Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, May 14, 2013

Masalah blog saya...


slm encik sukiman,
saya suka baca blog encik.
tetapi sejak minggu ini saya rasa blog encik ada masalah sbb bila saya taip jankaulu.blogspot, dia akan buka sekejap je tak sempat baca 2 baris, terus keluar iklan perempuan pakai bikini. sedihla tak dapat baca lagi entry encik...


......XXXX....

Saya ada menerima beberapa email mengenai masalah untuk membuka blog saya. Saya pun hairan. Namun saya tidak ada lakukan sesuatu yang luarbisa pada blog saya. Blog saya macam biasa. Saya harap masalah ini tidak berterusan...

Di komputer saya, saya masih boleh buka blog saya macam biasa, cuma saya tidak boleh baca komen dari pembaca... pelik.

Kata kawan saya, bila buka blog saya ada gambar orang berbikini, ada kawan saya tanya saya itu girlfriend saya ke? Heee... Itu bukan girlfriend saya...

Seri Dewi Malam: A love story... (2002)



Album: Seri Dewi Malam: A Love Story
Label: EMI Music Distribution
Released: January 01, 2003

Kalau saya cakap mungkin ada yang kata saya `over', tetapi hakikatnya bila mendengar lagu Kak Pah, jiwa rasa terusik sangat (sangat terusik). Kompilasi ini sangat saya hargai, tiada nilainya.

Album berjudul Seri Dewi (A Love Story) ini memuatkan lagu-lagu terawal nyanyian Datuk Sharifah Aini. Lagu lagu tersebut dirakam sekitar tahun 1970 hingga 1974. Saya sambar (membelinya) di Kuantan, Pahang. Saya sangat sayangi CD ini. Ia istimewa kerana pemilihan lagu yang lembut, asli dan klasik. Seolah sebuah perjalanan cinta. Haaa...

Kita boleh dengar sambil duduk-duduk menghirup nescafe panas dan sambil melihat taman mini kita. Atau melihat anak-anak jiran kita meloncat tak tentu hala di depan rumah kita tanpa pengawalan kekeluargaan yang jitu (parenting). Atau setelah kita penat berleter kerana anak-anak kita sendiri yang tidak mendengar kata, he he he.



Album ini dihasilkan oleh  syarikat rakaman EMI (sudah gulung tikar) sebagai langkah memuatkan lagu-lagu Kak Pah ke dalam bentuk CD. Sebagai peminat, saya terus menyambarnya di kedai. Ia boleh dijadikan simpanan saya. Dan saya mendengarnya untuk mengenali  lagu-lagu lama Kak Pah. Maklumlah lagu-lagu itu berkumandang semasa saya baru berumur 4 tahun (1970-1974). Masih tidak bersunat.

CD ini sudah 11 tahun dalam simpanan saya. Perhubungan saya dengan CD ini kekal selama 11 tahun, tidak sebagaimana hubungan saya dengan kekasih (kalau ada) yang tidak pernah mahu berpanjangan.

Semasa saya membelinya pada tahun 2002 lalu, ada di antara lagu Kak Pah yang saya tidak pernah dengar. Contohnya lagu `Pandanganku tentang hidup', dan `Inikah manusia'. Saya semakin kagum dengan perjalanan seni Kak Pah apabila melihat hasil seninya yang lampau. Memang tepatlah beliau tiada tandingannya.




Sebanyak 20 buah lagu dimuatkan di dalam album kompilasi tersebut.

1. Yang Mula Dan Akhir
2. Hasrat Bertanya Hati Memuja
3. Kekasih Pujaan
4. Seri Dewi Malam
5. Di Malam Persandingan
6. Kisah Yang Terjadi
7. Kini Hatiku Telah Tertawan
8. Dia Terlupa
9. Aku Dan Dia
10. Halimun Malam
11. Dekatlah Padaku
12. Tarikan Nafasku Yang Terakhir
13. Dalam Keluhan Dara
14. Kenang Daku Dalam Doamu
15. Dari Masa Hingga Masa
16. Patah Hati
17. Inikah Manusia
18. Jangan Putarkan Lagu
19. Selamat Malam
20. Pandangan Ku Tentang Hidup

Antara lagu kegemaran saya ialah lagu `Halimun malam' dan ` Yang mula dan akhir'. Juga lagu kegemaran sepanjang zaman `Patah Hati'. He he he sebenarnya semua lagu saya minat. Saya tidak dapat gambarkan dengan perkataan... Ia klasik sangat (sangat klasik)

Jan: Pernah menitis airmata mendengar lagu `Tarikan nafasku yang terakhir'.


