Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, July 21, 2020

Pakai mask elok-elok...

Image

Berpisah jua....aaaa aaaa aaaaaaaa....(ikut stail lagu Ziana Zain)

Saya pernah mencemburui akan pasangan ini. Daripada mata saya ia sempurna, ia bagai pinang di belah dua. bagai monotorium disambung lagi. 

Sama padan lelaki dan perempuannya. Bahagia di depan mata saya. Oleh kerana saya selalu melihatnya maka saya selalu terasa kurangnya hidup saya... Mengapa hidup saya berlainan?

Namun di satu situasi saya berpeluang bertanyakan mengapa tiba-tiba berpisah? Tentulah saya mahu tahu kerana mereka role model perkhawinan kepada saya.

Setelah mendapat jawapan, saya terkedu. Apa yang boleh saya katakan kita tidak tahu apa yang ada dalam sesebuah perkhawinan itu. Yang orang biasa buat ialah bertabah dan memperlihatkan kesohorannya. Keberuntungan dan kegembiraan...

Tidak semua penceraian negatif, namun saya tidak mahu bercerai...tapi saya tak berkahwin pun...


Marriage broken and cut up by divorce. Wedding and engagement ring being cut by scissors. A symbol of divorce and broken marriage stock photography

Kereta rosak di tepi jalan... Malang tak berbau...

Seawalnya saya dapat rasai, ini mungkin kerosakan yang paling teruk yang saya alami kerana ia melibatkan injin. Injin tidak boleh dihidupkan. Sepanjang memiliki Sisijay, ini kali kedua dia mati tanpa boleh dihidupkan semula. 

Balik kampung adalah episod yang mengembirakan. Sudah dua minggu barang-barang yang mahu dibawa balik terkumpul di tepi pintu besar rumah. Segala barang untuk dibawa pulang disusun elok. Dan kali ini lebih istimewa kerana ada set tupperware untuk emak. Tupperware itu sebenarnya untuk kegunaan hari raya puasa tetapi lewat sampai (guna pos), jadi elok diguna untuk raya puasa. Biar berbekas kelainan aidil adha kami.

Juga ada 6 kampit beras, Milo, susu Everyday, susu Omega, dan air kotak. Semuanya untuk diagihkan kepada yang memerlukan. Kali ini saya hanya menolong kawan-kawan yang buat projek amal. Di kepala sudah tersemat siapa penerimanya yang saya fikir layak. 

Bertenaga dan rasa memberi, itulah antara sebab suka melibatkan diri dalam projek amal. Sejak di bangku sekolah, saya sudah agihkan unifom saya kepada kawan-kawan yang memerlukan. Kalaulah saya punya banyak masa dan banyak wang. `Kalaulah..' itulah yang saya fikir setiapkali menyampaikan...

Saya bermalam di rumah kakak. Memang sudah rancang paginya akan terus bertolak dari rumah kakak. Saya kerap juga ke rumah kakak. Mungkin saya sudah tua... mahu berada dengan orang yang kita kenali. 

Car Breakdown - 1
Gambar hanya hiasan, saya tua, gemok dan berkereta kecil

Tidak berapa lama bertolak meninggalkan perumahan kakak, saya tertanya-tanya samada saya sudah bawa beg duit atau tidak. Saya memberhentikan kereta untuk memeriksa beg besar saya. Saya kerap terlupa. Mungkin sudah tua, tetapi yang nyata cuai. Adakah kecuaian akan meningkat seiring dengan usia? saya rasa `ya'.

Semasa hendak hidupkan kembali kereta tersebut, ia tidak dapat dihidupkan. Saya cuba beberapa kali sebelum saya menalipon abang ipar saya. Setelah abang ipar saya datang, dia menalipon kawannya,, seorang makenik. Dan sementara menunggu mekanik tiba saya kembali ke rumah kakak. Menunggu di sana.

Kemudiannya barulah saya ke sana semua dengan abang ipar untuk bertemu mekanik tersebut dan menceritakan sedikit sebanyak apa yang terjadi. Dan mekanik terus memeriksanya, dan saya kembali menunggu di rumah.  

Akhirnya kereta tersebut tidak juga dapat dihidupkan. mekanik tersebut memberitahu harus ke bengkel. Saya guna khidmat towing untuk ke produa servis.

Tidak tahu lagi bila boleh diambil...

Saya tidor di rumah kakak dan kemudiannya kakak hantar ke muadzam...

Saya rasa tentu tiada masalah, saya tumpang kawan-kawan ke tempat kerja...

Saya tenang sahaja pada hari kejadian. saya tidak sangka saya akan setenang itu. mujur kereta itu rosak sebelum saya masuk ke LPT2. Saya mula percaya tuhan lindungi saya. saya benar-benar mahu percaya.



