Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, September 12, 2011

Rumah terbuka yang tertutup...

Gambar: Sekadar hiasan...







Hujung minggu lalu saya ke rumah kawan biasa saya (kawan tak rapat). Sempena raya ni dia buat rumah terbuka yang tertutup, he he he. Sebenarnya saya tak nak pergi ke rumahnya tetapi sebab dah satu kereta dengan kawan-kawan lain, saya pun ikutlah.


Biar saya terangkan maksud rumah terbuka yang tertutup tu dalam posting ini. Saya rasa jika saya bukan seorang pensyarah yang handsum tentu saya tak diundang. Para tetamunya terdiri daripada doktor, loyer dan seleberiti domestik (terkenal tapi peringkat daerah je).


Ya allah rumahnya cantik. Majlisnya nampak rasmi sangat. Semasa saya dan kawan saya masuk ke rumahnya bak rusa masuk supermarket. Semua orang pandang kami. Kami berpakaian santai sangat. Kawan saya pun pakai baju kurung jea, tak bermake-up. Sedangkan tetamu perempuan lain pakai sangat cantik dan sekdi dihiasi batu permata...he he he. Tanpa make-p tu, saya nampak kawan saya macam mayat hidup di tengah-tengah perempuan-perempuan cantik yang lain. He he he.


Makanan di rumahnya ya allah sedap giler. Semua kek adalah daripada Sekeret Rasipi. Air oren dan air ribena mereka tak main (mereka tak sediakan). Saya tak tahu air apa tetapi sedap airnya walaupun masam sikit.


Di dalam kereta semasa ala balik, saya buat satu pengumuman kepada kawan-kawan saya. Saya kata " Tulah sebenarnya contoh yang baik bagi rumah terbuka yang tertutup". Kawan saya hanya jemput kawan berjawatan pegawai ke atas sahaja, kerani dan opis boy ke, mereka tak main (tak dijemput).


Saya pernah dengar dulu dia kata (kawan saya kata) " Saya ni berkawan dengan semua orang, tak kira siapa".


Jan: Tahi... (dalam bahasa Melayu)

Friday, September 9, 2011

Hilangnya pejuang bahasa Melayu

Ditulis oleh Ku Seman Ku Hussain (Dikemaskini pada 6 Sep 2011), Hilangnya Pejuang Bahasa Melayu, Utusan Melayu, 04.09.2011.


KEPADA pejuang bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan nasional, tidak usahlah menganggap kepulangan pejuang bahasa Melayu, Datuk Hassan Ahmad satu "kehilangan" kepada bangsa dan negara. Mereka tidak kehilangan apa-apa.






Dalam perjuangan memartabatkan bahasa Inggeris, kepulangan seorang yang bernama “Hassan Ahmad” pada 31 Ogos lalu pada usia 75 tahun bukan kehilangan.

Mereka yang berasa kehilangan adalah rakan seperjuangan dan pencinta bahasa Melayu. Ini kerana kepulangan Hassan adalah gugurnya tokoh yang berjuang meletakkan bahasa Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan. Hassan lantang mengutarakan pandangan, penuh tanggungjawab tanpa bimbang kedudukan terjejas. Hassan sanggup turun ke jalan raya memprotes Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), satu-satunya pendekatan mengubah kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, seterusnya meminggir bahasa Melayu secara terhormat dalam sistem pendidikan kebangsaan.

Ada sesetengah pihak menganggap pejuang bahasa Melayu menolak bahasa Inggeris kerana mereka tidak mahir bahasa Inggeris. Ini salah sama sekali kerana banyak pejuang bahasa Melayu mahir bahasa Inggeris. Hassan juga mahir berbahasa Inggeris. Tetapi mahir berbahasa Inggeris bukan bermakna mahu menggantikan kedudukan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Buktinya Hassan bukan seorang yang menentang bahasa Inggeris, cuma yang ditentang ialah merendahkan kedudukan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan kebangsaan.

Hassan mendapat pencapaian peribadi tertinggi sebagai Duta Malaysia ke UNESCO pada 1988. Tetapi baginya , kejayaan sebenarnya ialah apabila berjaya meletakkan kedudukan bahasa Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan. Bagaimanapun hingga hari terakhirnya bahasa Melayu terus dipinggirkan termasuk kalangan pemimpin Melayu sendiri.

"Dasar Bahasa Kebangsaan kita semakin melemah. Ini memusnahkan nilai bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, sedangkan selama 30 tahun bahasa Melayu sudah terbukti mampu melahirkan banyak ahli sains dan perubatan serta pakar-pakar dalam pelbagai bidang," demikian tegas kepada saya dalam satu wawancara pada tahun 2009 mengenai bahasa Melayu.

