"Sungguhpun banyak lagi ikan di laut tetapi tidak sama..."
- Silent Reader, Australia , April 2015
Semalam saya menerima sepucuk surat dari Australia. Saya membacanya di pejabat saya.
Penulisnya memaklumkan sudah lebih tiga tahun beliau menjadi silent reader blog saya. Saya tahu saya ada silent reader yang setia. Saya ada juga menerima surat-surat mereka. Membaca surat-surat tersebut terasa saya dipedulikan, saya diambil kira.
Saya amat gembira membaca surat yang panjang lebar ini. Ada kad dan surat ditulis depan belakang. Saya baca beberapa kali.
Surat ini menceritakan hal kehidupan dan pandangan tentang dunia. Alhamdulilah surat ini membuka minda saya dalam beberapa hal...
Dan benar juga kata penulis surat ini, sungguhpun banyak lagi ikan di laut tetapi tidak sama. Oleh kerana telah banyak membaca penulisan saya, penulis membuat bebarapa tanggapan. Saya juga beranggapan saya akan melalui perjalanan ini sendirian...selamanya.
Saya berdoa penulis surat ini akan selalu bahagia, amin.
No comments:
Post a Comment