hanya hiasan, tak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati

Semasa saya menyiram pokok lidah buaya, saya terdengar video yang ditonton oleh anak saudara saya. Dari luar rumah saya mendengar suara perempuan `letih dah, letih berjumpa dengan orang yang salah.". Saya terus tanya anak saudara saya, apa yang berlaku.

Berjumpa dengan orang yang salah dalam kehidupan ini adalah satu proses biasa. Sebermula dengan menghadiri kelas tadika, kita akan mempunyai kecenderungan untuk mendapat kawan yang kita sukai. Dan ada kawan yang tidak menjadi kawan kita. Begitu juga dunia sekolah, dunia IPT dan dunia pekerjaan. Kita akan berjumpa dengan orang yang salah, mungkin setiap hari.

Namun dalam video itu seorang perempuan sudah hilang akal kerana selalu berjumpa dengan orang yang salah dalam mencari pasangan hidup. Pendek kata dia mahu mencari suami. Dia terjerit dan melolong nak berlaki.

Mencari suami boleh menjadi satu proses yang mudah, dan juga mungkin menjadi proses yang amat payah. Menjadi mudah apabila keluarga carikan pasangan untuk kita, atau kawan kita tolong carikan, atau jumpa di pasar malam jea. Dan bila berkawin bernasib baik pula kerana lelaki itu baik budi perketi dan setia. Bahagialah perkahwinan tersebut sebab suami tidak bermain kayu tiga, emat atau lima. Pendek kata suami tidak main kayu-kayu. Bahagia dalam perkawinan dengan anak-anak, ada cucu dan mati. Tamat.

Namun zaman sekarang semua sudah semakin sukar, bukan sahaja graduan pun sukar mencari kerja, wahima seorang perempuan juga semakin mencabar dalam mencari lelaki yang baik untuk dijadikan suami. Di pasaran kalau kita perhati purata lelaki yang ada adalah suka bergaya, kelihatan mewah, manja, dan tidak tahu tanggungjawab.

Adalah lebih baik putus banyak kali daripada terkawin dan baru menyedari bahawa itu bukanlah Mr Right. Dan untuk perempuan di luar sana, kamu memang akan hadapi cabaran yang hebat. Mungkin lelaki yang ke 17 barulah sesuai dan menepati Mr Right. Itupun kalau tak serik-serik. Atau bila sampai 7 kali terus tutup buku dan guna konsep KAATAS. (Kalau ada, Kalau tak ada sudah!)

Golongan KATAS ni bukan tidak mahu berumahtangga tetapi mereka sudah tidak galak berusaha dan dalam hati mereka mula terima saja keadaan kalau ada jodoh kawin, kalau tak ada tidak kawin. Mereka berfikiran boleh tumpukan hidup untuk cabang-cabang lain lagi.

Mencari orang yang mencintai kita sampai ke tulang dan bertanggungjawab sesukar ibarat mencari bara dalam air. Namun ia juga boleh jadi senang seperti yang saya terangkan di atas tadi. Berbahagia selamanya dan mati. (Kubur sebelah menyebelah).

Namun atas apa-apa alasan (termasuk alasan cari follower untuk marketing ke), menjerit-jerit menceritakan kegagalan mencari lelaki yang sesuai untuk dijadikan laki adalah tidak diterima akal oleh generasi ABC.




Saturday, September 18, 2021

Kebodohan yang tidak terlaksana...

Semalam saya merangcang mahu membeli sebiji kek dan menulis angka aniberserinya.

Satu angka yang menunjukan tempoh masa perpisahan itu berlaku...pada masa yang sama angka yang menunjukan kasih sayang yang bertahan dalam dada saya.

Namun sebiji kek yang kecil itu juga adalah terlalu banyak untuk saya makan...

Tapi yang lebih penting adalah saya tidak melaksanakan kebodohan saya, biarlah angka itu saya bawa ke mati...





Perihal KWAN (Kumpulan Wang Amanah Negara)



1. Hari isnin depan saya akan berkuliah untuk menerangkan aktiviti-aktiviti ekonomi sektor kerajaan (government sector). Minggu ke tiga ini khas untuk penerangan sektor kerajaan. Kuliah tersebut antaranya akan melibatkan penerangan mengenai hutang kerajaan, fungsi dan kesannya.

2. Sudah menjadi kebiasaan apabila menerangkannya tidak dapat lari daripada menerangkan situasi sekarang dan isu yang terjadi. Jika saya tidak kaitkannya, akan ada juga sorang dua yang akan bertanya.

3. Banyak yang harus diterangkan dalam waktu yang minima tersebut. Namun penerangan secara ringkas tersebut juga akan memperkenalkan istitusi awam seperti KWAN (Kumpulan Wang Amanah Negara), selain dari pinjaman kerajaan dari KWSP.

4. Pada tahun 1988, di bawah pimpinan Tun Mahthir KWAN telah ditubuhkan. Pada masa itu Menteri Kewangannya Tun Daim Zainuddin. Penubuhan KWAN ini adalah idea yang baik dan telah dilaksanakan dengan hebat. Ramai ahli ekonomi memuji akan pandangan ke hadapan Tun Mahathir ini.

5. Secara ringkas objektif penubuhannya adalah untuk memastikan generasi yang akan datang turut mendapat faedah dari hasil bumi kita (yang semestinya akan menyusut pada masa hadapan). Supaya kemakmuran masa kini dirasai juga untuk generasi akan datang. Maka keuntungan PETRONAS itu harus dirasai oleh generasi selepas hasil minyak itu menyusut, bukan hanya dinikmati oleh generasi pada masa sekarang sahaja.