Perbelanjaan isirumah, kawalan harga dan corak pembelian makanan


Contoh perbelanjaan isirumah

1. Secara ringkas, perbelanjaan isirumah adalah jumlah semua perbelanjaan yang dibuat oleh sesuatu isirumah. Contoh di atas menunjukan pembahagian perbelanjaan isirumah yang dibuat pada tahun 2016.

2. Perbelanjaan ini merangkumi keperluan seharian, contohnya makanan, pakaian, perkhidmatan perumahan (sewa), bil elektrik, pengangkutan, perbelanjaan kesihatan, hobi dan sebagainya. 

3. Pembelian dari luar negara juga dikira sebagai pembelian isirumah. Apa yang kita beli dari lazada tersebut (dari negara luar), harus dimasukan dalam pembelian isirumah.

4. Perbelanjaan isirumah berbeza di antara satu sama lain mengikut jenis isirumah. Secara umumnya apabila bilangan di dalam sesebuah isirumah meningkat, maka perbelanjaan isirumah meningkat. Begitu juga isirumah yang besar umumnya mempunyai/membuat perbelanjaan yang besar, begitulah sebaliknya. Ianya mudah difahami.

5. Pembelian yang dilakukan oleh sebuah rumah juga berbeza dari segi bilangan dan mutu pembelian. Dan banyak lagi faktor lain yang mempengaruhi perbelanjaan isirumah.

6. Kalau kita catit semua perbelanjaan kita, kita akan dapat buat banyak kesimpulan dan mungkin dari kesimpulan tersebut kita boleh membaiki `kesihatan' kewangan isirumah kita. Contohnya perbelanjaan ke atas hobi bukanlah satu keperluan tapi orang gila betul bila berhobi..

7. Kita juga boleh bahagikan perbelanjaan isirumah itu kepada dua bahagian yang besar iaiatu perbelanjaan ke atas makanan dan bukan makanan.

8. Kalau kita membuat perbandingan perbelanjaan isirumah pula, kita tentu boleh lihat beza corak perbelanjaan antara jenis isirumah. Contohnya beza corak pembelian isirumah berpendapatan tinggi dan isirumah berpendapatan rendah. 

9. Bagi isirumah yang berpendapatan rendah, apabila harga makanan meningkat mereka akan sangat terkesan. Tentulah terkesan kerana perbelanjaan makanan merupakan peratusan yang besar dari pendapatan.

10. Oleh itu kawalan harga ke atas makanan perlu dilakukan oleh kerajaan dan diperkasakan dari segi pemantauan.  


Menurut laporan Bank Dunia, 20 peratus isi rumah rakyat Malaysia, berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan, memperuntukkan hampir 40 peratus daripada bajet mereka untuk makanan dan minuman bukan alkohol.
BERNAMA, Khamis, 4 Oktober 2018 | 7:57pm



Wednesday, July 15, 2020

Kelebihan bau Rose Forest (AIR FRESHENER DEXANDRA )


Terima hari ini, terima kasih Ina...


1. Semalam saya beli 2 penyegar udara bauan Rose Forest dari sahabat saya. Satu daripadanya saya mahu letak di opis saya...

2. Ada banyak lagi bau yang saya pernah cium tetapi tidak menarik hidung bagi saya, malah ada yang bau pelik, bau `dapur'.

3. Pun begitu saya tidaklah menghina bau dan pembeli terlibat kerana pastilah setiap orang ada citarasanya sendiri. Ada keunikannya sendiri.

4. Macam mana saya mahu menggambarkan sedapnya bau Rose Forest ini tanpa memperlekehkan bau-bau lain? Saya cuba...

5. Pertama ia bau bunga. Dan bunga tersebut adalah bunga rose. Bagi saya ia bukan saja bau wangi, ia juga rasa segar dan nyaman. Baunya lembut sahaja, tidak menyakitkan deria hidung. Bau semulajadi...

6. Bau yang menyenangkan membuatkan saya rasa tenang. Bila saya tenang hilang stress kerja.

7. Apabila saya google cari maklumat, memanglah tepat sekali pilihan citarasa saya Rose Forest! 



air-freshener-dexandra-kepala-batas
Saya pilih Rose Forest




air-freshener-dexandra-kepala-batas
Google

8. Jom mewangikan ruang...harganya hanya RM10 sebotol!




Pengelasan baru isirumah 2020: Penekanan kepada kefahaman B40



1. Dengan kata mudah, pengkelasan isirumah melalui kaedah `B, M dan T' ini digunapakai dalam ekonomi untuk membantu pembangunan ekonomi isirumah (dan juga pembangunan negara sekaligus).

2. Dengan adanya pengkelasan sebegini, bantuan dan dasar yang dibuat kerajaan boleh disasarkan terus untuk kelompok yang memerlukannya (kelompok fokus).

