Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, August 25, 2020

Sup ayam rempah Fuzah...

 



1. Kalau ada masa, kalau hati saya senang dan tidak ada aktiviti ke bandar atau berkebun, saya akan memasak pada hujung minggu. 

2. Memasak sendiri untuk diri sendiri sangat istimewa kerana kita boleh penuhi selera kita. Contohnya jika kita suka sedikit manis atau masing, kita tambah gula dan garam. 

3. Jika saya masak, saya akan masak dengan kuantiti yang banyak. Untuk disimpan dalam peti sejuk. Untuk dimakan berulang kali. Saya perangat semula. Ramai yang halang aksi saya perangat ini kerana tidak bagus untuk kesihatan. Saya tidak peduli. Lagipun bukannya nak simpan sampa PRU15.

4. Terbaru saya masak sup yang dibeli rempahnya dari sahabat saya yang juga merupakan rakan sekerja. Saya termakan sup di rumahnya dan saya terus tanya di mana hendak dapatkan rempahnya?. 

4.5 Rupanya, keluarga beliau memang turun temurun menguruskan perniagaan rempah-rempah.

5. Wah sedap sungguh sup yang saya buat ini. (ambil bakul masuk dalam bakul dan saya angkat sendiri).

6. Ingin sahaja saya hantar gambar masakan sup kepada kawan-kawan dan memberitahunya bahawa sup yang saya masak ini sedap. Tetapi niat itu saya tidak teruskan kerana bimbang sifat menunjuk-nunjuk ini menimbulkan ketidak selesaan. Sedangkan orang buta pun boleh masak sup. Sekadar sup.

7. Namun benar sekali, sup yang saya buat ini sedap. Mungkin kerana rempahnya terdiri dari 17 ramuan herba yang terpilih dan dirahsiakan.

8. Sedapnya...cicah roti.

Sekian.

Wednesday, August 19, 2020

Kisah pokok Draco di rumah kakak, anak saudara dan cintai tumbuhan


Sudah lama saya idamkan miliki pokok Draco seperti di rumah kakak. Pokok Draco kakak tidak sama jenis dengan pokok Drako yang saya tanam. Ia lebih besar, lebih nampak utuh dan gagah.

Saya ada mencari pokok ini di nurseri sekitar bandar Kuantan, namun harganya membuatkan harapan saya terbantut. Mahal giler. Baik duit tersebut saya buat joli.

Saya juga miliki pokok Draco tetapi yang spesis sederhana kecil. Saya tanam dalam pasu. Itu pun sudah cukup cantik, saya pujuk hati saya. Pujuk poket saya.







 

Dua keping gambar di atas dipikul di rumah kakak. Pokok itu ditanam oleh Abang ipar saya di tepi kolam. Ia nampak cantik apabila besar. 

Saya rasa usia pokok itu berusia hampir 10 tahun. Semasa ditanam dulu ia sudah besar tinggi.

Jadi apabila ada anak benih yang tumbuh, saya rasa teruja untuk menyemainya. Namun saya selalu sibuk pada hujung minggu. 

Jangan tak percaya, orang bujang macam saya ni banyak acara yang nak dilalui pada hujung minggu. Maka hasrat itu terbantut dari masa hingga masa. dari seminggu ke seminggu.

Saya harus beli polybag dan juga tanah untuk tujuan penyemaian....saya menunggu masa yang sesuai...

Sebab itulah apabila Najib dan Syafiq datang bertandang, saya terus jalankan projek ini. Dengan pertolongan Amar, Najib dan Syafiq, dapatlah aktiviti menyemai ini berjalan lancar. Saya rasa sangat gembira.

Rumah saya tidak morden, saya rasa lebih kepala konsep ala morden tropikal. He he he, ada ke konsep tersebut? Namun saya mahu tanam pokok ini banyak-banyak dan nanti saya alih semula bila saya renovate rumah nanti.

Kira masa tu pokok ini dah besar panjang.




Syukur punyai anak-anak saudara yang ringan tulang dan suka menolong. Aktiviti penyemaian ini juga dapat mengeratkan mereka antara sepupu sepapat. Kalau tidak bila lagi mereka akan erat (feel belonging each other). 