Tarikan nafasku yang terakhir

Kini saat yang terakhir
Ku pinta maaf kepadamu
Jauh dari lubuk hatiku
Tak pernah kudendam padamu

Bila engkau tak percaya
Ku rela korban jiwa raga
Kini saat yang penghabisan
Ku harap kau datang kepadaku

Chorus
Berulang kali ku nyatakan
Aku sayang padamu
Berulang kali ku meminta
Peluklah belailah daku
Ooooh..itu tak pernah terjadi
Semua harapan belaka
Nafas...mu yang terakhir ini
Hanyalah ku tujukan padamu

(ulang)
Berulang kali ku nyatakan
Aku sayang padamu
Berulang kali ku meminta
Peluklah belailah daku
Ooooh..itu tak pernah terjadi
Semua harapan belaka
Nafas...ku yang terakhir ini
Hanyalah ku tujukan padamu



Monday, May 13, 2013

Katarak

Sekarang ini di kawasan saya tinggal bermusim kemarau. Suhunya panas hingga ke malam. Maka semalam  dalam pukul 12.30 tengah malam saya ambil keputusan untuk mandi manda. (Saya ambil keputusan untuk mandi sebab walaupun saya sudah separuh bogel, masih panas lagi).

Bila mandi saya tatap muka saya yang ala-ala handsum. Dalam pada itu saya fokuskan kepada mata saya. Saya amati betul-betul. Mata saya kecil sahaja, tidak cantik mana...dan tidak berseri. Memang mata saya sudah hilang seri sinarnya. Kebahagian yang selama ini berteduh di redup kelopak mata saya sudah menghilang... semua pergi hanya allah yang tahu ngapa. Tiada sinarnya lagi... (cinta adalah jiwa, cinta bukannya harta).

Tetapi posting ini bukanlah posting tentang kelaraan jiwa saya yang berzaman berpanjangannya di tujuh petrala bumi ini. Tetapi ianya mengenai rasa hati yang bimbangkan, khuatir mata saya akan diselaputi katarak. Nenek dan opah saya dulu juga ada katarak. Setahu saya antara punca katarak ialah keturunan. Haaa...

Katarak ini bukanlah adik-beradik katak atau kodok, tetapi sejenis penyakit mata. Haaa... Katarak tu adalah selaput mata.


Mentang mentanglah mata kita sekarang ok, tidak boleh pula kita yakin akan ok selamanya. Penyakit ni dia boleh datang bagai ribut (dan pulang bagai siput. he he he. Lawak kan?).




Katarak akan menyebabkan mata kita berselaput dan kita akhirnya menjadi rabun. Bila rabun tidak dapatlah kita mengesan lori yang pakir depan rumah jiran kita. Kita tidak tahu adakah lori yang datang kerana jiran kita beli perabut baru sempena nak sambut ramadhan atau lori datang hendak angkut barang jiran kita (yang tidak dibayar ansurannya). Bila barang jiran kita diangkut, kita tumpang bahagia. Bukan apa kalau suka menunjuk itulah balasan tuhan (kita tiba-tiba kaitkan dengan unsur agama padahal kita 2 x 5, he he he)

Katarak kalau tidak dirawat boleh membawa kepada buta, haaa inilah ngerinya. Biarlah mata tak bersinar cantik, asal tidak buta kan?

Jan: Ada yang buta hati walaupun celek mata... Macam mana tu?

Masalah blog saya, dan masalah kawan saya...

Minggu ini saya sibuk sikit. Selepas pilihanraya, jadual saya sangat padat. Otak saya berputar ligat 360 darjah. Kali ini saya benar-benar sibuk, bukannya buat-buat sibuk macam biasa. He he he.

Saya juga jaga mak saya. Mak ada datang ke Muadzam. tapi semasa saya menulis posting ini, mak saya sudah saya hantar ke Besut.

Saya juga tidak berpeluang menulis, tidak sempat capai pen dan menulis. Blog saya juga ada masalah. Kadang-kadang tidak boleh buka untuk melihat komen Nong dan Adie. Mereka berdua adalah sahabat maya yang selalu berhubung melalui blog.

Dah bertahun rupanya persahabatan kami. Saya terpaksa menggunakan kaedah lain untuk membaca komen.

Masalah blog

Saya juga tidak boleh menjawab komen kawan-kawan. Ada juga komen yang saya tidak faham entah apa yang ditulis. Seolah masuk dan sekadar menulis entah apa. Macam dekat dengan inbox tulah, mereka masuk jea. Sayang sungguh saya tidak tahu banyak pasal internate.

Untuk pembaca yang mengucapkan selamat hari lahir, saya ucapkan terima kasih dan semoga kita sihat sejahtera. Adie ada tanya link pasal ladylonly.com. Saya tidak link. Entah macam mana pula terjadi. Nanti saya tanya kawan saya yang lain bagaimana boleh terjadi.

Nong, pasal colek betik tu ia adalah antara makanan kegemaran saya. Kita ambil betik putik (betik muda). Kita hiris-hiris kasar. Dan kita buah kuahnya dengan cuka dicampur lada dan belacan. Letak gula juga. Lepas itu kita ambil hirisan betik tadi terus colek dengan kuahnya. Haaa. best sangat.

Hasilnya dua hari hidung saya merah dan tekak saya perit. Saya tak boleh makan belacan sebenarnya, he he he.

Masalah kawan saya

Saya juga tidak menyambungtulis pasal isu perut ikan. Sampai sekarang dia tidak membalas sms saya. Mungkin dia tengah merana kot, tapi harap dia ok jea. Namun isterinya ada talipon saya beritahu suaminya itu mahu rujuk. Emmm. Dan dia kata dia tak nak sebab tak percaya perangai suaminya akan berubah.