3. Pengkelasan sebegini juga banyak memberikan maklumat-maklumat lain kepada kerajaan untuk merancang dasar, dan menjalankannya. Contohnya dari segi geografi golongan B40 ini ramai di lokasi mana?

4. Oleh kerana unjuran pendapatan garis kemiskinan telah meningkat kepada RM2,208 (garis kemiskinan baru), maka pengelasan isirumah baru telah dilakukan semula. Oleh itu setiap orang WAJIB tahu isirumah mereka tergolong dalam pengkelasan yang mana.

5. Golongan yang tergolong dalam B40 harus tahu mereka tergolong dalam isirumah yang mana pula dari segi pengkelasan pendapatan yang lebih terperinci. (Sila rujuk makna isirumah pada posting `kisah-isirumah-yang-tidak-kawin-kawin' .)

Bagi katogeri B40 terbahagi kepada B40-B1, B40-B2, B40-B3 dan B40-B4 (rujuk jadual di atas). Ini penting untuk mengetahui kenapa kadang-kadang bukan semua B40 akan mendapat bantuan. Terdapat bantuan tertentu lebih diutamakan kepada B40-B1 yang terdiri daripada golongan miskin dan golongan miskin tegar. Perlu difahami bukan semua B40 adalah golongan miskin.

6. Begitu juga kepada mereka yang tergolong pada golongan `upper class' (T20) dalam masyarakat, mereka dikira majikan kepada B40 dan M40. Merekalah yang banyak membuat pembelian dengan jumlah yang besar, juga membayar cukai yang tinggi. Contoh membayar untuk cuci kereta, bayar orang lap tingkap, upah orang bawa kucing pergi jumpa doktor,  dan potong rumput di mana terdiri dari B40 dan M40.

7.T20 ini sebenarnya mendapat kemakmuran apabila pembangunan negara secara keseluruhan meningkat. Terutama dari segi `life style' dan `saving' mereka. Maklumlah golongan atasan, 4 kali setahun melancong ke Eroupe.

8. Saya ada kawan T20-T2 yang duduk kat eropah terus...he he he.


How to fit in with upper class people - Quora
Upper class people


Sekian


Tuesday, July 14, 2020

Kisah isirumah yang tidak kawin-kawin...


"Dalam rumah kamu ada berapa orang?" Tiba-tiba sahaja saya terus bertanya apabila berada di hadapan kelas. Saya masuk tanpa memberi salam dan sebagainya. Saya terus menyoal pelajar paling hadapan.

Pelajar yang sedang bercakap dengan kawannya tadi kelihatan tersipu-sipu malu...tapi menjawab " 7".

"Bilangan orang yang berada dalam rumah kita itulah sebenarnya jumlah isirumah kita" Balas saya sambil heret kerusi dan duduk. Saya letak kedatangan dan letak pen di meja. alamak tertinggal `marker pen'.

"Namun istilah isirumah tidaklah sinonim kepada keluarga. Mengapa saya kata begitu?  Saya menyoal.

Beberapa orang pelajar tunduk. Takut kena soal. 30 tahun dulu saya juga selalu tunduk bila soalan dilontarkan dalam kelas. Biasanya pelajar yang tidak tundukan kepala, terpaksa jadi mangsa untuk memberikan jawapan. He he he.

Family Cartoon Images, Stock Photos & Vectors | Shutterstock

"Sebabnya mungkin adik ayah kita (pak saudara kita), atau emak ayah kita (opah) juga tinggal bersama-sama kita..." Akhirnya saya juga yang kena jawab.

Kadang-kadang begitulah. Kita tanya, kita yang kena jawab balik. Macam pelawak sekaranglah, bila buat lawak kena ketawakan lawak sendiri...he he he. Saya selalu juga dengar dalam radio dan lihat di TV, mereka buat lawak, mereka ketawakan lawak mereka.

Saya akan cuba menerangkan istilah `isirumah' dengan sebaik mungkin, melalui pemahaman saya. Dan kemudiannya berharap pelajar akan perkukuhkannya dengan bacaan-bacaan lain nanti.Jika masih tidak faham, barulah mereka akan tanya saya lagi.

Household definition and examples
Perihal jenis isirumah


Adalah penting untuk menperjelaskan apa itu `isirumah' pada awal-awal kelas agar pelajar memahaminya dengan betul supaya nanti mereka faham apa yang terjadi dalam isirumah tersebut dan kaitannya dengan ekonomi negara (dasar ekonomi negara).

"Jadi orang bujang isirumahnya 1 jealah" Tiba-tiba seorang pelajar bertanya.

Single-person households see growing buying power
Solo....


"Ya, satu." Sepatah saya jawab.

Kemudian, saya berdiri sambil pegang pen, saya gunakan pen tersebut untuk membaiki manja rambut saya, dan kemudian tujukan pen pada pelajar lelaki yang nampak monyok.