Oh yea, tanah semaian yang saya beli dari nurseri tidak mencukupi, terpaksa gali tanah lain...

Saya harap anak-anak saudara saya seperti saya, bukan sahaja handsume tetapi mencintai tumbuhan, hargai alam sekitar. Dalam agama kita juga ada menyatakan konsep pokok-pokok itu akan membantu kita di alam akhirat. Dengan zikirnya.

Sekian, sekarang saya cuma perlu tunggu 15 tahun lagi untuk lihat pokok ini besar. 


Tuesday, August 18, 2020

Sumbangan suami malas dalam pembangunan keluarga: Satu kajian kes berbentuk pengamatan dan pendapat semata-mata.

Atas permintaan ramai, saya terpaksa paparkan kisah rumahtangga kawan saya (bukan rumahtangga saya yea, he he he). Sebenarnya saya sudah lama berhenti `mencara' hal rumahtangga orang dalam blog ini. Jadi penulisan mengenai rumahtangga orang (terutama hal negatif), sudah lama saya tinggalkan. 

Lagipun apa yang kita boleh belajar dari negatifnya rumahtangga orang?

Sebenarnya banyak faedah kalau kita ambik ikhtibar. Kisah rumahtangga ini banyak jenis banyak kejadian, kadang-kadang tidak terfikir oleh kita akan boleh terjadinya sedemikian. Rujuk rumahtangga Kasim Selamat dalam filem Ibu Mertuaku.

Saya mahu bercerita secara ringkas sahaja. Mungkin kisah ini sudah tidak pelik lagi. Kebanyakan isu yang saya terima ialah isu suami tidak bertanggungjawab, menggunakan kesempatan atas `kehandalan' si isteri.

Kawan saya ini nama Noor Rabiah Asmadi (nama samaran). Saya panggil dia Rabi (juga panggilan samaran. Ya lah kan, tak kan saya nak bubuh nama sebenar. Namun saya sudah dapat `green light' darinya untuk paparkan cerita dia di blog saya). 

"Apa yang en Man lihat di blog tu bukanlah keadaan kami sebenarnya.." Kata Rabi sambil mengerat kueh pelik di atas meja. Saya tidak tahu apa nama kueh itu, tapi sepotong jea, ada buah kiwi pulak. Yang saya tahu harga kueh sekecil tu adalah RM16.90. Inilah bahananya kalau makan kat cafe mahal.

" Ya, ya" Saya jawab sepatah.

Saya pernah diberitahu kawan saya yang 90% orang yang bergaya dalam FB bersama suaminya, pada hakikatnya tidak begitu. Maksudnya suami iateri tersebut tidaklah semesra tersebut.

"Kalau itu adalah kebiasaan kita tidak pos dalam FB... kalau yang luarbisa dan jarang baru kita letak dalam FB" Kata seorang kawan saya. Pendapat itu saya lihat ada juga kebenarannya.

Kita kembali kepada kisah Rabiah. Rabiah ni orangnya handal, semua kerja rumah dia boleh buat, dan di tempat kerja juga dia handal. Jenis perempuan cekap, bersih dan amanah. Segala rumah, kereta, bil air api dia yang bayar. Begitu juga belanja persekolahan anak. 

Dia juga lepas bebas bawa kereta dan kalau bawa lori pun dia boleh. Cuma saya lihat dia jarang bermake up. Kulit mukanya juga tidak terjaga dengan baik. Kasar. Dan ada pigmintasi. Kedut-kedut halus juga sudah mula muncul...

Saya tidak tahu nak mula macam mana namun saya ada pendapat. Pendapat saya dari cerita yang dia beritahu ialah suaminya itu tidak mengenang budi. Tidak berterima kasih langsung dan tidak buat apa-apa untuk pembangunan rumahtangganya. Dan suami dia malas kerja. Ini diberitahu sendiri olehnya.

Jadi isunya di sini, apabila seorang perempuan lebih berkemampuan dalam rumahtangga, adakah suaminya juga akan bertindak menyumbangkan kepada pembangunan keluarga? Dalam kes ini jawapannya `tak' lah kan?

Saya cuba tanya adakah kehadiran orang ketiga? yang juga menyumbangkan ke arah penceraiannya itu?