Saya no komen.

Buat pertama kalinya saya tidak masuk campur sokong mana-mana pihak. Saya cuma bagi statemeng biasa iaitu `apa-apa pun saya berdoa awak berdua dapat selesaikan dengan baik'. Saya kata gitu jea walaupun sebenarnya saya boleh ulas panjang lebar pasal perkahwinan mereka. Namun tentulah saya bersedih sebab suaminya kawan baik saya.

Nanti saya menulis semula...

Thursday, May 9, 2013

Kisah perut ikan...

Sebenarnya bukan semua penceraian berpunca daripada suami miang main kayu tiga, kayu empat, atau kayu lima... atau masalah kewangan tetapi penceraian juga boleh berpunca daripada sesuatu yang kita tidak terduga. Haaa.

Kawan saya memang tidak boleh hidu bau busuk. saya tahu benar, semasa di rumah sewa dia sangat kemas orangnya, pandai bergaya. Dia tidak suka bau ikan. apatah lagi perut ikan. Ya, kisahnya bermula apabila isterinya terlupa membuang perut ikan. Haa... (Namun kemuncaknya sahaja adalah `kes' perut ikan tetapi ketidaksefahaman tersebut sudah terbina pada tahap-tahap awal perkahwinan mereka). Saya ada nampak dan fikir.

Saya ni malaslah nak ulas pasal perkahwinan orang, tidak adil kepada mereka yang terlibat. (konon malas lepas tu siap hurai dengan detail, he he he. Teruk saya kan? tapi demi Allah bukan nak burukan sesiapa. Yang baik kita jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan).

Sehingga saya menulis posting ini saya masih rasa sedikit rasa sedih sebab perkahwinan sahabat baik saya hancur berderai begitu sahaja. Dan sehingga ke hari ini saya salahkan kedua-duannya. Walaupun si lelaki kawan baik saya tetapi saya rasa dia juga bersalah...

bersambung...  nak gi ke kedai beli cuka dan belacan, nak buat colek betik. Best...

Wednesday, May 8, 2013

Najib dan ayam baik


Najib adalah anak saudara saya yang ketara kesukaannya terhadap binatang. Dia suka pelihara ikan gupy, ikan laga dan ikan molly. Dia juga pelihara berbagai jenis ayam. Dia juga pelihara kucing. Terbaru saya balik mengundi saya teman dia pergi ambil ayam baik.

Sekarang dia suka ayam baik. Memang keturunan saya suka haiwan gamaknya. Saya juga suka haiwan iaitu ikan, kucing jiran dan anjing. Juga monyet.

Najib juga ada bela burung merpati yang pelik.



Ketika saya pergi ke rumah tuan ayam baik. Tuan ayam tidak ada kerana pergi sediakan bas untuk pengundi luar yang akan balik mengundi di Besut. Saya juga pengundi luar tetapi saya tidak naik bas. saya pandu kereta selow-selow.

Ayam baik ini ayah saya dan Najib `pau' di rumah kawannya.
Ayah saya beritahu tuan ayam tersebut telah diberitahu akan kedatanganya. semasa ke rumah tuan ayam, anaknya yang dewasa ada.


Ayah saya peminat tegar ayam baik
Seingat saya waktu saya kecil ayah saya ada juga main ayam baik, main burung merbuk dan ikan kelisa (Arowana).


Cara ikat ayam baik dalam guni.

Ayam ini diletakan di belakang pajero.


Bila saya lihat Najib, saya lihat dia sudah semakin dewasa. saya berharap dia tidak akan hadapi kemurungan hidup sepertri saya.

Jan: Apakah yang dimaksudkan dengan ayam baik?

Susu untuk ayah (2013)


Filem ini masih dalam pembikinan. Entah bila siapnya masih tidak dapat dipastikan kerana beberapa babak mesti dibuat semula kerana dikatakan terdapat sentimen perkauman terutama kaum ibu. Pun begitu pengarah filem ini masih berbincang dengan FINAS dan Zoo Negara.

Filem airmata ini mengisahkan kasih seorang pensyarah yang membeli susu tepung untuk ayahnya. Penonton dinasihatkan membeli tisu apabila menontonya, kalau taka da tisu, tisu toilet pun boleh. kalau nak jaga ekonomi bawak sapu tangan. kalau nak lagi jimat, tiru Mankisue, lap dengan lengan baju...

Setiap kali watak utama balik kampung dia dapati ayahnya semakin tua dan letih... Oleh itu beliau ke Jerteh membeli susu tepung ini. Perasa Vanilla, RM75. (harga sengaja diletakan bukan untuk menunjjuk-nunjuk tetapi buat rujukan pada masa hadapan, haaa).

Bila kita kecil ayah dan ibu belikan kita susu, bila kita besar wajarlah sebaliknya, kan?

Semoga filem ini dapat disiapkan untuk masuk panggung sebelum raya kalau tak asyik hantu, gengster, lawak, hantu, gengster, lawak. haa...hatu, gengster, lawak...

Jan: Maaf saya merapu...tapi memang susu itu untuk ayah saya.



Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home