1. Masa jadi pelajar, tidak ada banyak masa untuk lepak-lepak. Tutorial Microekonomi sangat payah, saya lemah add maths. Tutor pula seolah makanan asasinya tebuan.
2. Jadi bila dapat peluang lepak, jumpa kawan baik saya
lepak sampai menyengeng tidak cukup satu kerusi.
3. Gambar masa muda ini dipukul di sisi Dewan Tunku Canselor
UM, 1992.
4.Saya bersama Hasbullah sahabat baik, dia datang jengok
saya belajar. Satu rasa berbesar hati sangat, tersemat di hati.
5. Di kampong kami bersahabat baik naik motor ke sana ke
mari. Keliling Pengkalan Nyereh, Kuala Besut, Pata Air Tawar, Jerteh dan banyak
tempat lagi. Pernah motor kami jatuh tergolek dalam selut, balik bersihkan baju
seluar, sudahnya deman. Masa muda seronok sebab kita bebas tak ingat rumah.
6. Dulu dunia sangat berlainan. Kehidupan tanpa handphone
membuatkan jarak terasa sangat jauh dan luas. Janji esok nak jumpa lagi seolah
sukanya macam esok nak ke Zoo Negara.
7.Selepas habis belajar kami berpisah, setelah masing-masing
bekerja kami berpisah giler. Meninggalkan kampung halaman. Kami masing-masing
mulakan dengan kehidupan sendiri. Sibuk memanjang. Pejam celik-pejam celek.
8. Dia semakin hanya ada dalam ingatan...
9. Masa berlalu tanpa saya sedari, jatuh bangun saya, patah
hati, hijrah bawa diri, meraung dalam hujan dan sebagainya. Namun saya tabah
hadapinya (tahniah untuk diri). [(Tapi taklah sampai saya kena beri tepukan
untuk diri sendiri. Nanti rasa entah apa-apa pula kan? He he)]
10. Masa terus berlalu, saya tidak sedar....sehinggalah
beberapa semester lepas, selepas kuliah ada seorang pelajar perempuan yang
tinggi lampai datang ke meja saya. Dia bertanya "Sir kenal tak ayah saya?
Ayah saya kata sir sahabat baik ayah."
11. Nampaknya masa benar-benar berlalu...Terima kasih
sahabat kerana pernah menemani kehidupan ini...
Nampaknya kita semakin sampai ke penghujungnya...doa restu
untuk saya sama juga dengan doa restu untuk sahabat-sahabat saya juga.
No comments:
Post a Comment