Dia beritahu ada beberapa kali seppanjang perkahwinan (tiga kali), suaminya mengorat perempuan lain tetapi tidaklah lama sebab dia masuk campur. Tetapi sekali lagi dia tegaskan itu bukan sebab penceraiannya. Sebab penceraiannya adalah suaminya (bekas suaminya) bukan sahaja tidak menyumbangkan kepada pembangunan keluarga tetapi juga tidak bertanggungjawab, malas bekerja. Semuanya dipulangkan atas bahunya.

Saya hanya mendengar, saya tidak lagi seperti dulu. kalau dulu saya beria-ia nak tahu apa yang ada dalam sebuah perkahwinan. Sekarang saya sudah tahu, hitam putih semua ada. Itu perkara biasa. Rezeki besarlah kalau dapat pasangan yang cerdik dan tahu tanggungjawab baik lelaki atau perempuan.

Namun saya tertanya-tanya juga kenama sekarang dunia dibanjiri lelaki handsum yang malas? Tahu bergaya jea. Dan apabila  erumahtangga tak mampu tunaikan tanggugjawab.

Sekian, saya doakan penceraian ini membawa kebaikan kepada ketiga-tiga pihak...


How to Talk to Children About Divorce, Tips for Children to Cope ...
Pihak ketiga juga adalah mangsa di tengah

PPYIT Besut Terengganu: Belajar dan mengajar

 

Saya rasa bertuah kerana pernah belajar dan mengajar di PPYIT, Besut Terengganu.
PPYIT duduk berbekas di hati saya selamanya.
Tempat jatuh lagikan kita kenang, ini pula tempat menimba ilmu.
Saya doakan guru-guru yang pernah mengajar saya dan pelajar-pelajar yang pernah saya ajar berada dalam kesejahteraan selalu.
Gambar tersebut ketika saya masih muda bersama cikgu Wan Syukri.
Terima kasih

Hari pertama berbuka puasa

Hari pertama saya sudah membuat kesalahan. Semalam saya makan banyak semasa berbuka puasa. Saya masak khas kerana saya berpuasa, saya masak daging goreng. 

Ada juga lauk beberapa malam iaitu sup yang saya simpan di dalam peti ais. Sup ni bila lama-lama ia akan jadi semakin sedap. Dan makin berseri apabila saya goreng pula ikan masim.  

Saya makan nasi bertambah dengan daging goreng dan sup. Saya makan pula kerepek, sebuah dan dua keping biskit Jacobs.

Alahai...hehe

Orang pandai masak susah kan?



Monday, August 17, 2020

Amanat Lady D

1. Saya dapati semakin kita berusia, kita akan kembali rapat dengan adik beradik.  

2. Selepas alam persekolahan, masing-masing mencorak hidup masing-masing membina kehidupan masing-masing. Sibuk bekerja dan membesarkan anak masing-masing. Banyak guna perkataan `masing-masing' di sini.

3. Saya yang tak kawin-kawain ini pun sibuk juga.




4. Kini jika dapat berjumpa dan berkumpul adalah suatu perkara yang  berharga. Masing-masing akan bercerita kisah apa yang dialami.


Mereka sudah besar, saya tidak perlu capur tangan nak buat BBQ

5. Anak-anak sedara pun dah besar. Nak makan BBQ pun mereka boleh sediakan. Tidaklah kita yang berpeluh-peluh lagi. Nak minum air nescafe pun Amar boleh buatkan. Kadang-kadang tidak perlu minta, Amar akan bertanya.

6. Maka semakin saya berusia saya makin sedar akan kebenaran kata-kata Lady D, "Keluarga adalah segala-galanya"

7. Mungkin anak-anak saudara saya masih lagi tidak faham dan merasai apa yang  mendiang Lady D maksudkan, namun saya percaya apabila mereka berkeluarga, mereka akan faham.


Royal Family Around the World: The Late Princess Diana draped ...
Lady D


Family is the most important thing in the world. - Princess Diana ...




