Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, May 15, 2015

Snake in the grass...

Musuh dalam selimut


RAKAN sekerja dan sahabat adalah dua perkara yang amat berbeza, ibarat PAS dan DAP. Ibarat daun dan bunga...

Ketika duduk bersahaja semalam, saya terlintas untuk mengadakan satu majlis kecil sempena anak saudara saya dapat masuk matrik. Apabila saya menyenaraikan nama sahabat yang akan saya undang. Saya terkejut bilangannya hanya sedikit.

Ternyata memang saya hanya punyai sedikit sahabat! Hanya ramai rakan sekerja. Nak undang rakan sekerja, tak mampu... Lagipun rakan sekerja lain...Saya tidak mengenal hati budi mereka...

Saya diam termenung sendiri...

Saya teringat lagi kata-kata seorang cikgu, katanya " Hati-hati...Bukan semua orang yang senyum kat kita tu kawan kita..."

Kita boleh jadi peramah. Tetapi dalam masa yang sama kita kena berhati hati atau jangan ambil kisah langsung. Kita bimbang ada di antara rakan kita menikam dari belakang. Bukan semua orang sempurna.

Kadang-kadang kita tidak sangka, rakan kita akan buat onar. Namun cara yang terbaik ialah selalu berfikiran positif. Bukan semua orang juga boleh menerima perangai kita.

Alhamdulilah walaupun tidak ramai sahabat, rakan-rakan pun baik-baik belaka. Tiada yang jadi snakes in the grass setakat ini...






Thursday, May 14, 2015

Kisah pedang mainan, kereta Myi dan kata-kata seorang tokoh guru..

Gambar hanya hiasang...

Masyarakat Melayu kita terkenal dengan adab sopan, hidup harmoni saling bantu membantu. Tetapi tidak kini...

Jika pada tahun 60an, 70an (juga sebelum tahun 60an), saya boleh terima anggapan pihak tertentu mengenai wujudnya konsep sikap sopan santun dan tertip masyarakat Melayu. Pada masa tersebut ia boleh menggambarkan sikap masyarakat secara keseluruhan. Tetapi tidak kini.

Kita berada di dalam era baru yang mengerunkan. Bayangkan saya tidak berani buka pintu pagar dan gril sliding door rumah. Saya kinci pintu pagar dan kunci gril walaupun saya berada di dalam rumah. Saya tidak rasa selamat.

Saya terpaksa kunci pintu kereta apabila pergi membeli belah! Ini mungkin biasa bagai individu lain sebab mesti la kunci bimbang orang curi kereta. Tetapi bagi saya ia adalah suatu yang `jauh' dari itu...yang melibatkan nilai kemanusian yang sukar untuk dihuraikan.

Peristiwa berlumba Myvi hingga menyebabkan kematian, peristiwa menghempok ayah sendiri dengan tv sehingga menyebabkan kematian, senior terajang junior hingga menyebabkan kematian, peristiwa bunuh tunang dan pelbagai peristiwa lain, menunjukan betapa secara perlahan-lahan masyarakat telah berubah menjadi masyarakat yang sakit jiwa.

Mengapa mereka membesar menjadi sedemikian rupa? Di mana silapnya kita?

Teringat seorang tokoh guru berkata..."semuannya bermula dari rumah..."

Sampai kini saya merasa hairan kenapa ibubapa membelikan permainan berbentuk senjata kepada anak-anaknya...?

Haa... Ada faham?

Wednesday, May 13, 2015

Ruang tamu Asian Look

Sekarang saya semakin tidak sabar menunggu hujung minggu untuk balik ke rumah saya di Kuantan. Saya dah mula menyusun rumah saya biar nampak macam rumah. Tidak lagi hanya rumah singgah.







"Saya orang Asia. Saya hidup dengan budaya Melayu dan budaya Asia saya. Dari segi penataan taman pun begitu. Rasanya tidak mungkin saya akan buat taman minimalis. Atau guna rumput karpet.

Jadi saya menghias rumah saya cara Asia Look. Ada unsur rotan dan buluh, pasu naga berethnik. Namun begitu saya suntik juga sedikit elemen moden. Contohnya saya guna sofa L sebab ruang tamu saya kecil. Dan rak putih. Tak nak pulak rumah jadi muzium. Mungkin belum masanya.