"Katalah kalau tak ada orang nak ke awak. Jadi awak akan tinggal seorang dalam rumah yang awak beli. Awak ada pendapatan, dan ada buat perbelanjaan. Awak juga adalah dikira sebagai unit ekonomi yang mewakili 1 untuk isirumah, awak juga menyumbang kepada ekonomi negara".

Saya lihat pelajar lelaki itu nampak `segar semula", dia panjangkan lehernya dan kerutkan muka. mungkin dia kata `Mengapa aku pulak?"

"Kalau kita tak kawin, atau tak kawin-kawin tapi ambil anak angkat. Anak angkat tersebut juga merupakan bilangan dalam unit isirumah kita. Tak kiralah ambil secara sah (undang-undang bertulis) atau tidak anak angkat tu."

"Wahima orang yang tidak kena-mengena dengan kita (unrelated person) juga merupakan bilangan isirumah tu bila mereka duduk serumah dengan kita" Tambah saya panjang lebar kali ini.

"Sebab itu kalau awak baca selalu ditulis "A household is composed of one or more people who occupy a housing unit...' tak ada yang kata mesti kena mengena dan mesti ada pertalian darah, mesti suami isteri..."

"Kalau pendapatan isirumah pula maknanya pendapatan yang terkumpul dalam isirumah tersebut. Contohnya pendapatan suami dan isteri, dan dicampur juga pendapatan anaknya yang mungkin baru berkerja jika anak itu masih menetap di situ..." Kata saya.

"Tapi kalau anaknya tidak beri duit pada emak dan ayahnya? Kena campur juga ke?" Tiba-tiba ada soalan dari pelajar.

"Ya, kena campur juga. Sepatutnya kenalah beri ke emak sikit, tolong emak dan ayah...Apa salahnya. Kita rasa patut bangga sebab dapat menolong, mungkin boleh tolong bayar bil air atau apa-apa..." Jawap saya sambil menyuntik nilai moral dan adat buadaya timur. Saya tak naklah pelajar saya jadi lembu.

"Dalam pengkajian ekonomi isirumah adalah unit ekonomi yang kecil tetapi sama pentingnya sahaja dengan konsep pentingnya ekonomi negara.

"Ok buka buka latihan perbincangan, 8, saya nak tengok" saya mengarah, saya mula berjalan keliling kelas...

"Bila aku nak kawin yea?..." Berligar sekejap di kepala otak. He he he.

Monday, July 13, 2020

Apa Itu B40 M40 Dan T20: kita termasuk dalam katogeri B40? (terkini 2019)

Maksud B40 M40 Dan T20 Takrif Isi Rumah Mengikut Pendapatan




Dalam belanjawan negara dan juga dalam cakap-cakap ekonomi di sekeliling kita, kerap terungkap perkataan kumpulan B40, selain M40 dan T20.

Kumpulan B40 adalah istimewa kerana diutamakan oleh kerajaan dalam menyalurkan pelbagai bantuan. Siapakah golongan ini? Adakah kita termasuk dalam golongan yang diutamakan oleh kerajaan?
Peka B40
Antara keistimewaan B40

Bantuan Prihatin Nasional - Cara permohonan dan cara bayaran bagi ...
Kalau pendapatan isirumah kita adalah RM4,849 dan ke bawah, kita termasuk dalam golongan ini. Pendapatan isirumah itu pula bermaksud termasuk pendapatan pasangan kita atau sesiapa yang berpendapatan di rumah tersebut.

Maksud B40 M40 T20 golongan isi rumah mengIkut kumpulan pendapatan

Dan perlu diingat juga, adalah salah merujuk B40 sebagai golongan miskin. Golongan miskin memang ada di dalam kategori B40, tetapi seseorang berada dalam katogeri B40 belum tentu golongan miskin... (Rujuk pada pendapatan RM4,849).

Berapa pula pendapatan garis kemiskinan kita yang terbaru?




Friday, July 10, 2020

Sharifah Aini - Pasir Roboh (dari album lela manja) 1979






Pasir putih di pinggir kali
Pasir roboh
Pasir putih di pinggir kali
Pekan menyabung ayam berlaga tuan
Pasir roboh
Pekan menyabung ayam berlaga puan

Kasih tak boleh dijual beli
Pasir roboh
Kasih tak boleh tuan dijual beli
Bukanlah benda
Bukan benda buat berniaga sayang
Pasir roboh
Bukan benda buat berniaga tuan

Kasih tak boleh tuan dijual beli
Pasir roboh
Kasih tak boleh dijual beli
Hai bukanlah benda
Bukan benda buat berniaga sayang
Aaahahai … pasir roboh



Hari ni dah 8 kali dengar lagu ni...