Ulasan Filem: Perempuan Tanah Jahanam: Karya yang lebih baik dari Pengabdi Syaitan

Perempuan Tanah Jahanam (2019) Indonesian movie poster

 

1. Sebelum ini filem seram terbaik dari Indonesia adalah filem Sundalbolong (1981). Saya masih ingat ketika itu saya masih di sekolah rendah. Waktu suci itu saya tidak tahu apa erti perkosaan (hanya faham tentu sesuatu yang teruk dilakukan pada wanita menyebabkan wanita itu mati dan jadi hantu).

2.Adegan Suzzana makan satey mentah 200 macok itu sangat menyeramkan saya. Terbayang-bayang beberapa hari setelah menontonnya di TV. 

3. Dan selepas itu muncul Pengabdi Syaitan. Ia lebih seram dari filem Sundalbolong, membuatkan saya tabik hormat kepada industri perfileman Indonesia. Pencapaiannya sangat mengagumkan.

4. Dan terbaru saya sudah menonton filem Perempuan Tanah Jahanam. Saya menontonnya setelah mendengar berita itu adalah filem dari Joko Anwar. Saya jadi peminat Anwar.

5. Setelah menontonnya saya rasakan itulah filem terbaik dari Joko Anwar. Ia sedikit di bawah seranm Pengabdi Syaitan tetapi ia memegang tangkai jantung kita dari mula hingga akhir. 

6. Filem ini dalam bahasa Indonesia - Bahasa Jawa, dan ada bahagian dalam bahasa Jawa Kuno. Saya tidaklah memahami 100% tetapi tidak mencacatkan pemahaman saya terhadap jalan cerita. 

7. Lakonan yang cemerlang, garis cerita yang cermerlang dan asli.

8. Saya suka sumpahan...




Puasa pertama selepas puasa Ramadhan

1.Sudah lama tidak berpuasa. Hari ini kali pertama puasa setelah berpuasa untuk Ramadhan 2020. 

2.Tiba di pejabat, pada pukul 9.30 pagi ada sedikit rasa lapar menjelma. Mungkin perut sudah beri isyarat tiba waktunya untuk makan. Namun cepat-cepat otak hantar peringatan, hari ini tuan punya badan berpuasa.

3.Saya berpuasa atas sebab kesihatan juga, bukan semata-mata puasa sunat. 

4. Hari ini timbangan 90.7 kg, jauh benar dengan berat badan patut (ideal) saya iaitu 68 kg. Saya masih ingat lagi itu berat badan yang saya mesti capai untuk kesihatan, beritahu doktor lebih kurang 20 tahun lalu.

5.Berat badan saya naik turun naik turun. Saya pernah diet sehingga 77 kg tetapi tidak kekal. Ini adalah kerana saya pencinta makanan, dan untuk dapatkan makanan yang sesuai untuk diet amat sukar.

6. Namun saya sangat yakin kalau kita berdisiplin, saiz gajah pun boleh jadi kancil. Kunci katanya disiplin dan motivasi...

7. Saya akan masak daging untuk berbuka, daging goreng. He he h he. Saya mungkin makan banyak.


Jangan Biarkan Orang Fikir Diet Menyusahkan, Ketahui Cara Diet ...


Thursday, August 13, 2020

Orang yang paling berani di Malaysia?

Pendedahan Asri Janggut akan dibangkitkan di Dewan Rakyat | Harian ...

 


Macam mana yea kita harus bertindak apabila melihat kegiatan jenayah berleluasa di kawasan kita? Adakah kita akan laporkannya kepada polis? Adakah kita tahu SOPnya?

Kita mungkin bimbang laporan yang kita buat tidak lengkap dan tidak ada bukti, dan akhirnya kita yang susah. Apatahlagi kita percaya ada pegawai polis mungkin ada menerima rasuah daripada pihak jenayah yang mahu kita lapor. kita lantas teringat filem polis rasuah.

"Kalau ada lihat kegiatan jenayah, laporlah pada polis" dialog ini nampak simple tetapi mungkin boleh jadi kompleks.

Ia bukannya mudah kerana apabila masyarakat membuat laporanmasyarakat juga akan disoal siasat. Mayarakat akan merasa mereka akan disusahpayahkan melalui siasatan itu. Bukan sahaja masa dan tenaga, tetapi mungkin juga nyawa.