6. Ini tindakan yang bijak dan hebat. Saya selalu tabik dengan idea-idea ekonomi Tun.

7. Akta KWAN ini hanya boleh meluluskan pengeluaran (pinjaman oleh kerajaan) dalam bentuk pembangunan masa hadapan untuk generasi masa hadapan. Begitulah fahaman saya yang tidak cerdik ini.  

8. Namun pindaan telah dibuat pada April lalu, akta baru yang membenarkan penggunaan dana tersebut digunakan untuk tujuan mengawal penularan Covid 19 ini. Bagi saya ia sangat bertentangan dengan matlamat asal penubuhan dana itu, dan kemungkinan kemungkinan lain.

9. Saya faham isu Covid 9 adalah sedang meruncing tetapi, wajarkah pulangan yang berterusan untuk generasi akan datang itu dibocorkan. Tentulah tabung itu sudah mencapai ribuan juta. Maknanya sudah billion. Tidak cukupkah lagi pinjaman dari KWSP?

10. Lagi pun seingat saya kerajaan telah peruntukan sebanyak 17billion untuk Covid 19 pada belanjawan 2021 (yang dibentangkan pada tahun 2020).

11. Selain saya rasa isu merubah atau menganggugugat dana masa hadapan, saya juga khuatir akan kebarangkalian kegunaan dana-dana awan digunakan untuk tujuan lain. Haaa...

12. Akta yang diubah itu pula dalam masa darurat 11 januari sampai 1 ogos 2021. Maksud saya tiada soal jawab antara ahli politik dan ahli pentadbiran kerajaan. Ringkasnya tiada proses semak dan imbang (check and balance).

13. Namun kebarangkalian dan sangkaburuk ini tidak boleh diajar atau disampaikan kepada pelajar. Ia hanya anggapan pensayarah biasa seperti saya sahaja. 

14. (Lagipun ahli politik selalu akan mempunyai jawapan atas kewajaran tindakan mereka...yang akhirnya menampakan rakyatlah yang kurang faham...he he he)

14.Di Universiti Malaya dulu lain, pensyarah saya bukan main hentang dasar kerajaan dan hanya sedikit dipuji yang dipuji. He he he.

Titik.

Thursday, September 2, 2021

Acar Ikan Masin Talang Along.

Kalau nak beli acar ni, call/wasap nombor di atas,016-963 9330

 

1. Terbaru berat badan saya sudah naik 3 kilo. Ini gara-gara saya makan nasi dengan kuantiti yang banyak. Saya rasa sendu pula tapi nasi memang sedap. Saya tak menyesal makan nasi.

2. Saya yang tidak berapa handsome (tetapi menarik) ini bertambahlah tidak handsome bila gemok. Saya sendiri pun rasa kecewa bila berselfi, namun nasib baik ada aplikasi yang boleh buat gambar kita nampak slim, muda, kurus dan tinggi. He he he. 

3.Bolehlah letak dalam instagram macam anak-anak muda masa kini (budak baru nak bangun).

4. Sekarang saya sudah beli 3 bekas acar ini. Saya suka sebab ikan talangnya tidak masin dan ada lada di dalamnya. Saya suka pedas. Lagipun hidup saya penuh kepahitan, apa salahnya pedas sekali sekala. He he he.

5. Sebenarnya saya juga boleh buat acar ini (nok jugok beritahu) tapi leceh pula saya mahu ke kedai dan membuatnya, lebih senang saya membelinya. Lagipun kalau saya buat, mungkin nanti seperiuk nasi habis.

6. Acar ini ketagih, boleh dimakan dengan nasi tanpa lauk lain...

7. Sebenarnya acar ini dibuat oleh Along, sahabat saya yang dulu kami pernah sebumbung bekerja semajikan di Pekan, Pahang. Dari zaman anak dara (kini tak lagi) sampai sekarang kami masih berhubung dan tahu cerita melalui FB. Terima kasih FB.

Saya dan Along, terserempak di Megamoll beberapa tahun dahulu.

8. Pengalaman saya, Along ni senang kerja dengan dia. Wahima waktu dia cuti, kita ganggu dia pun dia sudi menolong kerja kita. Kalau saya tak lah, saya bercuti ke Bali pun, sekembali saya balik ke tempat kerja, baru saya beritahu kawan-kawan saya pergi bercuti di Bali! He he he.

9. Along ini bukan sembarangan, dia pernah berlakon dan memegang watak pensyarah dalam sebuah drama. Saya walaupun pensyarah, tidak pernah memegang watak pensyarah dalam drama. Selalunya saya pegang watak pemuda yang malang ditinggalkan kekasih (begitu saja, digantung tak bertali)  dalam watak kehidupan saya, he he he.

10. Jangan serius sangat yea...baca jealah. Kot ini tulisan terakhir saya.

11. Selain suka makan jeruk, saya suka makan nasi. 

Wednesday, August 4, 2021

Tersilap pos dari penjual.


 

Saya beli 50 idea Ekonomi, penjual hantar 50 idea fizik dari Shopee. Pekedai pulangkan balik duit saya dan hadiahkan buku 50 idea Fizik itu....

Ini pertama kali terjadi semenjak saya berkecimpung dalam Shoope.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home