Sharifah AiniHamzah Dolmat ‎– Lela Manja

Label:
EMI ‎– EMGS 5533
Format:
Vinyl, LP, Album, Stereo
Country:
Released:
Genre:
Style:


TracklistHide Credits

A1Lela Manja4:31
A2Ratapan Kamarulzaman
Lyrics By – Hamzah Dolmat
6:07
A3Serampang Laut
Lyrics By – Hamzah Dolmat
2:56
A4Pasir Roboh
Lyrics By – A. Rahman
3:55
A5Sri Tambak
Lyrics By – Hamzah Dolmat
3:55
B1Sri Sarawak
Lyrics By – Hamzah Dolmat
3:58
B2Dodoi Si Dodoi3:00
B3Mega Mendung
Lyrics By – Hamzah Dolmat
3:47
B4Bentan Telani
Lyrics By – Hamzah Dolmat
3:51
B5Gambus Palembang
Lyrics By – Hamzah Dolmat
3:09
B6Damak Ku Sayang
Lyrics By – Hamzah Dolmat
3:45

Companies, etc.

Credits



Saya tidak curang...

Saya perlukan teman baru yang lebih muda, lebih bertenaga dan menyenangkan saya...

Saya ada memikirkan dengan serius mahu membeli kereta Honda. Dan sejak itu Sisijay meragam macam macam.

Saya tidak percaya perkaitannya tetapi sejak itu ada sahaja sisijay rosak, minggu sebelumnya RM750, selepas itu RM320, dan khabarnya terbaru hampir RM4k...

Saya bukan curang tetapi saya perlukan teman baru yang lebih muda, lebih bertenaga dan menyenangkan saya...

Saya tiada `kaki', dia pasti merindui saya

Sudah seminggu kereta saya berada di Produa servis. Seminggu saya berpisah dengan Sisijay. Saya menumpang kawan ke tempat kerja dan balik kerja, setiap hari.

Orang kata tiada kereta seolah tiada kaki...

Saya merindui kereta saya, pasti dia rasa terasing bila berada di sana...dia pasti merindui saya...

Wednesday, July 8, 2020

Kisah durian: Saranan untuk kerajaan tetap harga siling durian adalah sesuatu yang melucukan

ISI durian paduka yang pernah dinobatkan durian terbaik di Perak. FOTO Ihsan IGROW.

Kepada saya, saranan kepada kerajaan untuk tetapkan harga siling buah durian adalah sesuatu yang melucukan.

Harga siling memang berguna dan bertujuan untuk menjaga kebajikan masyarakat. Namun peranan pasaran bebas untuk menetapkan harga barangan juga mempunyai fungsi kebajikannya tersendiri. Termasuk juga menjaga kebajikan penjual/peniaga.

Presiden Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) memberitahu sudah tiba masanya kerajaan campur tangan memperkenalkan harga siling buah durian klon, mengikut gred. Saya ada dengar dari berita di radio dan juga membaca di internate mengenainya.

Secara peribadi, saya tidak rela mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk makan durian. Kalau saya ada duit yang lebih barulah saya beli buah durian yang mahal. Biasanya saya membeli durian yang murah sahaja. Kira ukur baju di badan sendiri.

Jika harga durian klon meningkat sehingga RM100 sekilo pun, ia menunjukan adanya permintaan dan kesanggupan dan keupayaan pembeli untuk membeli pada harga tersebut. Ia adalah teori ekonomi yang mudah.

Tidaklah boleh kita merungut kereta Mercedis mahal, dan kesianlah kepada orang lain, mereka hendak juga merasa pakai Mercedis. Sedangkan kita ada model kereta yang bersesuaian dengan setiap golongan. Maksud saya golongan yang mampu (mampu membuat permintaan di pasaran).

Dalam ekonomi permintaan bermaksud keupayaan untuk membeli (ada duit), jika cakap sahaja tapi tak ada duit kita panggil `cakap besar', he he he.

Untuk mengusahakan sebuah kebun/ladang durian memerlukan kos yang besar, masa menuai hasil yang panjang dan risiko-risiko perniagaannya juga besar. Sahabat saya ada maklumkan kos keseluruhan untuk mulakan kebunnya yang seluas 2 ekar sahaja sudah mencecah RM15K!.

Sodok tanah, pagar (elak babi), gali lubang, beli anak pokok elok, beli baja, buat jalan, sistem pengairan. Seekar tanah cuma sekitar 20 hingga 30 pokok. Dan pokok-pokor tersebut kena `sulap' jika mati. Dan kematian tidak mengenal tua muda...

Itu semua tidak termasuk kos beli tanah lagi. Dalam ekonomi semua hendaklah dikira termasuk gaji kita (yang pergi jengok sekali sekala), bukan upah/gaji pekerja-pekerja yang jaga kebun itu sahaja.

Lagipun mengenakan harga siling untuk barang bukan keperluan mungkin juga merumitkan pihak peniaga  kerana permintaan terhadapnya bukannya dari jenis permintaan yang tetap. Pendapatan dari jualan durian juga tidak pada setiap bulan. Dan adakalanya musim durian tidak `menjadi'.