Ruang tamu saya tidak nampak mewah sebab saya bukannya golongan mewah. Rumah sepatutnya refleksi diri kita. Inilah saya.

Setakat ini."



Bagiku agamaku, bagimu agamamu...

Saya jarang menulis pasal agama sebab selalunya pandangan agama saya agak berberbeza dengan pandangan umum rakan seagama saya. Dan sebab kedua saya rasa pengetahuan agama saya masih kurang. Contohnya saya tidak berani menyebarkan hadis di dalam wasap jika saya tidak yakin hadis itu betul-betul sah. Saya tidak mahu menjadi seperti segelintir kawan saya yang terus `fowok' walaupun tidak tahu sah atau tidak status sesuatu hadis tersebut.

Namun peristiwa yang berlaku di Taman Medan, Petaling Jaya semalam membuat hati saya terdetik untuk menulis pandangan saya mengenai agama.

Dalam konteks warganegara di sebuah negara berbilang bangsa seperti Malaysia, mempunyai kepercayaan adalah wajib. Mempunyai kepercayaan wujudnya tuhan termaktud dalam rukun negara Malaysia. Dengan konsep agama adalah harmoni, maka hasratnya tentulah untuk mewujudkan warganegara Malaysia yang harmoni.

Kepercayaan adalah perkara yang senang dalam kompleks, terbuka dalam sensitive.  Dan yang paling sensitif adalah pandangan terbuka terhadap sesuatu agama kepada agama lain. Agama akan menjadi sangat bahaya jika ia jatuh ke tangan orang yang bodoh dan ego.

Adanya salib di merata-rata bukanlah bermakna islam telah tercabar dan tercemar. Kebebasan beragama dan mengamalkan amalam agama masing-masing tidak boleh diganggu-gugat. Tidak bijak kita berandaian kehadiran salib akan menganggu-gugat kepercayaan agama keluarga kita, masyarakat islam kita.

Saya tidak menyokong tindakan 50 orang berhimpun membantah penggunaan tanda salib di sebuah gereja tersebut. Apatah lagi dilaporkan tindakan itu dilakukan semasa upacara keagamaan mingguan gereja sedang berlangsung. Tindakan mereka sungguh memalukan.

Bantahan yang berlangsung di Taman Medan itu dianjurkan atas alasan tanda salib itu mencabar akidah dan kepercayaan majoriti penduduk kawasan itu yang beragama Islam.

Memang ianya berakhir dengan pihak gereja bersetuju menurunkan lambang salib gergasi (yang dipasang pada tingkap dinding gereja) yang terletak di tingkat dua sebuah bangunan rumah kedai. Apabila salib itu berjaya diturunkan akibat demostrasi, tidaklah bermakna umat islam tersebut berjaya... Kan?

Kepada saya peristiwa salib gergasi di Taman Medan Petaling Jaya tersebut, bukanlah kemenangan total agama islam dan penganutnya. Malah ia adalah sesuatu yang memalukan dan memburukan imej islam dan masyarakatnya. Ia menampakan ketakutan dan lemahnya jiwa penganut agama islam itu sendiri. Saya berani kata ia bukanlah tindakan yang islamik.

Kita seharusnya menjaga keamanan dan tidak menggangu gugat amalam dan tempat keagamaan agama lain. Hidup saling menghormati saling membantu. Orang islam sejak dulu lagi termasuk zaman nabi Muhammad kita pun hidup harmoni dan tidak memusuhi kaum Kristian.
Allahualam...
Add caption

Warkah dari Australia...

"Sungguhpun banyak lagi ikan di laut tetapi tidak sama..."

- Silent Reader, Australia , April 2015








Semalam saya menerima sepucuk surat dari Australia. Saya membacanya di pejabat saya. 

Penulisnya memaklumkan sudah lebih tiga tahun beliau menjadi silent reader blog saya. Saya tahu saya ada silent reader yang setia. Saya ada juga menerima surat-surat mereka. Membaca surat-surat tersebut terasa saya dipedulikan, saya diambil kira.

Saya amat gembira membaca surat yang panjang lebar ini. Ada kad dan surat ditulis depan belakang. Saya baca beberapa kali.

