Dalam dunia politik, pelaku-pelakunya menggunakan semua
perkara bersama semua kuasa yang ada demi mencapai hasrat kepentingan politik
masing-masing. Manakala golongan B40 yang punyai sumber yang terhad, hanyalah
berharap ekonomi berkembang secara keseluruhan untuk mereka menikmati impaknya.
Kepentingan parti dan kepentingan diri pelaku politik mesti
selari dengan kepentingan rakyat. Jika tidak selari yang jadi mangsa adalah
pertumbuhan ekonomi, dan sosial... yang akan memberi impak buruk kepada
isirumah...terutama golongan B40.
Isirumah adalah unit terkecil dalam ekonomi, (selain
aktiviti dalam kilang). Walaupun kecil, unit inilah akhirnya memberikan kesan
kepada keseluruhan ekonomi. Contohnya bila ramai isirumah yang menganggur,
secara langsung ia menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara.
Isirumah B40 adalah mewakili isirumah yang mempunyai
peratusan yang besar mewakili keseluruhan jumlah isirumah kita... Jadi amat
eloklah pihak penggubal dasar dan perlaksana berkenaan covid melihat kepada
unit-unit kecil ini dalam ekonomi. Ciri-ciri dan tingkahlaku isirumah terutama
golongan B40. Apa yang benar-benar berlaku kepada golongan ini? Golongan ini
memberi impak yang besar ke atas keseluruhan ekonomi.
Kalau lihat berita-berita TV3, keadaan seolah tiada apa-apa
yang teruk pada pertumbuhan ekonomi negara dan isu golongan B40 ini. Walaupun
kita semua tahu itu adalah propaganda secara langsung (keluarkan cerita yang
baik sahaja), namun adalah lebih baik juga media massa menyalurkan sesuatu yang
lebih 'real' dalam membantu perubahan tingkahlaku masyarakat, iaitu tindakbalas
yang sepatutnya.
Dengan mengajar rakyat bahawa keadaan adalah baik pada waktu
yang sebenarnya tidak baik bukanlah suatu tindakan yang ikhlas dan bijak (dalam
keadaan yang tidak baik ini).
Berita ekonomi mestilah lebih telus kepada rakyat, kerana
rata-rata rakyat sudah celik dan berilmu. Mereka bukanlah lagi golongan yang
cepat panik, janganlah guna alasan lapok ini lagi. Lagipun kebenaran adalah hak
rakyat.
Janganlah covid juga dijadikan alat mainan politik,
sedangkan ekonomi rakyat sedang menuju ICU (tenat). Rakyat rata-rata hidapi
penyakit 3D. (penyakit 3D - Derita Dalam Diam).
Sudah terlalu banyak contoh-contihnya. Paras gaji golongan
siswazah yang tersungkur teruk menyembah
bumi juga satu petunjuk keadaan ekonomi kita yang sebenarnya.
Jika gaji siswazah sudah separas sebegitu, berparaskah lagi
gaji golongan B40?. Atau golongan B40 juga perlu bersaing dengan golongan
berijazah?
Kita jaga kita, kerajaan tak nak jaga kita ke? Haa...
Sekian, selamat berbuka...
No comments:
Post a Comment