Oleh itu, adakah kita akan menutup mata sahaja?

Namun tindakan laporan yang harus disiasat itu adalah satu keperluan. Maksudnya tentulah pihak polis mahu tahu kesahihan akan laporan yang kita buat. Mahu tahu kreadibiliti pembuat lapuran tersebut. Pihak polis mahu pastikan ia bukannya fitnah.

Namun ada pihak sudah tidak ada jalan lain selain dari menularkannya. 

Isu-isu yang dibawa oleh Abang Asri Janggut sebenarnya pelbagai.

Isu perlesenan

Isu penguatkuasa

Isu ketelusan

Isu pemantauan

Isu rasuah

dan lain-lain isu.

Dan selain itu nyawa pemberi maklumat juga sebenarnya terancam jika mereka percaya antara penjenayah dan pihak polis ada hubung-kait. Maksud saya rasuah terjadi.

Masyarakat takut tidak ada jaminan keselamatan dari pihak polis. 

Sekali lagi polis diuji. Namun dengan pengalaman 200 tahun tentulas polis kita akan dapat membuat penyelesaian atau menunjukan penyelesaian yang positif.


Wednesday, August 12, 2020

Pentingnya mempunyai hobi, kalau tak ke laut!

Kadang-kadang kita lihat masyarakat jadi tak tentu hala apabila berhadapan dengan masa lapang mereka. Maka mereka akan buat sesuatu yang sebenarnya tidak memberikan impak besar terhadap jiwa diri dan  masyarakat.

Hobi adalah sesuatu kesukaan kita, apa yang kita suka buat dan ianya bukanlah suatu yang sementara. Ia berpanjangan kerana jiwa kita seolah terikat padanya. Hobi boleh reflek diri kita.

Jika perbuatan yang sia-sia dan merbahaya tentulah bukannya hobi. Menyakitkan hati orang untuk kita rasa bahagia bukan hobi. Mereka akan marah kepada kita jika katakan itu bukannya hobi. Bagi mereka apa yang mereka buat itu hobi apabila mereka rasa gembira.

Hobi mesti tidak mudaratkan diri dan orang ramai. Jika suka memburukan orang di FB pada waktu lapang, ia bukannya hobi.

Apa sebenarnya hobi? Bagi saya ialah kegiatan yang berfaedah dibuat pada masa lapang kita. Ada juga hobi yang boleh menjana pendapatan sampingan. 

Mempunyai hobi adalah suatu perkara yang penting. Saya percaya hobi secara tidak langsung boleh memanjangkan hayat dan menjaga kesihatan kita...

Adakah main tik tok merupakan hobi? Haa...

Atau sesuatu yang datang dengan trend? datang dan pergi...

Hobby highlight: TikTok dances | The Bison

Kuasa tular dan kuasa polis: Kes Peniaga Burger membuka mata kita...

Apabila melihat sebuah filem Tamil (Theri) yang bertunjangkan isu rasuah, saya rasa sangat geram dan sedih. Rasa itu muncul kerana kita tentulah berasa seolah harapkan pegar, pegar makan padi. Kita rasa sistem perundangan dan kehakiman tidak berfungsi. Dan dunia tidak berpaksikan keadilan.


Review Movie Tamil : Theri ::: Bila Salah Guna Kuasa, Yang Berkuasa Tak Dapat Jalankan Tanggungjawab !


Pihak polis Malaysia menasihati orang awam supaya menyalurkan maklumat kepada mereka, dan bukannya menularkan di media massa. Ini mungkin untuk mengelakan berlakunya gangguan jika satu-satu kes tersebut tular. Contohnya timbul persepsi yang tidak betul. Atau penjenayah itu sendiri boleh cabut awal.


Namun jelas sekali dalam insiden yang berlaku, pelakunya seolah sudah `putus harap' dan merasakan dirinya bukan sahaja tidak dihargai malah tidak diadili. Inilah mulanya atau intipati isu. Maka beliau menularkannya. Di Youtube kita boleh melihat sekan sudah ada penanggunan lama yang maha hebat yang dia lalui. Dan kita percaya kes sebegini juga mungkin berlaku di tempat lain.


