Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Showing posts with label berita harian. Show all posts
Showing posts with label berita harian. Show all posts

Wednesday, November 9, 2011

Dr Mazlan dan makhluk asing...



"Daripada sudut saintifik, kami tahu terdapat berbilion galaksi yang mengandungi bintang-bintang yang jumlahnya dalam trilion, dengan banyak daripadanya yang mempunyai planet. "Oleh itu, walaupun kemungkinan untuk menemui kehidupan adalah sangat kecil, memandangkan bilangan besar bintang-bintang ini, kemungkinan itu pastinya bukan sifar.


Apa yang kita perlu akui adalah ‘kehidupan boleh datang dalam apa sahaja bentuk dan bukan sahaja dalam bentuk yang kita lihat di bumi." Ditanya sama ada beliau pernah didatangi oleh saintis atau pakar lain yang mahu membincangkan dengan serius bersamanya akan kewujudan kehidupan di angkasa lepas, beliau menjawab: "Ya, sudah pasti. Terdapat pakar-pakar yang mengkaji astrobiologi... dalam lain kata, kehidupan di luar angkasa lepas, dan terdapat juga pakar-pakar yang mengkaji planet-planet, di luar sistem suria. Kesemua usaha ini merujuk kepada isu ini."


Prof Datuk Dr Mazlan Othman
Pengarah UNOOSA
Mengetuai Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Angkasa Lepas (UNOOSA).
Berita Harian Online Dr Mazlan teraju hal ehwal angkasa lepas PBB



Jan: Selalunya jumpa makhluk puaka jea...he he he

Friday, September 9, 2011

Berita Harian Online | KWSP digesa beri dividen sejajar prestasi



Orang macam saya ni memang bergantung sangat kepada simpanan KWSP selepas bersara. Bukan apa, contohnya selepas bersara pun saya masih lagi kena bayar pinjaman perumahan selama 10 tahun dan ia melibatkan ratusan ribu juga. Maka saya menyokong benar agar KWSP beri dividen yang mengikut pasaran/prestasinya.
Mengenai kehebatan KWSP kita, memang seluruh jagatraya dah tahu yang sistemnya antara terbaik di dunia. Dan dana terkumpul juga antara terbanyak di dunia. Kita tak nak nafi, maka `terjemahkanlah' ianya dalam bentuk dividen.
Saya bukannya gesa mereka aktif berniaga (bimbang bangkrap pulak, he he he) tetapi tentulah kumpulan jumlah wang yang banyak itu, kalau diperam pun membawa kepada jumlah pulangan yang tinggi. Dan kita sedia maklum masa kini (dari dulu, hehehe) pulangannya adalah rendah bagi setiap individu pencarum (akhir tahun). Sebab itulah ada sistem yang kita boleh ambil dan laburkan dalam unit teras (trust).
Saya pecaya sangat keperluan terhadap wang, semakin kita dewasa akan semakin tinggi. Bila kita sudah berumur kita juga mahu dapatkan yang terbaik walaupun hanya keperluan, bukan kehendak.
Jan: Terkenang kepada ayah kawan saya, dia yang dah pencen beritahu kawan saya nak bayar sewa rumah pun mintak kat dia...no komen (buat masa ni).

Berita Harian Online KWSP digesa beri dividen sejajar prestasi

Monday, July 18, 2011

Berita Harian Online | Lelaki disamun ketika buka pintu pagar

Berita Harian Online Lelaki disamun ketika buka pintu pagar




Masa kita sampai depan rumah, kita kena turun buka pintu pagar sebab kita tak ada gate remote, sebab kita guna pintu pagar jenis biasa. Masa inilah biasanya kita disamun/dirompak sebab mereka memang tunggu kita sebenarnya.

Memanglah kalau nak terjadi, terjadi jugak tetapi kita kenalah jugak berhati dan ambil langkah keselamatan.

Ada orang dia suruh bini dia yang turun dari kereta untuk buka pintu pagar, ada suami dia akan turun sendiri darpada kereta...

Saya tak tahulah keadah mana yang terbaik, sebab dalam kes saya saya kenalah turun sendiri... Pernah jugak saya berangan nak pasang gate yang ada remote tu. Tapi bukan atas sebab keselamatan tapi saya malas nak turun kereta...




Jan: Apa-apa pun di depan rumah kita pun dah tak selamat sebenarnya...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home