Ini tidak lagi mengira faktor pemasaran dan faktor `orang tengah'.

Ungkapan peniaga `ambil kesempatan' tidak boleh digunakan kerana harga terhasil dari permintaan dan penawaran barang yang sedia ada di pasaran, tiada paksaan. Pengguna juga ambil kesempatan apabila harga murah.

Maka kita makanlah buah durian mengikut gred yang kita mampu. Ada juga durian kampong yang murah. Tuhan maha adil. 

Atau kalau ada tanah sekangkang kera, tanamlah sepohon. Dan jika tidak ada tanah dan tidak mampu, kira menabunglah untuk membeli. Biasalah kita buat begitu apabila kita tidak mampu tapi tetap mahukan sesuatu. Saya selalu juga buat, tabung duit beli perfume.

Adalah lebih elok kita sarankan kerajaan untuk tetapkan harga siling bagi baju, seluar dan kasut sekolah...

Dok gitu?

Kisah OPR turun: Keperluan untuk belajar ekonomi, keperluan untuk berbelanja dan bukannya menabung...

1. Bidang ekonomi bukanlah satu disiplin sains. Oleh itu tidak ada hukum (aturan) yang betul-betul harus diikuti oleh semua orang atau semua negara.

2. Tiada hukum (aturan atau formula) yang betul-betul membuahkan hasil yang sebijik sama. 

3. Dalam bidang sains, H20 (air) akan tetap H20 (air) walau berada di mana-mana, di gurun Sahara atau di khutub Utara, di bawah katil, hatta di atas meja rumah kita. tetapi ekonomi tidak, ia berubah mengikut keadaan kerana dipengaruhi oleh banyak faktor.

4. Dalam bidang ekonomi suatu kaedah/cara/formula/teori untuk menaikan/membaiki kadar pertumbuhan negara (GDP) tidak akan sama hasil kejayaannya. Maksudnya ada negara berjaya guna kaedah tersebut, dan ada negara yang gagal.

5. Ia memberi hasil yang berlainan pada sesebuah negara yang berlainan bergantung kepada situasi ekonomi yang sedia ada (asas keadaan ekonomi negara). Contohnya bukan semua negara boleh mencetak wang untuk meningkatkan ekonomi, negara yang ekonominya sediakala tidak sihat (dengan kadar pengeluaran barang dan perkhidmatan yang lemah dengan mencetak wang akan menyebabkan inflasi yang tinggi).

6. Sedikit penerangan di atas adalah untuk menerangkan ekonomi bukanlah satu bidang sains. Janganlah kita sesuka hati membandingkan negara kita dengan negara lain tanpa usul periksa.


TENGKU DATUK SERI ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
Langkah rangsang dan pulihkan ekonomi



7. Sekarang kita menghadapi kemelesetan ekonomi (tetapi terkawal), apabila berlaku penurunan OPR sebanyak sudah 4 kali, sebenarnya itu sudah cukup bermakna ia menandakan sesuatu telah terjadi.

8. Saya fikir pengetahuan asas ekonomi perlu ada, tidak boleh kita beralasan tidak pernah belajar. Sebabnya kita boleh belajar perlahan-lahan di internate. Sampai bila kita nak belajar dari drama-drama lewat petang sahaja?

9. Ekonomi penting, sebab itulah asas ekonomi sudah boleh dipelajari pada peringkat SPM. Walaupun ia subjek tidak diwajibkan (atau kena wajibkan dah?), ia adalah subjek yang berguna pada kemudian hari.

10. Subjek ekonomi mengajar kita bagaimana kehidupan seharusnya dilalui, keputusan seharusnya dibuat. Pendek kata ekonomi mengajar bagaimana dunia menjalani kehidupannya.

11. Apa itu OPR? dan kesannya? Jawapannya boleh dicari dalam internate, berlambak ilmunya. Jika kita memahami OPR, kita akan memahami mengapa sekarang duit tunai di tangan isirumah harus dtambah?. Apa itu monotorium? Apa bezanya dengan akuarium? Kenapa kerajaan buat monotorium? (sekadar beberapa pertanyaan)

12. Jika kita sama-sama memahami ekonomi, mudah bagi kita sama-sama memberi respon terhadap dasar-dasar ekonomi baru yang kerajaan jalankan. Insyallah kalau kita peka dengan isu ekonomi di sekeliling, secara tak langsung kita belajar. Tidak perlu ada diploma atau izajah untuk memahaminya.

13. Ada masa kita perlu menabung untuk selamatkan ekonomi, dan ada masanya kita perlu berbelanja untuk menyelamatkan ekonomi.