Jawatan

Bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 1976 hingga 1988 ini seorang yang sangat mencintai bahasa Melayu. Buktinya Hassan sanggup meletak jawatan sebagai Penolong Pegawai Daerah Pontian pada 1962 untuk menjadi Pegawai Penyelidik di DBP pada 1963. Kalau memilih kedudukan dalam masyarakat, Allahyarham tentunya tidak meninggalkan jawatan itu untuk menjawat jawatan yang lebih rendah dan tidak popular.

Walaupun Hassan pulang terlalu awal dalam keadaan bahasa Melayu yang merempat di negara sendiri, setidak-tidaknya meninggalkan satu jalur perjuangan kebahasaan dan kesusasteraan kepada generasi selepasnya. Hassan tidak pernah jemu dengan perjuangan bahasa Melayu yang selalu menemui jalan buntu, malah terus bersemangat menyampaikan pidato, menulis dan memberi kenyataan kepada media tentang bahasa Melayu.

Menduduki kerusi panas Ketua Pengarah DBP memberi peluang kepada Hassan mentadbir institusi yang ditugaskan membina dan mengembangkan bahasa dan sastera. DBP diperhebat sebagai penerbit karya-karya kesusasteraan dan bahasa Melayu yang terbesar di negara ini. Kesungguhan dan pengalaman yang luas dalam lapangan penyelidikan menjadi pemangkin pentadbir yang cukup disegani. Malah telah memberikan perhatian yang serius terhadap perancangan bahasa dan sastera. Dari segi bahasa, DBP bawah pimpinannya berjaya memperkemas dan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang moden dan saintifik. Serentak dengan tugas tersebut, DBP juga telah menumpukan lebih perhatiannya kepada masalah kesusasteraan, malah memperluas kegiatannya dan menjadi penerbit buku kesusasteraan Melayu yang terbesar di negara ini.

Hassan dilahirkan pada 8 Disember 1936 di Muar, Johor adalah anak sulung daripada lapan adik beradik dan menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Mersing (1942-1943) dan Sekolah Melayu Muar (1945-1948). Kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Tinggi Muar hingga lulus peperiksaan Sijil Persekolahan pada tahun 1955. Memasuki Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan lulus Sijil Tinggi Pelajaran (1957). Mulai tahun 1959, Hassan melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera.

Hassan adalah antara 13 mahasiswa yang menentang cara pengajaran dan sistem pengajian Melayu di universiti ketika itu. Malah pernah berucap bagi pihak kumpulan 13 menyeru supaya diwujudkan suatu sistem pengajian terbuka. Turut terlibat sama dalam peristiwa itu ialah Allahyarham Ali Haji Ahmad dan Kassim Ahmad. Ternyata perjuangan Hassan terhadap bahasa dan kesusasteraan semarak sejak zaman remaja lagi.

Antarabangsa

Sebagai Ketua Pengarah DBP, Hassan kesempatan melawat ke luar negara atau menghadiri persidangan-persidangan antarabangsa di Amerika Syarikat, Eropah, Rusia, India, Jepun, Korea, Filipina, Thailand, dan Indonesia. Pada tahun 1982, Hassan diundang oleh National Book Trust of India mempengerusikan salah satu sesi dalam Seminar on Book For All at Low Cost di New Delhi. Kemudian sewaktu Persidangan Editor Asia di Singapura pada 1982 Hassan diundang membentangkan kertas kerja mengenai masalah dan teknik terjemahan serta adaptasi. Ternyata tumpuan utamanya bukan sahaja terhadap lapangan perancangan bahasa dan sastera malah malah dalam bidang terjemahan. Setakat ini tiga buah buku tentang organisasi dan pengurusan telah diterjemahkan, masing-masing berjudul Eksekutif yang Berkesan (1984), Aspek Kemanusiaan dalam Perusahaan (1984), dan Sukarnya Membuat Pilihan (1986).

Di samping itu menghasilkan dua buku, Syair (1964) dan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pertubuhan-Pertubuhan Khasnya (1966) yang kedua-duanya diterbitkan oleh DBP.

Setelah bersara dari DBP pada tahun 1988, Hassan dilantik sebagai Duta Malaysia ke UNESCO. Memandangkan pengalamannya yang luas dalam bidang penerbitan buku, sekembalinya ke Malaysia, Hassan dilantik sebagai Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan hingga akhir hayatnya.

Hassan pernah melahirkan kebimbangan kepada saya tatkala kami berjumpa tahun lalu mengenai sikap sesetengah orang Melayu terhadap bahasa Melayu. Pesannya saya ingat sampai hari ini, "Orang Melayu mesti sedar kalau mereka membiarkan bahasa Melayu musnah, perjuangan mereka juga berakhir sebab bahasa bukannya sistem linguistik sahaja tetapi alat membentuk pemikiran dan budaya bangsa. Kalau orang Melayu sudah tidak pandai lagi berfikir dalam bahasa Melayu, mereka akan jadi bangsa kacukan dalam berfikir."




