Kalau nak beli acar ni, call/wasap nombor di atas,016-963 9330 |
1. Terbaru berat badan saya sudah naik 3 kilo. Ini gara-gara saya makan nasi dengan kuantiti yang banyak. Saya rasa sendu pula tapi nasi memang sedap. Saya tak menyesal makan nasi.
2. Saya yang tidak berapa handsome (tetapi menarik) ini bertambahlah tidak handsome bila gemok. Saya sendiri pun rasa kecewa bila berselfi, namun nasib baik ada aplikasi yang boleh buat gambar kita nampak slim, muda, kurus dan tinggi. He he he.
3.Bolehlah letak dalam instagram macam anak-anak muda masa kini (budak baru nak bangun).
4. Sekarang saya sudah beli 3 bekas acar ini. Saya suka sebab ikan talangnya tidak masin dan ada lada di dalamnya. Saya suka pedas. Lagipun hidup saya penuh kepahitan, apa salahnya pedas sekali sekala. He he he.
5. Sebenarnya saya juga boleh buat acar ini (nok jugok beritahu) tapi leceh pula saya mahu ke kedai dan membuatnya, lebih senang saya membelinya. Lagipun kalau saya buat, mungkin nanti seperiuk nasi habis.
6. Acar ini ketagih, boleh dimakan dengan nasi tanpa lauk lain...
7. Sebenarnya acar ini dibuat oleh Along, sahabat saya yang dulu kami pernah sebumbung bekerja semajikan di Pekan, Pahang. Dari zaman anak dara (kini tak lagi) sampai sekarang kami masih berhubung dan tahu cerita melalui FB. Terima kasih FB.
Saya dan Along, terserempak di Megamoll beberapa tahun dahulu. |
8. Pengalaman saya, Along ni senang kerja dengan dia. Wahima waktu dia cuti, kita ganggu dia pun dia sudi menolong kerja kita. Kalau saya tak lah, saya bercuti ke Bali pun, sekembali saya balik ke tempat kerja, baru saya beritahu kawan-kawan saya pergi bercuti di Bali! He he he.
9. Along ini bukan sembarangan, dia pernah berlakon dan memegang watak pensyarah dalam sebuah drama. Saya walaupun pensyarah, tidak pernah memegang watak pensyarah dalam drama. Selalunya saya pegang watak pemuda yang malang ditinggalkan kekasih (begitu saja, digantung tak bertali) dalam watak kehidupan saya, he he he.
10. Jangan serius sangat yea...baca jealah. Kot ini tulisan terakhir saya.
11. Selain suka makan jeruk, saya suka makan nasi.
No comments:
Post a Comment