14. Tiada masa untuk aku berhenti mencintaimu...




Thursday, July 2, 2020

Ukur baju badan sendiri, pinjaman kereta dan Supardi

12 Julai 2015





Apabila membeli baju. Kita pilih baju yang cantik kerana kita anggap kecantikan baju tersebut akan singgah di badan kita dan kita kelihatan cantik. Kita tidak memilih baju yang dipakai oleh patung yang memperagakannya. Kita pilih saiz baju yang sesuai dengan kita. Sebenarnya kita harus bayangkan cantikkah baju itu jika kita memakainya berpadanan dengan bentuk badan dan warna kulit kita. Jika tidak baju yang cantik tadi tidak berjaya membuatkan kita kelihatan cantik. He he he

  
“Ukurlah baju di badan sendiri”
Orang tua-tua dahulu memang bijak. Mereka tidak perlu masuk universiti, ambil degree, buat master dan PHD, dan jadi professor untuk meninggalkan hasil kajian. Pemerhatian, dan pengamatan yang tepat yang dihasilkan boleh digunapakai sehingga akhir zaman. 
Tanpa menjalankan kajian saintifik dan hanya punyai sumber yang terhad mereka berjaya hasilkan kesimpulan yang pendek tetapi sangat tepat. Hasil kajian mereka tidak boleh disanggah (tidak seperti hasil kajian yang dijalankan oleh seorang professor yang akan sentiasa ada keraguan dan kekecualian) begitulah pepatahnya... Bukan menidakkan keperluan professor, saya kagum dengan mereka, tetapi juga kagum dengan `orang tua-tua' atau `orang dulu-dulu'. Worldviewnya menarik sekali.


Hari ini saya ada membaca satu artikel lama yang menceritakan situasi muflis bagi rakyat Malasyia. Sebenarnya saya terjumpa artikel tersebut secara tidak sengaja semasa saya mencari buku simpanan Bank Rakyat. Biasalah bila mahu cari barang lain, barang lain yang akan kita jumpa. Pelik kan?. Dan kenapa saya tiba-tiba mencari buku Bank Rakyat tersebut, biarlah rahsia. He he he.
Daripada artikel tersebut, dinyatakan negara kita mempunyai sejumlah rakyat yang muflis. Mereka muflis akibat dari dua punca utama iaitu membuat pinjaman peribadi dan pinjaman sewa beli kereta.
Yalah  kan, kita memang terlibat dengan pinjaman peribadi. Pernah di satu seminar yang saya hadiri, penyeminar tiba-tiba bertanya siapa yang tidak ada membuat pinjaman peribadi sila angkat tangan. Saya dapati hanya 3 orang sahaja yang angkat tangan dari seluas-luas dewan tersebut. Pada masa itu saya hadiri seminar kewangan.
Saya sering hadir apabila ada seminar kewangan dan bank. Mungkin sebab saya selalu tak cukup wang kot? He he he.
Selain pinjaman peribadi, kita juga meminjam untuk miliki kereta. Kereta biasanya `memakan' sebahagian besar dari pendapatan rakyat Malaysia. 
Ayah saya ada berpesan supaya membuat `bayar muka' yang tinggi supaya bayaran bulanan menjadi. Ini pesanan yang saya sepatutnya ikuti. Ini penting kerana pada setiap bulan ada bahagian-bahagian lain yang perlu kita bayar selain membayar kereta. 


Zaman sekarang isirumah semakin bertabiat membeli kelpelbagaian barangan di pasaran. Banyak barangan baru muncul di pasaran.  Keperluan untuk membeli barang yang tidak terduga juga semakin kerap kita lakukan. Begitu juga wang yang kita mesti ada untuk tujuan awasan, iaitu tujuan jika ada apa-apa keperluan terdesak (keperluan...bukan kehendak, kena faham tu, he he he). Begitulah perbelanjaan kita.
Apa yang berlaku di pasaran? Pasaran mencipta barang yang kita perlukan. Penjual sentiasa ada `something', dan ada strategi untuk mengorek keluar duit kita dari dompek. Kadang-kadang tawaran sewa beli kereta sangat menarik. Contohnya tawaran pembelian kereta tanpa deposit untuk penjawat awam. Tawaran ini tidak salah, yang salahnya kita tidak mengukur baju di badan sendiri. Tidak membayar deposit makan bayaran bulanan akan menjadi lebih tinggi. Mampukah kita?
Keghairahan untuk memiliki kereta akan menyebabkan kita lupa akan kesannya. Terutama kepada belia lepasan pengajian yang baru mula berkerja. Mereka terdorong dan bercitarasa untuk miliki kereta bergaya. Saya pernah menanyakan pelajar saya di dewan kuliah. 
"Siapa mahu pakai kereta tempatan biasa apabila berkerja nanti?"
Hanya beberapa pelajar sahaja mengangkat tangan menyatakan mereka mahu membeli kereta buatan Malaysia. Dari seluas dewan kuliah itu hanya beberapa orang menjawab sebegitu. Pun begitu tidaklah pula saya boleh buat rumusan kerana pembelian tersebut mungkin dipengaruhi oleh latarbelakang keluarga. Mereka mungkin majoriti dari keluarga berada dan dapat bantuan untuk membeli kereta.


