Sekarang ini di kawasan saya tinggal bermusim kemarau. Suhunya panas hingga ke malam. Maka semalam dalam pukul 12.30 tengah malam saya ambil keputusan untuk mandi manda. (Saya ambil keputusan untuk mandi sebab walaupun saya sudah separuh bogel, masih panas lagi).
Bila mandi saya tatap muka saya yang ala-ala handsum. Dalam pada itu saya fokuskan kepada mata saya. Saya amati betul-betul. Mata saya kecil sahaja, tidak cantik mana...dan tidak berseri. Memang mata saya sudah hilang seri sinarnya. Kebahagian yang selama ini berteduh di redup kelopak mata saya sudah menghilang... semua pergi hanya allah yang tahu ngapa. Tiada sinarnya lagi... (cinta adalah jiwa, cinta bukannya harta).

Tetapi posting ini bukanlah posting tentang kelaraan jiwa saya yang berzaman berpanjangannya di tujuh petrala bumi ini. Tetapi ianya mengenai rasa hati yang bimbangkan, khuatir mata saya akan diselaputi katarak. Nenek dan opah saya dulu juga ada katarak. Setahu saya antara punca katarak ialah keturunan. Haaa...
Katarak ini bukanlah adik-beradik katak atau kodok, tetapi sejenis penyakit mata. Haaa... Katarak tu adalah selaput mata.
Katarak ini bukanlah adik-beradik katak atau kodok, tetapi sejenis penyakit mata. Haaa... Katarak tu adalah selaput mata.
Mentang mentanglah mata kita sekarang ok, tidak boleh pula kita yakin akan ok selamanya. Penyakit ni dia boleh datang bagai ribut (dan pulang bagai siput. he he he. Lawak kan?).
Katarak akan menyebabkan mata kita berselaput dan kita akhirnya menjadi rabun. Bila rabun tidak dapatlah kita mengesan lori yang pakir depan rumah jiran kita. Kita tidak tahu adakah lori yang datang kerana jiran kita beli perabut baru sempena nak sambut ramadhan atau lori datang hendak angkut barang jiran kita (yang tidak dibayar ansurannya). Bila barang jiran kita diangkut, kita tumpang bahagia. Bukan apa kalau suka menunjuk itulah balasan tuhan (kita tiba-tiba kaitkan dengan unsur agama padahal kita 2 x 5, he he he)
Katarak kalau tidak dirawat boleh membawa kepada buta, haaa inilah ngerinya. Biarlah mata tak bersinar cantik, asal tidak buta kan?
Katarak kalau tidak dirawat boleh membawa kepada buta, haaa inilah ngerinya. Biarlah mata tak bersinar cantik, asal tidak buta kan?
Jan: Ada yang buta hati walaupun celek mata... Macam mana tu?
No comments:
Post a Comment