Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, June 25, 2020

Tembaga bekas bunga rampai dulu-dulu


Di antara koleksi barang tembaga saya, antara yang menarik perhatian saya ialah tempat letak bunga rampai.


Bunga rampai merupakan sejenis campuran daripada beberapa jenis bunga terpilih dan daun pandan yang di hiris halus serta digaul dengan minyak wangi. Bunga rampai digunakan dalam beberapa jenis maljlis dan adat istiadat di masyarakat Melayu seperti Majlis Perkahwinan, Majlis Pertunangan, Majlis Berkhatan, Majlis Potong Jambul, Majlis Akad Nikah, Majlis Meraikan Orang Ternama dan sebagainya. (Sumber: Wiki) 

Bau bunga rampai wangikan suasana.




Pada zaman dahulumana majlis perkhawinan menggunakan bekas tembaga sebagai tempat letak bunga rampai. Apabila zaman menjadi lebih modern. Bunga ramapi diletakan dalam bekas perhiasan bukan tembaga.

Bekas bunga rampai ini adalah hadiah dari Kak Chah. Saya akan simpan sehingga akhir hayat saya. Barang berbudaya ini semakin lama semakin pupus dan berharga. akhirnya menjadi perhiasan sahaja.

Walaupun diletakan dalam almari sahaja, jika kita benar-benar menelitinya, kita akan dapat gambarkan betapa hebatnya sosiobudaya pada zaman dahulu.

Utuh dan kukuh sungguh buatannya tidak sekukuh tempoh perkahwinan zaman sekarang...

Jangan marah, he he he.

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home