Mengikut artikal yang saya baca ramai penjawat awam yang diistiharkan muflis adalah dari katogeri akibat gagal membayar balik pinjaman kereta. Agak anih juga kerana mereka telah layak membuat pinjaman namun kenapa pula gagal membayar setiap bulan? Adakah kerana tidak berdisiplin atau memang pada mulanya sudah tidak mampu. SebenarnyagGaji bersih di slip gaji tersebut adakah benar-benar`bersih'? Atau masih lagi tidak `bersih' ataupun walaupun mereka tidak ada banyak komitmen pinjaman lain tapi mengamalkan gaya hidup mewah. Haaa...


Saya teringat akan seorang kawan sekampung saya yang beritahu bahawa dia hanya bayar RM350 sahaja sebulan untuk kereta Myvi dia yang design jenisnya sama dengan saya. Terus saya teringat saya pula bayar RM525 sebulan. Saya bayar lebih mahal untuk model kereta yang sama.
Katanya dia bayar deposit yang besar.
“Kalau bayar deposit yang besar tentu bulanannya akan rendah” Kata kawan saya yang tidak lulus SPM tersebut tetapi giat mengusahakan kolam ikan. Dua kali ambil SPM tetapi tetap gagal dengan cemerlang.
“Oooo begitu” Kata saya seolah saya bertemu dengan satu ilmu baharu, padahal saya sendiri adalah pensyarah dalam bidang ekonomi. Mungkin sebab pasal kereta, maka saya tidak peka. 
Namun adalah lebih manis kita jadi pendengar yang baik apabila ada orang mahu bercerita. Janganlah segala-galanya kita yang hendak bercerita dan hendak menang. Segala-galanya kita mahu bercerita. Dan dalam cerita-cerita yang kita cerita tu, kitalah yang hebat. Saya tidak mahu saya jadi begini sebab saya sudah ada kawan yang sebegitu. He he he. 
Kawan saya yang berbau ikan tersebut (sebab selalu duduk di kolam ikan kot) terus menceritakan kenapa dia bayar banyak deposit. Dia bimbang jika perniagaan dia tidak berapa maju, maka dengan membuat pembayaran bulanan yang rendah akan membuatkan tetap mampu bayar kereta tersebut.
“Tapi saya tengok perniagaan awak maju.” Saya memuji dengan ikhlas dan berdata.
“Ya lah, macam saya cakap tadi. Takut-takut esok lusa kita tidak tahu. Ni dunia perniagaan.” Katanya kepada saya, seolah dia pula pensyarah manakala saya pelajar. He he he.
Namun saya tabik dengan pegangan hidupnya. Dia pandai merancang dan ukur baju di badan sendiri. 
"Tidak mahulah bila berniaga untung sedikit terus pakai kereta besar. Kalau tidak setiap bulan hasil perniagaan digunakan untuk bayar kereta peribadinya sahaja. Haa. Tentulah ini suatu kesilapan dalam percaturan hidup." Katanya panjang lebar...    
Saya bertambah kagum dengan kawan saya ini. Namanya Supardi .(bukan  nama sebenar sebab di sekolah dulu dia suka bertumbuk. Hampir setiap hari dia bertumbuk. Kalau tidak dengan kawan sekelas sendiri, dia akan  bertumbuk dengan kelas sebelah. Jadi tidak hairanlah bila tengah belajar dalam kelas tiba-tiba melayang buku-buku dari meja dia. Saya duga dia akan membesar jadi ahli gusti, atau penarik kereta rupanya seorang usahawan kolam yang berjaya)


Kembali ke tajuk cerita. Begitu juga dengan penjawat awam tadi. Kongeres Pekerja-pekerja Penjawat awam (CUEPACS) menyatakan hampir 50% penjawat awam yang muflis adalah terdiri daripada mereka yang meminjam untuk membeli kereta.
Saya berpendapat mungkin salah satu punca adalah memilih kereta yang tidak bersesuaian dengan pendapatan kita. Jika isirumah kita besar tentulah tanggunggannya lebih besar. Maka peruntukan untuk pembayaran kereta haruslah dikurangkan.
Jika kita ini keutamaan adalah suka melancong, mungkin eloklah kita pakai kereta kecil sahaja. Bukan apa... sebabnya pendapatan kita tidak mengizinkan kita berumah besar, berkereta besar dan melancong sekaligus.
Dalam ekonomi ada konsep `kos lepas'. Di mana akibat sumber yang terhad maka kita wajib memilih, dan apabila kita memilih...adalah sesuatu yang kita kena lepaskan... Memang kehidupan sebegitu.


“Ukurlah baju di badan sendiri.”







Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home