Sedia bantu abang Asri Janggut a.k.a abang Burger sekeluarga ...


Rasuah boleh berlaku di mana-mana, dalam pelbagaian bentuk dan melibatkan semua lapisan masyarakat. Ahli politik, pihak berkuasa seperti polis, pihak berkuasa tempatan, dalam bidang perguruan, agama dan lain lain. Malah guru dan ustaz juga boleh terlibat dengan rasuah. Oleh itu tidak hairanlah masyarakat Malaysia percaya berlaku kadar rasuah berlaku. 


Rasuah dikatakan berkadar terus dengan pembangunan setempat, di mana di kawasan bandar lebih banyak rasuah kerana pertumbuhan ekonomi dan persaingan hidup yang pesat. 


Insiden ini amat besar kesannya dan masyarakat `mengiakan' rasa hati mereka tersebut. Dalam hati, mereka menyokong dan dapat `melihat' akan kuasa tular tersebut.


Mungkin dalam kes-kes berskala kecil polis dilihat lebih berjaya berbanding apabila berhadapan dengan isu yang  besar dan kompleks, iaitu berhadapan dengan penjenayah moden yang bermuka-muka dan memakai banyak `topeng'...


Pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Daerah dan Majlis Pembandaran atau Dewan Bandaraya juga boleh dipersalahkan apabila tidak membuat pemantauan di permis kawsan mereka. Mereka sendiri juga mungkin terlibat dengan rasuah... Ia melibatkan pembelian lesen niaga, dan penempatan lokasi permis-permis yang terlibat. 


Semua pihak berkuasa kena bersatu untuk membentras jenayah, bukan bersatu untuk membuat plan pembahagian rasuah dari permis-permis, he he he.


Namun semoga isenden ini tidak mencalar imej kepolisan secara keseluruhan. Lagi pun pihak polis telah terbukti berkesan menjaga keselamatan secara keseluruhan. Cuba bayangkan jika tidak ada polis, tentu huru-hara setiap hari.


Polis berkuasa menahan dan menangkap penjenayah. Mereka tidak boleh `berbudi-bicara' dengan penjenayah. Makan rezeki halal dan dihormati dunia akhirat...


Semoga pihak berkuasa tempatan dan pihak polis di satu-satu kawasan bersatu hati dan mempunyai jaringan maklumat yang lebih lengkap, dan lebih berintergriti dalam menjalankan tugas.


Tuesday, August 11, 2020

Apabila perempuan berkahwin dengan lelaki...

"Hidup bersama dengan orang yang berlainan gander memanglah mencabar. Mencabar kerana pemikiran dan cara hidup adalah berbeza. Apabila kita mempunyai pasangan, kita akan lalui cabaran itu sehingga kita mati atau salah seorang dari kita mati". Luahan seorang kawan yang saya rasa memang datang jauh dari sudut hati dia. Saya kenal Haslina sudah masuk 14 tahun, daripada zaman dia anak dara hinggalah zaman dia kehilangan dara. Maksud saya sehingga dia bersuami.

"Sebab itulah saya tidak pernah cuma mahu mengubah pemikiran pasangan saya. Saya tunjuk sahaja apa yang perlu dia buat, dan tidak berharap sangat dia akan ikuti saya..." Katanya lagi saya apabila dia membicarakan soal suaminya yang suka lepek kain tuala merata. Kadang-kadang atas katil!

Namun tidak semua kawan saya bersikap begitu. Ada yang masih berusaha gigih mahu mengubah pasangan mereka. 

Dan pada suatu petang saya berjumpa dengan Anne Anabel (bukan nama sebenar, nama sebenar kampong jea). Dia memberitahu keluh kesah hatinya akan perangai suaminya yang masih lagi tidak berubah walaupun sudah berumahntangga selama tujuh tahun. Saya diam sahaja. Saya diam sahaja pada permulaannya. 


25 Fun Facts About What Makes Men and Women Different - Ask The ...
Add caption

"Awak berkawin dengan lelaki...seorang lelaki" Kata saya apabila lihat kerisauan kawan saya yang sudah mewakili tahap melampau. 

"Ya lah saya bukan kawin dengan perempuan..." Kata kawan saya sedikit pelik. 