Jan: Banyak berjasa orangnya...tokoh yang dihormati...tahu apa yang harus diperjuangkan dan berpanjangan perjuangannya.

Berita Harian Online | KWSP digesa beri dividen sejajar prestasi



Orang macam saya ni memang bergantung sangat kepada simpanan KWSP selepas bersara. Bukan apa, contohnya selepas bersara pun saya masih lagi kena bayar pinjaman perumahan selama 10 tahun dan ia melibatkan ratusan ribu juga. Maka saya menyokong benar agar KWSP beri dividen yang mengikut pasaran/prestasinya.
Mengenai kehebatan KWSP kita, memang seluruh jagatraya dah tahu yang sistemnya antara terbaik di dunia. Dan dana terkumpul juga antara terbanyak di dunia. Kita tak nak nafi, maka `terjemahkanlah' ianya dalam bentuk dividen.
Saya bukannya gesa mereka aktif berniaga (bimbang bangkrap pulak, he he he) tetapi tentulah kumpulan jumlah wang yang banyak itu, kalau diperam pun membawa kepada jumlah pulangan yang tinggi. Dan kita sedia maklum masa kini (dari dulu, hehehe) pulangannya adalah rendah bagi setiap individu pencarum (akhir tahun). Sebab itulah ada sistem yang kita boleh ambil dan laburkan dalam unit teras (trust).
Saya pecaya sangat keperluan terhadap wang, semakin kita dewasa akan semakin tinggi. Bila kita sudah berumur kita juga mahu dapatkan yang terbaik walaupun hanya keperluan, bukan kehendak.
Jan: Terkenang kepada ayah kawan saya, dia yang dah pencen beritahu kawan saya nak bayar sewa rumah pun mintak kat dia...no komen (buat masa ni).

Berita Harian Online KWSP digesa beri dividen sejajar prestasi

Mama Shinta Musraika

Kelmarin bekas pelajar saya Bukhori, bekas pelajar saya semasa di Kolej Shahputra Pekan (kini Kolej Universiti Shahputra, dan semuga nanti jadi Universiti Shahputra) telah menjadi Follower saya. Beliau adalah antara pelajar saya yang rapat di Pekan dahulu. Kalau tak silap dah 8 tahun lalu...



Hari ini saya dapat follower baru, iaitu Mama Shinta Musraika. Unik namanya. Di sini saya ada letak beberapa gambar pasal blog http://lovingustory.blogspot.com/.

Dalam blog ini saya juga saya melihat pautan blog kawan maya saya, yang saya saya selalu baca blognya, iaitu http://adieachim.blogspot.com/.




Ada gambar keluarga di sini, best sebenarnya ada blog sebab dapat letak gambar orang yang kita sayang dan orang yangs ayang kita. Ke kadang saya rasa cemburu jugak sebab tak ada gambar yang betul-betul menunjukan saya bahagia. He he he.

Pun begitu saya tetap bersyukur apa yang tuhan beri, contohnya kasih sayang dari kucing jiran...(tak perlu baca dengan perasaan sedih...)



Saya tidak sempat lagi meneliti dengan detail tentang blog ini, namun saya sudah layari gambar-gambar yang memang mewakili seribu cerita. Dalam blog ini ada tempat-tempat menarik yang dikunjungi mereka.
Oh yea, pemblog ini juga merupakan seorang penulis. Sesiapa yang tangkap syahdu dengan arena cerpen (cerpen = cerita pendek, kalau cerpang = cerita panjang, he he he) boleh membacanya.
Jan: Kisah hidupku panjang, kalau buat filem kalah filem heri poter...tapi filemku heronya mati di akhir episod. Mati meragam (mati merana, heheeh)

Thursday, September 8, 2011

"...nyanyian dari dalam..." - Datuk A Samad Said




"Biduanita unggul ini seorang penyanyi yang memberi jiwa kepada setiap lagu yang beliau nyanyikan...dan beliau adalah seorang penyanyi yang menyanyi dari dalam...".




- Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said, memperkatakan penghayataan nyanyian Datuk Sharifah Aini

Wednesday, September 7, 2011

Kisah baju raya leher `V'.




