Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Saturday, September 18, 2021

Perihal KWAN (Kumpulan Wang Amanah Negara)



1. Hari isnin depan saya akan berkuliah untuk menerangkan aktiviti-aktiviti ekonomi sektor kerajaan (government sector). Minggu ke tiga ini khas untuk penerangan sektor kerajaan. Kuliah tersebut antaranya akan melibatkan penerangan mengenai hutang kerajaan, fungsi dan kesannya.

2. Sudah menjadi kebiasaan apabila menerangkannya tidak dapat lari daripada menerangkan situasi sekarang dan isu yang terjadi. Jika saya tidak kaitkannya, akan ada juga sorang dua yang akan bertanya.

3. Banyak yang harus diterangkan dalam waktu yang minima tersebut. Namun penerangan secara ringkas tersebut juga akan memperkenalkan istitusi awam seperti KWAN (Kumpulan Wang Amanah Negara), selain dari pinjaman kerajaan dari KWSP.

4. Pada tahun 1988, di bawah pimpinan Tun Mahthir KWAN telah ditubuhkan. Pada masa itu Menteri Kewangannya Tun Daim Zainuddin. Penubuhan KWAN ini adalah idea yang baik dan telah dilaksanakan dengan hebat. Ramai ahli ekonomi memuji akan pandangan ke hadapan Tun Mahathir ini.

5. Secara ringkas objektif penubuhannya adalah untuk memastikan generasi yang akan datang turut mendapat faedah dari hasil bumi kita (yang semestinya akan menyusut pada masa hadapan). Supaya kemakmuran masa kini dirasai juga untuk generasi akan datang. Maka keuntungan PETRONAS itu harus dirasai oleh generasi selepas hasil minyak itu menyusut, bukan hanya dinikmati oleh generasi pada masa sekarang sahaja.

6. Ini tindakan yang bijak dan hebat. Saya selalu tabik dengan idea-idea ekonomi Tun.

7. Akta KWAN ini hanya boleh meluluskan pengeluaran (pinjaman oleh kerajaan) dalam bentuk pembangunan masa hadapan untuk generasi masa hadapan. Begitulah fahaman saya yang tidak cerdik ini.  

8. Namun pindaan telah dibuat pada April lalu, akta baru yang membenarkan penggunaan dana tersebut digunakan untuk tujuan mengawal penularan Covid 19 ini. Bagi saya ia sangat bertentangan dengan matlamat asal penubuhan dana itu, dan kemungkinan kemungkinan lain.

9. Saya faham isu Covid 9 adalah sedang meruncing tetapi, wajarkah pulangan yang berterusan untuk generasi akan datang itu dibocorkan. Tentulah tabung itu sudah mencapai ribuan juta. Maknanya sudah billion. Tidak cukupkah lagi pinjaman dari KWSP?

10. Lagi pun seingat saya kerajaan telah peruntukan sebanyak 17billion untuk Covid 19 pada belanjawan 2021 (yang dibentangkan pada tahun 2020).

11. Selain saya rasa isu merubah atau menganggugugat dana masa hadapan, saya juga khuatir akan kebarangkalian kegunaan dana-dana awan digunakan untuk tujuan lain. Haaa...

12. Akta yang diubah itu pula dalam masa darurat 11 januari sampai 1 ogos 2021. Maksud saya tiada soal jawab antara ahli politik dan ahli pentadbiran kerajaan. Ringkasnya tiada proses semak dan imbang (check and balance).

13. Namun kebarangkalian dan sangkaburuk ini tidak boleh diajar atau disampaikan kepada pelajar. Ia hanya anggapan pensayarah biasa seperti saya sahaja. 

14. (Lagipun ahli politik selalu akan mempunyai jawapan atas kewajaran tindakan mereka...yang akhirnya menampakan rakyatlah yang kurang faham...he he he)

14.Di Universiti Malaya dulu lain, pensyarah saya bukan main hentang dasar kerajaan dan hanya sedikit dipuji yang dipuji. He he he.

Titik.

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home