Saya lihat mukanya sedikit kusut walaupun masih muda. Hendak sahaja saya usulkan guna Loreal Revitalit. Namun saya pendamkan sahaja. Buat apa  mencara hal muka bini orang? Bukannya kita yang nak tatap, nak peluk.

"Maksud saya, awak tahu tak lelaki dan perempuan berbeza dari segi psikologi, perangan, pemikiran dan keupayaan fizikal. Kadang-kadang kefaham terhadap sesuatu perkara juga berbeza" Saya memberikan jawapan skema.

"Awak akan laluinya sepanjang hidup, institusi perkahwinan bukan sesuatu instrument untuk merubah apa-apa..." Jawap saya lagi, ala jawapan orang yang ada PHD.

"Lelaki suka ambil mudah, perempuan pula cerewet. Lelaki tidak mengaku mereka ambil mudah, begitu juga dengan perempuan tidak mengaku dia cerewet. Lelaki suka simple tetapi perempuan sampai gelas pun dia nak corak bunga..." Kata saya.

Saya berharap dia akan berfikir. Namun selepas itu tidak beberapa lama saya `tarik' balik harap saya itu kerana perkahawinan juga tidak semestinya mengajar kita jadi lebih bijak. 

Terimalah seadanya sebab kadang kala tak banyak perubahan yang kita mampu buat...

Sektor pelancongan hilang RM45 billion akibat Covid -19

Kebiasaannya apabila kita sebut pergi melancong, kita akan rujuk kepada pembayaran hotel, pengangkutan, aktiviti beli-belah dan merujuk karenah anak-anak yang jakun tidak dengar kata. Atau kawan-kawan kita yang tidak `like' gambar-gambar kita di FB sepanjang pelancongan kita. Namun situasi sekarang berbeza, masyarakat khuatir untuk melancong akibat Covid 19. 

Saya jarang sangat melancong. Ia bukanlah upacara tahunan saya. Rasanya kalau ada duit lebih saya lebih rela beli pinggan mangkuk dan pasu. Rasanya tahun ini, sebelum Covid 19 saya hanya ke Cameron Highland. Dan semasa aktiviti melancong ini saya budget seminima mungkin. Saya tidak fikir melancong sebagai perkara keperluan.

Namun sebenarnya sektor perlancongan lebih dari itu. Aktiviti adalah aktiviti yang penting kerana di dalamnya sangat banyak dan pelbagai sumbangan. Dengan kata lain sektor perlancongan menyediakan banyak pekerjaan dan membentuk ekonomi setempat sekaligus ekonomi negara.


Coronavirus: Photos show Asia tourist hotspots left empty in ...

Sektor perlancongan bukan sahaja melibatkan penginapan, makan dan minum tetapi juga seni, hiburan dan rekriasi. Dan khabarnya sejak Convid 19 ini sektor perlancongan negara telah kehilangan RM46 billion pendapatan!

Pekerja gerai makanan di sekitar kawasan perlancongan dan di dalam kawasan perlancongan akan terjejas. Kampung yang berhampiran juga akan terjejas. Bukan sejuta dua juta yang hilang pekerjaan, lebih dari jumlah tersebut...

RM46 billion adalah jumlah yang banyak dan menggambarkan betapa banyak juga pekerja yang jadi penganggur. Dan selain dari inflasi, penggangguran adalah masalah makro negara, masalah utama. Maknanya pembangunan ekonomi akan perlahan dan mungkin menjadi negatif. Kesan akhirnya taraf hidup kita jadi rendah dan sempit, dan last sekali kadar jenayah dan kadar penceraian akan meningkat...

Melampaukah analisis saya? Tapi RM45 billion tu tentulah memberi kesan kepada Mak Cik Kiah...






Monday, August 10, 2020

Ada lipas dalam sambal nasi lemak, sambal lipas?

Sampai bila pilih premis makanan kotor? | Astro Awani
Gambar hanya hiasan



Kata kawan saya masakan di kedai makan berbeza dengan masakan yang dimasak di rumah. Katanya lagi masakan yang dimasak untuk jualan kebanyakannya tidak sedap dan tidak bersih. Ini kerana masakan itu dimasak untuk tujuan komersial. Ada logiknya juga kan, walaupun sebenarnya masakan itu sepatutnya sedap dan bersih untuk tujuan komersial.

