Tahun lepas berat badan saya mencatatkan rekod cemerlang
melebihi 90 kg. Ianya mungkin antaranya sumbangan dari PKP, di mana puas makan
di dalam rumah, saya makan di luar rumah (laman).
Saya tidak sedar saya sesetopok begitu sehinggalah gambar
ini (pukul bulan Ogos tahun lepas) dikirim oleh keluarga. Mulanya saya berharap
gambar itu diedik sebagai `gura' jea dari keluarga. Namun saya dapati kedudukan
meja dan kerusi tidak pula mengembang. Tiada kesan diedik.
Namun apabila saya sedar, saya masih menafikannya dengan
mengandaikan bahawa kegemukkan adalah biasa. Satu daripada rakyat Malaysia
gemuk, dan Malaysia adalah antara negara yang tergemuk di Asia. Itu
statistiknya. Gemuk itu normal di Malaysia...
Saya juga berfikiran saya tidak perlu ada bentuk badan yang
menarik sebab tiada orang nak kan saya, dan saya pun tak ada nak kan sapa-sapa.
Phasa `nak-nak' ni dah berpuluh tahun saya tinggalkan. lagipun kenapa pula saya
kena ada bentuk badan yang menarik? Kerja saya mengajar sahaja, bukannya nak
kena tolong pakai baju yang orang lain nak jual...(model).
Nak menguatkan lagi idea kenormalan kegemukan saya ini, saya
berpegang pula kepada falsafah "Kehidupan kita ini bukan sahaja berligar
kepada berapa berat badan kita. Banyak lagi elemen yang jauh lebih penting
seperti perasaan kasih sayang yang ada pada individu, hal-hal keagamaan,
hal-hal ekonomi, world peace...bla bla bla"
Dan biarlah gemuk asal sihat...
Semua pegangan pemikiran itu lenyap apabila pada suatu hari
saya terjaga dari tidur pada pukul 2
pagi kerana kesakitan sendi kaki yang amat bisa. Saya menangis macam budak.
Dalam tidak tahan sakit, saya tidak dapat mengawal diri, saya memanggil tuhan
dan mak untuk menolong saya.(ayah saya tak panggil pula).
Saya menangis sehinggalah mentahari muncul (lagi), mengesok
saya buka grill dan dipapah ke klinik.
Doktor mengesahkannya...gout!. Ambil darah dan urea bagai...
Maka sejak hari itu saya mengawal sedikit pemakanan saya.
Doktor menasihati saya antaranya mengawal berat badan. Saya akur akhirnya dan
berjanji akan turunkan berat badan...(tapi bila doktor berikan angka berat
badan yang saya perlu ada untuk dapat BMI yang normal...saya tergelak dalam
hati)
Namun tentulah kena ikut, selain untuk kebaikan kesihatan
diri pada masa hadapan, doktor pakar itu juga mungkin bersusah payah belajar
untuk membetulkan cara hidup kita (hala tuju kesihatan kita). Dia mungkin tak
pernah ponteng kuliah/makmal, dan selalu buat soalan tutorial (termasuk soalan2
past semester).
Memang sukar untuk saya mengawal pemakanan kerana saya
pencinta makanan, oven dan peti ais. Namun saya cuba demi kesihatan. Dengan
umur yang sudah tinggi ini, saya berjanji akan lebih behati-hati dalam memilih
makanan dan kawan yang suka makan.
Semoga saya berjaya beli seluar baru nanti... (dan tak malu
menjawab apabila penjual dengan kuatnya bertanyakan "saiz berapa
pinggang?")
Sekian, selamat berbuka...
No comments:
Post a Comment