Surat ini menceritakan hal kehidupan dan pandangan tentang dunia. Alhamdulilah surat ini membuka minda saya dalam beberapa hal...

Dan benar juga kata penulis surat ini, sungguhpun banyak lagi ikan di laut tetapi tidak sama. Oleh kerana telah banyak membaca penulisan saya, penulis membuat bebarapa tanggapan. Saya juga beranggapan saya akan melalui perjalanan ini sendirian...selamanya.

Saya berdoa penulis surat ini akan selalu bahagia, amin.









Isteri saya berada di Erope...buat PHD

Bersama Encik Zulkifli

Saya duduk ala manja di atas bangku yang disediakan... Saya duduk gaya mewah seolah saya ada tiga hotel di Semenanjung. 

Saya tidak mandi laut. Saya hanya mahu menikmati pemandangan orang mandi laut. Sambil saya menunggu kawan-kawan saya mandi laut, saya makan kerepek. Sambil itu juga saya ralit memerhati gelagat orang ramai.... Pulau ini entah apa nama, saya tidak ingat. Nama tak penting, tapi amat cantik sekali, air jernih.

Ada pelancong yang sedang berjemur. Ada yang sedang membaca. Ada yang sedang berbual. Dan ada yang lalu lalang depan saya. Ada seorang pelancong tiba-tiba melucutkan kainnya depan saya, dia terus berlari ke laut. Jarang saya dapat hidangan sebegini, (Saya ternampak banyak sangat kopek-kopek asing di depan saya. Orang putih tersebut tidak malu langsung...he he. Saya pulak yang naik malu.)

Namun penulisan kali ini bukan mengenai bikini atau kopek asing. Ia mengenai satu keluarga yang saya rasa amat bahagia, sekurangnya di depan mata saya. Saya lihat isteri dan anak-anaknya mandi-mandi, sesekali isterinya menghampiri saya. Saya apalagi terus berbual dengannya.

Dengan rasa bangga dan sayang dia menunjukan tangan ke arah suaminya. 

"Tu suami saya, yang kecil tu anak-anak saya" Katanya dengan penuh bahagia. Saya lihat suaminya ada rupa berbanding dengan dia yang saya rasa semakin kehilangan rupa. Maklumlah bila mandi laut tak kanlah nak pakai make up. Saya lihat mereka keluarga obesiti. Ini normal. Selamat datang ke Malaysia.

Saya nampak mereka bahagia. Tiba-tiba saya rasa sayu. Namun saya cepat-cepat bangkitkan motivasi diri. Akak tu bercerita lagi dengan saya mengenai percutian dia. berapa hari dia cuti, hotel mana keluarga mereka menginap dan pulau-pulau yang mereka lawati.

Saya rasa dari segi strata pengkelasan sosial, mereka dari kelas keluarga biasa-biasa sahaja, Dari tutur kata, perwatakan dan cerita-ceritanya, saya katogerikan mereka keluarga yang biasa-biasa sahaja. Dan terdetik di hati saya walaupun keluarga biasa...mereka boleh bahagia. Tuhan mahal adil. Ramai orang kaya yang bila bercuti, suami cuti tempat lain, isteri bercuti tempat lain dan anak-anak pula bercuti di tempat lain!.

Akak tersebut peramah. Semasa kami berbual, anak-anaknya meluru ke arah kami. Sempat saya capai kerepek saya dan sembunyikan sikit dari pandangan anak-anaknya, he he he. Bukan kedekut tapi saya suka kerepek tu. He he he. 

Namun saya hulurkan roti kalau-kalau mereka lapar. Tapi mereka tolak, mereka ada bekal. Kemudian saya lihat suaminya pula naik dari pantai menuju ke arah kami sambil tersenyum. Mereka anak beranak makan di sebelah saya.

"Mereka berada di Eropah buat masa ni..." Saya menipu apabila suaminya bertanyakan isteri dan anak-anak saya. Terpaksalah saya cipta skrip yang simple dan mudah. Saya sudah biasa menipu dalam keadaan sebegini sebab jika tidak motivasi saya akan merundum. Saya tidak sekuat mana...

Saya mermerhatikan mereka...

Semoga Allah berkati keluarga ini, hidup penuh gembira...hingga akhir waktu...Amin.



Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home