Itulah pendapat kawan saya. Ramai juga kawan-kawan berpendapat begitu. 

Ramai kawan saya makan di kedai, atau buat balik lauk dari kedai. Saya pula selaku orang bujang (bukan tak laku), memang majoriti makan di kedai. Dan perasaan hati selalu juga diganggu riak kerungsingan. Saya khuatir adakah masakan itu bersih? 

Kalau kurang sedap tu saya makan juga...tapi kurang bersih saya tidak boleh berkompromi. Kalau pelayan tak lawa pun saya tak kisah. Tapi gigi mesti ada la.

Namun untuk mencari kedai makan yang bersih amat sukar. Macam mana kita nak tengok? Kita tidak melihat mereka memasak, alatan memasak mereka dan sebagainya. 

Kita hanya melihat tuan kedai sahaja...

Minggu lepas saya meninggalkan sebuah kedai apabila sahabat saya beritahu dia pernah melihat lipas dalam nasi lemak yang dibelinya, dan juga beberapa kejadian lain. Saya yang tengah makan terus terasa `kembang' leher nak telan. Rasa tak dapat nak teruskan pemakanan tersebut.

Saya terus berhenti makan dan bergegas ke kaunter beritahu kononnya boss saya wasap kena balik segera ke pejabat dan saya minta tolong bungkus air saya. (Sedangkan kemudiannya air pun saya tidak minum).

Sebenarnya saya sudah terasa ada sesuatu yang tidak `kena' dengan kedai itu... 

Saya percaya banyak kedai makan kotor dan `kotor'....




XXXXXXXX




27 kedai makan terlalu kotor

MyMetroMutakhir
Share
 
Tweet
Khairul Najib Asarulah Khan
am@hmetro.com.my


CUAI dalam mengendalikan makanan serta terlalu kotor menyebabkan 27 premis di Seremban diarahkan tutup serta-merta selama dua minggu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Dr Zainudin Mohd Ali berkata, arahan itu dikeluarkan selepas pihaknya menjalankan Operasi Bersepadu Makanan Bersih, Rabu lalu.

Beliau berkata, dalam operasi itu, sebanyak 59 premis makanan terutama yang beroperasi 24 jam diperiksa.

“Hasil pemeriksaan mendapati 27 premis berada pada tahap kotor dan diarahkan tutup serta-merta.

“Tindakan itu dijalankan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983. Selain itu, sebanyak 147 notis kompaun berjumlah RM32,400 dikeluarkan mengikut Seksyen 32B akta sama.

“Seramai 42 pegawai kesihatan daerah terbabit dalam operasi bermula 9 pagi sehingga 6 petang itu,” katanya dalam satu kenyataan di Seremban, hari ini.

Zainudin berkata, dari awal tahun sehingga September lalu, sebanyak 5,675 premis makanan diperiksa dan 125 daripadanya diarahkan tutup.

"Dalam tempoh itu, sebanyak 1,527 notis kompaun berjumlah RM299,640 mengikut Seksyen 32B akta sama, dikeluarkan kepada pemilik dan pengendali makanan atas pelbagai kesalahan yang melanggar Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

"Pada tahun lalu, sebanyak 6,358 premis makanan diperiksa dan 124 daripadanya diperintah tutup," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 November 2017 @ 2:28 PM

Tuesday, August 4, 2020

Face mask: Kita perlu ikut sahaja arahan...?

Foto hiasan


Kalau kita tidak memakai `face mask' dan muncul di tempat awan, ia merupakan satu kesalahan besar. Kenapa kesalahan besar?

Ia mendedahkan risiko diri dan orang ramai? Bagaimana?

Jawapannya tidak semua mempunyai otak untuk berfikir sedalam itu. Kadang-kadang saraf tidak bersambung, dan daya penakulan lemah. Maka ikutlah sahaja arahan pihak berkuasa.

Pada mulanya sukar namun lama-kelamaan kita akan terbiasa. Insyallah.

Dan ada juga orang yang memandang remeh akan virus ini...eemmm

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home