Kalau kawan saya Shamsul Alex Amsuli (nama samaran, nama sebenar tak sedap mana, tak komersial langsung) tak cerita memang saya tak tahu. Tetapi memang saya rasa hairan sebab kali ini dia datang ke majlis seorang diri. Kalu tak biasanya bininya mengekor jea ke sana ke mari hatta satu kereta semua kawan lelaki, bini dia je seorang perempuan...bini dia rela.
Tetapi posting kali ini bukan mengenai perangai bininya yang suka mengekor. Sebenarnya kawan-kawan di sekeliling sudah perasan dan buat panggilan (gelaran) yang tak elok di belakang mereka. Saya ada beritahu biarlah bini dia mengekor pun sebab laki dia. Dia mungkin nak melindungi hak dia, he he he. Tapi kata saya ada satu tempat bini dia tak akan dapat mengekor.
Kawan saya tanya " Tempat mana Man, jambang?"
Saya jawab, "lubang kubur!".
Saya dah tersasar.... Sebenarnya saya nak cerita apa yang kawan saya tersebut cerita, bukannya perangai bininya yang suka mengekor dan cek sms setiap hari. Kawan saya ni elok perangainya sehinggalah dia berbini, jadi panas baran.



Ceritanya begini, puasa nan lalu kawan saya ni ada la beli baju raya leher bentuk `V' sebab nak nampak kurus dan muda macam saya (perasan). Mahal harganya, boleh beli 5, 6 kampit beras harga baju tu!. Boleh derma sekampit ke Bersamamu TV3.



Kata kawan saya bini dia `lari' balik ke rumah mertuanya minggu ke dua puasa lepas dia (kawan saya) bakar baju T'shirt tu.



Ceritanya begini, bininya tak semena-mena terbasuh baju tu dan leher V tu dah jadi besar. Dia naik radang sebab biasanya dia basuh bajunya sendiri. Katanya bininya jenis tak boleh diharap, contohnya kalau basuh pakaian bininya tak asingkan baju mengikut material dan warna. (apa punya laki cerita pasal buruk isteri, biasanya isteri la yang cerita pasal buruk suami, he he he). Saya menadah telinga, `cu citer, cu citer" Sambung saya sambil tarik lidi daripada mulut bila dagingnya saya kacip kemas-kemas.



Kawan saya memang basuh baju sendiri sejak dia kahwin. Dia tak percaya pada bininya sebab dah banyak kali bajunya rosak. Bininya jenis cak dus (jenis tak kisah, tak peka). Pernah saya pergi rumahnya, masa dia angkat air ke ruang tamu bini dia pakai t'Shit T yang kotor. Saya ingat lagi peristiwa tersebut. Apa salahnya pakai yang elok....kan?



Kita kembali kepada cerita... sedap je komen bini orang, kena kat bini sendiri baru padam muka saya (sekarang padam muka kawan saya, he he eh). Bila dia lihat bajunya rosak seolah awan gemawan jatuh ke atas bahunya, halilintar memancar-mancar dan Mat Sabu tetap dengan pendiriannya...) terus kawan saya sumpah seranah bininya dengan kata-kata yang tak elok. Tentulah bininya yang hati lemah merajuk dan meninggalkan dia.



Dia pulak jenis tak pandai memujuk (macam saya la...). Maka perang dingin berlaku sehinggalah lepas raya, bini dia tak balik lagi ke rumah. Katanya sebenarnya bini dia ada balik ke rumah bila nak seks. Lepas tu balik semula ke rumah mertuanya...



"Ya allah yea ke?" saya tanya, saya tambah kuah satey. Tapi kuah ni tak sedap mungkin kacang hangus sikit. Kat mana dia tempah, huh!



" Demi allah pung, Sunggoh pung Maaaang" dia jawab.



Saya terkedu, kalau ikut logik tak kanlah kerana sehelai T'shirt boleh jadi macam ni sekali.



Jan: semasa kami balik dari majlis tersebut, saya cadangkan kepada kawan saya, tidor berasingan bilik. Bila nak buat seks baru tido sebilik. Saya juga cadangkan kawan saya beli dua mesen basuh.

Pertanyaan Qhasyalea...



Bekas pelajar saya yang sudah lama bekerja, bertanya mengapa bila sudah lama berkahwin, bila berjalan sudah tidak berpegangan tangan?
Saya tidak tahu jawapan yang tepat, sebab saya tidak pernah berkahwin walaupun pernah berpegangan tangan. Namun saya cuba jawab. He he he. Saya tak nak cuba salahkan suami atau isteri atau kerajaan Barisan Nasional. Ada kawan saya, semua kerajaan buat tak betul. Saya sudah 11 tahun berkawan dengannya, ya memang tak ada yang betul. Buka surat kahabar (khabar) dia baca dan terus kutuk.
Saya tak nak cerita pasal bekas kawan saya tetapi pasal bekas pelajar saya. Saya nak jawab soalan tu... Jawapannya:
"Mungkin bila kita dah miliki sesuatu itu kita dah alpa dan tidak rasa kehangatannya dan lantas tidak menghargainya...haaa."
Ok tak jawapan saya, boleh dapat A+ tak? Ke C- jea?
Jan: Inilah manusia...he he he.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home